Rawatan kecantikan holistik kini semakin mendapat tempat di hati para pencinta kecantikan yang tidak hanya mahu tampil cantik luaran, malah sihat dalaman. Setelah lima tahun berkecimpung dalam perniagaan kecantikan dan kesejahteraan diri, Klinik Dr. Ana dan Dr. Ana Wellness & Spa mengumumkan pembukaan cawangan ke 11 mereka di Nilai, Negeri Sembilan.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan berkualiti tinggi kepada masyarakat Malaysia. Menurut Pengasas Klinik Dr. Ana, Dr. Fatin Amira, lokasi di Nilai dipilih sebagai cawangan terbaru kerana potensinya yang besar.
“Nilai adalah kawasan yang pesat membangun dengan komuniti yang dinamik. Ia juga berada di lokasi strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya, menjadikannya destinasi yang ideal untuk memperluaskan jenama kami. Berhampiran hab membeli-belah terkenal seperti Nilai 3 dan AEON Mall, kuasa beli di kawasan ini cukup tinggi, memberi peluang kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan pelanggan,” jelas beliau.
Pembukaan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan yang semakin meningkat terhadap akses kepada penjagaan kesihatan moden dan inovatif. Klinik Dr. Ana terus komited untuk memastikan setiap cawangan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti yang mengutamakan keselesaan dan kepercayaan pelanggan.
Pada majlis perasmiannya baru-baru ini, orang ramai dijemput hadir untuk melihat secara dekat konsep dan reka bentuk juga tawaran perkhidmatan yang disediakan klinik ini. Rata-rata terpegun dengan konsep yang diketengahkan kerana mengutamakan keselesaaan dan mesra-pengguna bersama seleksi perkhidmatan yang berkualiti dan menarik pada harga mampu dicuba.
Cawangan Nilai bukan sekadar klinik biasa, ia direka sebagai Signature Branch dengan reka bentuk dalaman yang moden, mewah, dan selesa. “Konsep yang kami bawa di Nilai adalah gabungan rawatan perubatan dan kesejahteraan dengan pendekatan yang lebih holistik. Selain rawatan perubatan standard, kami memperkenalkan perkhidmatan khas seperti terapi relaksasi yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti setempat,” kata Dr. Fatin.
Menariknya lagi, terdapat beberapa rawatan baharu diperkenalkan sempena pembukaan klinik di Nilai ini. Servis yang ditawarkan ialah; Rawatan Cucuk Lutut Menggunakan PRP (Platelet-Rich Plasma), Hyaluronic Acid,
Sovisc, dan Biolyph: Direka khusus untuk membantu pesakit yang mengalami masalah lutut dan sendi, rawatan ini menawarkan penyelesaian kepada kesakitan dan keradangan.
Energy Booster Intravenous Drip: Rawatan ini membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan keletihan, dan menyokong kesihatan keseluruhan badan, sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif atau memerlukan sokongan tambahan untuk kesejahteraan diri. Dengan memperkenalkan rawatan-rawatan ini, Klinik Dr. Ana terus membuktikan eupayaan mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan kesihatan
masyarakat moden.
Tidak ketinggalan, Klinik Dr. Ana turut menunjukkan komitmennya terhadap komuniti tempatan yang tidak hanya terhad kepada perkhidmatan rawatan. Klinik ini juga merancang untuk melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan seperti Kempen Kesedaran Kesihatan menerusi pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah kesihatan yang akan diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan.
Juga, Bengkel Pemakanan dan Analisis Kulit Percuma di mana inisiatif ini bertujuan untuk membantu masyarakat memahami keperluan tubuh badan mereka dengan lebih mendalam, seterusnya memilih rawatan atau langkah pencegahan yang sesuai. “Kami mahu memastikan kehadiran kami di Nilai membawa impak positif kepada komuniti. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan
kesihatan holistik,” jelas Dr. Sharifah Najwa, salah seorang doktor utama di Klinik Dr. Ana.