GAYA HIDUP

Selera Selebriti Malaysia  

Melihat selebriti yang melangkah ke acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini kita dapat merasakan selebriti kita tidak lagi lokek dalam berhabis mendapatkan sentuhan penata gaya juga pereka fesyen demi untuk mendapat sentuhan terbaik. Tidak lagi mengharapkan tajaan semata-mata, sudah tentu Glam Squad yang diambil berbaloi dalam memastikan gaya yang ditampilkan meninggalkan momen terindah buat mereka.

Aina Abdul/Abu Shaef Hamza 

Aina Abdul misalnya antara penyanyi yang selalu menjadi bahan bualan dek kerana keberaniannya dalam berfesyen. Biarpun ramai yang kurang gemar dengan gaya yang berlebihan oleh Aina ini, tetapi kita tidak dapat menafikan sedikit sebanyak fesyen Aina ini seakan sudah sebati untuk halwa mata kita. Hadir ke ABPBH dalam rekaan Behati dan ditata gaya oleh Abu Shaef Hamza. Tampil dalam  ‘oversized blazer’ yang dipakai Aina Abdul ini diangkut ke majlis menggunakan sebuah lori, masyaAllah ia berjaya menjadi bualan hangat satu Malaysia.

Dayang Nurfaizah/Rizalman Ibrahim

Begitu juga dengan penyanyi yang tidak asing lagi, semua sedia maklum hubungan Dayang Nurfaizah dengan jenama Rizalman Ibrahim, ibarat isi dengan kuku. Dayang dilihat jarang mengenakan busana daripada peraka lain terutamanya untuk majlis yang berprestij. Sudah tentu gaun yang dipakai Dayang gaya peplum seakan payung dalam fabrik renda sewaktu majlis ABPBH baru ni antara yang mendapat pujian peminat. Dayang malam itu tampil manis hasil daripada penata gaya Khairul Abidin

The Firdaus/Janna Nick 

The Firdaus mungkin akan lebih dikenali selepas gaun hijau pastel yang dipakai Janna Nick ke Majlis ABPBH tular di media sosial. Ternyata gaya ala Cinderella Janna mendapat pujian peminat.

Anna Jobling/Alia Bastamam

Jenama Alia Bastaman sentiasa menjadi pilihan selebriti tanah air. Berbekalkan dna yang minimalis sentuhan Alia ternyata menaikkan seri Anna Jobling dalam helaian kuning muda.

Rozita Che Wan

Tidak hanya dI ABPBH sahaja, saya sebenarnya sering memerhatikan selebriti Malaysia sebenarnya gemar melaram, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta Misalnya, gemar melaram dan ‘avant garde’ dan berhabis dalam apa jua majlis yang dihadirinya. Sama ada hadir bersendirian mahupun bersama suami dan dua anak lelaki, apatah lagi bila bersama puterinya Aisyah gaya sedondon. mereka menjadi perhatian media massa, juga tetamu dan pengikut setia mereka di sosial media. Kadang pada saya ter’over’ sedikit tetapi sebagai artist mungkin itu caranya bagi mendapat publisiti dan mengekalkan popularitinya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sejujurnya saya sedikit kecewa melihat busana yang sering disarung penyanyi No 1 Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza. Entah di mana silapnya, kadangkala fesyen yang dikenakan Dato Siti sering gagal pada pengamatan saya. Kerap kali dikritik peminat, diharap Siti Nurhaliza tidak lokek mengeluarkan bajet membayar stylist sebagai penata gayanya seiring dengan statusnya.

Melihat gaya yang cuba ditampilkan selebriti tanah air masa kini, saya yakin industri fesyen kita akan lebih berkembang apabila ramai yang kini sudah tidak lagi kedekut mendapatkan khidmat penata gaya dan pereka untuk hasil yang terbaik

Related posts

Travel Just Got a Whole Lot Smarter Samsung Galaxy S24

adminwm

Tips Pencegahan Covid-19 Untuk Pengguna Grab dan Teksi

admin

Pelan Ansuran Tanpa Feadah Terpanjang Di Malaysia

admin

Leave a Comment