Dan adakah air matanya sudah kering kini? Tidak, cuma dia dapat berfikir lebih jauh, lagi lebih waras. Adakah dia sudah tidak mahu tahu lagi akan hal orang di sana? Oh tidak dia masih ‘fighting’ untuk mendapatkan haknya semula. Kerana dia juga berhak ke atasnya, anak-anaknya juga berhak ke atas insan yang mereka amat sayangi, yang amat mereka rindui, yang amat mereka mahu memeluknya untuk memberitahu “Daddy we miss you, we love you so much. Dad wherever you are, you will never be forgotten… Dad, I’m so proud of you that it makes me proud of me. I hope you know that.”
Mana mungkin mereka sudah hilang sayang? Tidak sama sekali. Kasih sayang tetap utuh, walau jauh di mata tetapi teramat dekat di hati. Tetapi, ya anak-anaknya sudah mula memberikan konsentrasi kepada kerja masing-masing. Kerana mereka tahu mereka tidak sendirian berlawan dengan derita itu, cuma mereka perlu banyakkan sabar dan percaya bahawa saat derita mungkin tidak lama dan bahagia akan ditemui semula, inshaAllah.
Ini kisah teman yang kami panggil Pah atau nama penuhnya Datin Seri Sharifah Syahrul Bariah isteri kedua kepada Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan (yang menderita penyakit ‘Mixed Dementia of Aizheimer and Multi-Infarct, yang membuatnya tidak berupaya membuat sebarang keputusan terhadap isu-isu peribadi dan profesional sejak 2013). Kesnya masih didengari di mahkamah. Sudah tiga kali pembicaraan melayakkan dia berjumpa suami dan membawanya pulang, namun sehingga ke saat ini, masih keadaan yang serupa… mereka belum dapat hak kesamaan sebagai isteri dan anak.
Derita si teman dirasai oleh kawan-kawan. Lantaran mereka turut bangun memberikan kata semangat, dan ‘menggoncangkan’ badannya untuk bangun daripada kesedihan, untuk meneruskan hidup sambil terusan berusaha mendapatkan hak-haknya.
Dan rakan-rakan memang banyak perancangan. Plan A gagal, plan B menanti, kerana yang penting setiap daripada kita berhak untuk hidup bahagia; tidak ditindas, tidak dicaci dan dicerca, diberikan kekuatan untuk menghadapi apa juga yang bakal dilalui.
Keperihatinan bersama kasih dan sayang menemukan kawan-kawan kepada satu ‘anugerah’. Lalu episod ‘Heart’ pun bermula. Sebuah majlis ‘round table talk’ pun dilancarkan. Beberapa mesyuarat mengiringi selepas itu, sehinggalah tertubuhnya satu jawatankuasa bagi merangka satu badan yang bakal dilancarkan kelak. Bukan sahaja membela nasib tiga beranak ini tetapi nasib mereka yang di luar sana, tidak kira wanita mahupun lelaki, anak kecil atau dewasa, sama ada dia menderita kerana didera oleh suami atau isteri, atau dibataskan hak ke atas suami, kerana dia isteri kedua, ketiga mahupun keempat, atau dia difitnah dan perlukan pembelaan. Heart akan berusaha membantu, setakat yang termampu. Heart juga untuk menasihati dan juga untuk pembangunan ummah. Heart nanti akan mencari dana bagi membina sebuah tempat untuk khidmat nasihat supaya lebih ramai lagi akan mendapat manfaat. Heart untuk semua, semua kaum dan agama.
Teman saya Pah, hari ini seorang wanita yang sibuk membantu Heart menjayakan program mereka. Dia tahu kini dia tidak keseorangan. Di luar sana pun ramai yang menderita malah lebih teruk daripadanya, jauh lebih sengsara dan terseksa. Tunggu sehingga Heart berjaya didaftarkan. Kemudian kita bergerak untuk memberi sedikit daripada masa dan ilmu yang ada bagi membela nasib kawan-kawan yang mungkin tidak serupa kita. Kita diberiNya kebahagiaan, tetapi jangan lupa kita disuruhNya membantu mereka yang tiada. Kita diberikan kesihatan supaya kita boleh bangun membantu yang sakit. Kita juga diberikan ilmu untuk dikongsi kepada yang tidak tahu, dan kita barangkali punya lebih wang, dan wang itu disuruhNya dibahagikan kepada mereka yang tiada, supaya hidup kita semua sama rata.
Pah, kerana sibuk, dia dapat lebih ketenangan dan kekuatan dan menjadikan dia insan yang lebih ceria kini. Itulah yang kawan-kawan mahu. Mahu melihatnya gembira dan meneruskan hidup seperti biasa, dan maju ke hadapan. Ya, dia masih menunggu dan tetap akan menunggu kepulangan orang yang amat dia cintai dan akan terus memperjuangkan haknya sebagai isteri. Ya, dia tidak akan ‘give up’ tetapi dia pula tidak mahu menangis lagi… kerana dia tahu Allah akan pasti memberikan yang terbaik untuknya. Bila? Hanya Dia yang mengetahuinya.
Terkadang ada cerita yang buat kita bangga, lalu kita suka, gembira.
Terkadang kita sedih sebab yang dicinta entah ke mana, bikin berlinang airmata.
Terkadang hati ini cemas menunggu keputusan, dan terkadang kita jadi bosan melayan angan-angan mahu tinggal di kayangan, rupanya semua telah ditentukanNya.
Terkadang hanya kita yang gembira lalu terus beraya, kita lupa ada manusia yang amat derita.
Terkadang kita ingat kita sahaja yang diujiNya, oh tidak, Allah menguji setiap umatNya, cuma sama ada kita sanggup menghadapinya atau melayan derita lalu menyalahkanNya.
Hari ini tanggal 1hb November 2018, maknanya sekejab lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Cuba renung pada diri…
‘Yang kurang dibaiki, yang lebih diberi.
‘Yang di sisi terus disayangi, yang benci mungkin boleh diperbaiki hati menjadikan ia lebih berkompromi.
‘Yang derita cuba bela nasib mereka kini…
Mari kita raikan hati kita. Sometimes the heart sees what is invisible to the eyes. A kind heart is a fountain of gladness, making everything in its vicinity freshens into smiles.
A loving heart is the beginning of all knowledge.