EYE ME

Niniku, Masih Belum Aku Padam Nombor Telefonmu

‘Sahabat itu bukan hanya tentang yang seberapa lama kita kenal, akan tetapi tentang di mana seorang yang singgah dalam hidup dan selalu menemani.’

Perginya dia buat selama-lamanya membuat saya berasa teramat sedih. Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Kerana saya tidak berada di sisinya saat dia pergi, malah saya sendiri tidak tahu sakitnya sehingga boleh membawanya ke tempat yang abadi. Saya hanya tahu setelah diberitahu teman pagi sebelum dia dikebumikan. Sedih.

Nini (Nurlini Rogayah Noor), sehingga ke saat ini aku masih tidak boleh melupakanmu. Melepasi jalan menuju arah ke Universiti Malaya atau ke Seksyen 16 Petaling Jaya, sebak di dada mencengkam jiwa. Mana mungkin aku dapat melupakan you Nini, kerana you terlalu baik orangnya, jujur, berterus terang dan amat suka membantu sesiapa sahaja yang susah. Sungguh Nini tidak kaya mana, tidak berhabis wang ringgitnya untuk membeli beg-beg dan kasut dan pakaian berjenama. Teringat ceritanya, anaknya mahu menghadiahkan dia Hermes tetapi ditolaknya… (hendak ke mana pakai mahal-mahal, beritahunya). Namun arwah orangnya sungguh dermawan, membantu semampunya dan suka bersedekah. Inilah sifatnya antara sifat murninya.

Ya Nini, saat aku bercerita kepada kamu yang kad kredit aku melambung tinggi kerana terlebih berbelanja di luar negara, kerana tugasan juga yang membawa sana sini, mahu tidak mahu terpaksa juga melayan nafsu, kau tiba-tiba memberikan aku satu tawaran. “Wirda, jangan dibiarkan jumlahnya tinggi, perit membayarnya, tak habis-habis nanti.”  “I tahu, tapi nak buat macam mana, sikit-sikit jadilah bukit.” “Bayar penuh?” Nasihatnya. “Tak pe I manage, lagipun I kan bekerja.”

Teman yang baik tak akan membiarmu melakukan hal-hal yang bodoh… sendirian.’

Mana mungkin aku melupakan peristiwa itu. Kau memberikan aku satu envelope, tebal isinya. “Ambil ini RM10,000 pergi bayar kad you?” “No, please I am not asking you to help me.” “Ambil… dan dia memasukkan ke dalam tas lantas membawa saya terus  ke bank.” “I give you two years to pay me back with zero interest.” Dan kali terakhir saya menyerahkan wang RM500 kepadanya, dia tersenyum meleret… make sure tak ada lagi hutang, pakai bila teramat perlu dan hujung bulan bayar terus.” “Upp… saya menggigit  bibir dan kalaulah dia tahu…”

Terlalu banyak kenangan saya dengannya. Kami pernah ke India bersama, ke London bersama, tidur sekatil dan tidak tidur bermalam-malam bercerita. Cerita tentang kehidupan, kasih sayang, kekecewaan dan kesedihan, dan yang paling tidak terlepas daripada bibirnya adalah mengenai satu-satunya anak tunggalnya Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah. Bakar nyawanya, hati dan jantungnya. Bakar, tiada yang lebih bernilai padanya daripada anaknya yang seorang itu. 

Dan saat Tengku Bakar akan menjadi suami kepada Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Nini menghubungi… “Hendak jemput you ke majlis perkahwinan Bakar.” Saya meloncat kegembiraan. Kemudian baru teringat, “Siapa bakal isterinya?” Perlahan dijawabnya. “Pasti I hadir.” “Berapa minggu selepas itu, “Wirda, majlis postpone, sebab ayahanda Bakar dalam keadaan tidak stabil lagi. Tapi akad nikah diteruskan.” “Sebenarnya, kalau tarikh itu I pun tidak dapat hadir…I baru dapat berita gembira, sudah confirm tarikh berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji 2018.” “InshaAllah pada tarikh baru you sudah dapat hadir. Kerana seat is very-very limited, tapi I hendak you datang, you and Hisham and Mahani dan Amir yang dapat dimuatkan.” Dan saya tahu, dialah ibu yang paling gembira melihat anakandanya di atas singgahsana, di samping puteri diRaja yang amat jelita dalam suasana yang sungguh cantik. Sempat saya bisikkan di telinga, “Dah pergi banyak majlis perkahwinan VVIP dan anak-anak Raja, tetapi ini yang terindah.” 

Saya di hospital mendapat tahu dia operation. Duduk di sampingnya, bercerita mengenai anak menantu, katanya… “Harap cepat-cepatlah dapat cucu. Tisham bila?” “Bestnya, kalau kita sama-sama jadi nenek.”

“Wirda, I am okay,” bila mana saya menghubungi untuk bertemu. “Cuma seminggu ini I tak beberapa sihat, nanti I call you kita mengopi.”  

Dan itulah pengakhir perbualan kami kerana janjinya dia akan menghubungi sebaik sihat. Bila dia tidak menghubungi saya pula membiarkan masa berlalu kerana saya tahu bila dia betul-betul sihat dia akan menghubungi saya. Pasti. Saya kenal sangat kawan saya ini kerana kami telah bersahabat lebih 30 tahun, hati budi saya tahu.

Di subuh yang hening, di baris terakhir surah Yassin, ‘Fa subhanallazi bi yadihi malaku’tu kulli un…(untuk dihadiahkan kepada arwah ibu dan ayah), telefon berbunyi,  “Kak Wir, tahu kan Nini sudah meninggal… “ 

Innalilahi wainnailaihiraujiun. Aku sedekahkan juga untuk sahabatku. Air mata laju membasahi pipi, lalu sepintas itu saya menarik jubah dan terus ke masjid.

Kini telah lebih tiga bulan Nini pergi… (Nini masih belum aku padamkan nombor telefonmu, entahlah.. I want to feel that you’re still alive) seyugia, saya masih ingat pelbagai cerita yang telah kami kongsikan bersama. Good times and crazy friends the best memories. Dan saya percaya di pengakhir hidupnya dia menemui apa yang diinginkan selama ini… cuma barangkali dia tidak tahu yang dia bakal menimang cucu. Saat saya melihat gambar anakanda dan menantunya bersama Ihtisham pada majlis Hari Raya Maybank, air mata saya tidak semena-mena mengalir lagi, “Nini…pasti anak di dalam kandungannya secantik ibu dan nendanya.”

Things end. But memories last forever.

Truly great friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget  

Benarlah ungkapan yang berbunyi, kawan yang baik adalah seperti bintang-bintang, dia memang tidak selalu terlihat tetapi dia selalu ada untukmu. Kawan, mereka bahagian yang penting dalam hidup kita, treasure the tears, treasure the laughter dan yang lebih penting treasure lah kenangan abadi bersamanya.

Siapa kawan baik kamu? Kalau ada, jangan sia-siakan persahabatan itu. Simpan rahsianya, jaga hatinya, ketawa bersama dan sebaiknya menangislah bersamanya. Air mata kamu itu barangkali menjadi pengubat jiwanya yang lara. Mungkin cuma seketika tetapi saat itu terlalu berharga buatnya. Ambil juga contoh dan tauladan yang baik-baik daripadanya. Kalau ada yang buruk, ketepikan dan jadikan sempadan

Sahabat adalah mereka yang tahu kekuranganmu tetapi tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.

Kawan, beberapa daripada mereka datang kemudian dan membuat sesuatu yang indah dalam hidupmu, sehingga kamu lupa kalau hidupmu tanpa mereka akan seperti apa jadinya?

Jam di dinding saat saya menulis ini menunjukkan 11.45 malam, 4 Julai 2019. Pesanan ringkas masuk bertubi-tubi, antaranya, “Assalamulaikum, hendak bagi tahu pak saudara saya Md. Salleh telah meninggal dunia pada 11.30 malam tadi. 

Innalilahiwainnailaihiraujiun, seorang lagi sahabat keluarga saya meninggal dunia. (Siang tadi kami dikejutkan dengan berita bapa saudara suami saya yang meninggal, malah baru pulang. Oh! what a sad day today.) Posting FB anak saudara saya Syaida Mazlin, “Uncle Salleh, a high spirited, witty and wise man like you is just too hard to be forgotten. Thank you for the wisdom, comfort, generosity and kindness that you gave us. If only I had the chance to say that you do have a very special place in our hearts. May Allah grant you Jannah and place you among the righteous. Thank you for being part of our story and most of all for the beautiful memories. Gone from our sight but never from our heart.”

Related posts

Cinta dan Perkahwinan

Wirda Adnan

Wahai Anak

Wirda Adnan

Sayang, Sendu Yang Belum Hilang 

Wirda Adnan

Leave a Comment