EYE ME

December to Remember

Disember kian berlalu, akan muncul Tahun Baru. Kau tinggalkan tanpa boleh dipohon untuk menunggu. Bayanganmu menyelimuti kabulku. Aku tahu aku tidak akan lagi dapat bertemu.

Rasa hati berkecamuk dan sayu. Mengingati peristiwa terdahulu.

Rindu pada ayah dan ibu. Ibu yang pergi hari Rabu, sudah berlalu sembilan bulan yang lalu. di pusara menunggu.

Sebulan sebelum itu, ada cerita yang menyeronokkan ku. Aku selamanya kepingin anak perempuan, dan kini aku sudah pun ada menantu. Yang sungguh ayu, yang dapat memberikan kebahagiaan kepada anakku.

Di bulan Ogos yang lalu, Kau menjemputku ke rumahMu. Ya Allah, seketika aku kelu. Aku terharu, tidakku sangka doaku direstu, hajatku melengkapi lima rukun IslamMu, itu yang aku tunggu-tunggu. Doaku untuk menyunjungiMu selalu.

Teman dan paman, sebelum bulan ini berlalu, mahu aku nyatakan betapa aku juga teramat berterima kasih pada kalian, kerana sudi menjadi ‘tetamu’ di majalahku. Hari ini sahaja jumlah kunjungan ke ruang ini melebihi dua juta. Tidak lama satu lagi angka bertambah. Aku sebenarnya sungguh bangga kerana teman dan paman tidak jemu-jemu melayari mencari kami di sini. Because of you, I did’nt give up.

Sungguh, atas restu kalian kami mahu meneruskan perjuangan ini. Lupakan suara-suara yang mengatakan apa perlu dibangga pada jumlah sekecil itu? Aku tidak kuasa berceramah di sini, kerana kalau aku bercerita fasal gosip, fasal hal-hal politik yang lebih menjelekkan, kalau itu pengisian majalahku mungkin puluhan juta tetamunya. Tetapi tidak. Aku tidak mahu membawa cerita-cerita negatif yang hanya dapat mengumpulkan dosa-dosa aku membukit… tetapi aku mahu membawa keseronokan hidup dengan ilmu-ilmu yang bisa membuat kita seiringan melengkapkan kehidupan yang sementara ini. Pendek cerita untuk majalah gaya hidup aku rasalah ia satu yang menarik dan patut dibanggakan.

Teman dan paman, Disember akan meninggalkan kita. Toleh sejenak ke belakang. Apa yang kau telah tinggalkan? Lebih banyak kejayaan daripada kegagalan? Kalau begitu, tahniah. Kamu telah lebih mendekati TuhanMu, alhamdulillah. Teruskan dan bisa ditambahkan lagi ibadahmu, sehingga saat kau bertemuNya, nanti diserahkan buku di tangan kananmu.

Tetapi kalau setelah ditoleh, kau melihat usahamu itu tidak mendatangkan banyak hasil, atau kehidupan mu bertambah pincang. Hubungan silatulrahim dengan saudaramu kian buruk bersama terkumpul hasat dan dengki? Hubungan dengan Tuhan langsung tidak dipeduli, dan kamu sentiasa mengeluh, ini sukar itu pudar, sana sempit sini sakit, nah, fikir sekarang apa yang harus kamu lakukan?

Hari yang berganti mahu lagi kamu siakan untuk tidak memperbaikinya? Malang sekali kalau kamu sekadar berdiam diri atau terus begini. Sayang kalau kamu tidak membuat apa-apa demi untuk mengubahnya menjadi insan yang lebih baik, lebih diberkatiNya.

No one will come and save you. No one will send you a limo to take all your worries away. You have to save yourself. Kamulah yang akan menjaga dirimu, mencantikkan badanmu, mukamu. Kalau kamu sedih, jangan memerap dan mengadu kesedihan pada angin yang lalu, tetapi bangunlah dan selesaikan masalah itu.  Find something to work on, something you want to learn, get yourself a book and learn them by heart. Take yourself out for dinner dress up for no one but you, yang akan mengubah nasibmu. Tahukah kamu it’s a lovely feeling to feel pretty; you don’t need anyone to confirm it. Buatlah apa yang kamu suka, lakukan bukan kerana mereka tetapi kerana diri kamu.

Terima kasih untuk sesiapa yang telah membuat aku bahagia hingga saat ini. Aku bersyukur bisa mempunyai mereka yang menyayangi aku; suami dan anak, adik beradik juga. Mentua pasti aku tidak lupa, kerana sentiasa membantu dan memberikan kasih sayang. Kepada kawan-kawan semestinya yang membuat diri amat dihargai dan dikasihi… mereka yang mahu melihat kejayaan bukan kejatuhan. Kawan-kawan yang mahu ketawa bersama, makan dan menari bila tiba hari jadi, oh mengapa tidak… sesekali legakan fikiran dengan irama dan lagu.

So many wonderful moments we have spent together.

So many wonderful moments I treasure

That you gave me sincerely, thus I love you dearly and what the heart gives is never gone.

Kepada tetamu bakal tiga juta (inshaAllah)

When i tell you that even though i do not know you and even though i may never met you… Or laugh with you. Cry with you or kiss you…

I love you. With all my heart. I love you dearly.

Disember akan berakhir, dan aku mahu meneruskan perjuangan hidupku dengan irama yang lebih merdu. Tuhanku  jika memang ini jalanku, mudahkan dan beri aku pertunjukMu semoga yang aku harapkan dapat berjalan lancar. Semoga imanku lebih teguh bersandar kepada ajaranMu yang membawaku ke syurga firduasMu nanti.

 

 

Terima kasih Dato’ Mike Loh, Pengasas Snips College Of Creative Arts (SCCA)
Lokasi penggambaran: Studio SCCA, Tingkat 6, Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur
Jurugambar: IqqiVR.photogministry
Solekan: Snips College Of Creative Arts

Related posts

Wirda – Time For New Beginnings

Wirda Adnan

Pulanglah, Jenguk Orang Tua Mu

Wirda Adnan

You’re Beautiful

Wirda Adnan

Leave a Comment