EYE ME

CINTA DADDY

Sudah hampir tiga bulan lelaki ini berulang alik dari rumahnya ke hospital. Dia telah mengetepikan semua aktivitinya; minatnya menulis, kegemarannya membaca dan menonton sukan di tv mahupun dokumenteri, melayan kereta-kereta klasiknya dan aktiviti kelab nya. Sebaliknya seluruh jiwa raganya ditumpukan kepada satu-satunya anaknya yang terlantar di katil hospital, yang untuk duduk pun memerlukan orang membantunya.

Oh dia tidak memandu ke sana kerana ditegah berbuat demikian, kerana sendi-sendinya sakit dan kakinya kebas setiap ketika. Sebaliknya sayalah yang memegang stereng kereta. Sering juga ditegurnya kerana memandu perlahan, kerana kalau dia yang memegang stereng, nah, kecekapannya tiada tara, mana tidaknya dia pernah melatih pekerja-pekerja memandu betul dan cekap.

Bersamanya dalam perjalanan yang memakan masa kira-kira 30 minit, sering keluh kesalnya diceritakan kepada saya  kerana sewaktu anaknya membesar, dia terlalu jarang di samping si anak. Waktunya banyak dihabiskan di hutan belantara sebagai askar Melayu diRaja. Dan yang paling dikesalinya apabila bercuti tidak pula mengambil peluang bermesra bersama anak, leka dengan aktivitinya. Akibatnya si anak hanya melihatnya sebagai ayah yang garang, tegas, dan dia mengakui sering memarahinya sewaktu kecil. Dia mengambil anak angkat perempuan, rupanya nulari kasih seorang ayah ada padanya, dan memberikan sepenuh tumpuan kepada anak perempuannya itu, tidak pada anak lelaki yang saat membesar hingga remaja agak kurang dipedulikan, dan diakuinya membezakan kasih sayang anak lelaki dan anak perempuan. 

Kini dia mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya membahagiakan anak lelakinya itu. Mahu si anak tahu (walaupun umur anaknya kini sudah lebih separuh abad), bahawa si anak punya ayah yang amat menyayanginya. “I want him to feel my love, nevermind I have to walk slow with this tongkat, nevermind I have to take medication every hour.”

Cinta ayah memang tidak terlihat, namun bukan kerana ia tidak peduli, akan tetapi kerana ayah tidak pandai menunjukkan cintanya.

Dahulu katanya bukan dia tidak sayang, mana ada ibu ayah yang tidak sayangkan zuriatnya sendiri, tetapi barangkali tidak pandai hendak meluahkan. Tidak pandai bonding dengan anak sendiri, tetapi akuinya dia masih belum terlambat untuk memberikan waktunya; mengelap badan anak, mengusap dan mencium dahi si anak sebelum meninggalkan katil anak, dan esok datang lagi memberikan semangat supaya anak cepat sembuh kerana dia mahu makan bersama-sama dan barangkali kalau keduanya sihat, dia dan anak hendak menjelajah beberapa negeri dengan kereta 

Bukankah hobi keduanya sama, kereta itu isteri ‘kedua’ mereka… sayangnya pada kereta membuat sang isteri kecil hati, baik isterinya mahupun isteri anaknya.

Saya teringat menemuramah sekumpulan lelaki daripada kelab Mini Clubman. Dalam keriuhan ahli-ahlinya bercerita cuma ada seorang tidak banyak bicara sebaliknya asyik memandang saya. Masa pulang saya bertanyakan kepada ahli sama ada mereka kenal sesiapa yang punya simpanan kereta-kereta klasik. Lantas lelaki tadi memberikan saya satu nombor. “Ni nombornya, call him. Dia ada beberapa buah kereta klasik.” Dan seminggu kemudian saya dan jurugambar sudah berada di sebuah kem askar di Port Dickson. Rupanya ayah lelaki ini, saling tidak tumpah wajah anak beranak.

Selesai tugasan, dia membawa kami berdua menaiki kereta Morris Minor nya menyedut udara pantai PD yang permai sambil terus bercerita usahanya untuk menyimpan ‘harta-harta’nya ini untuk anak cucunya.  

Dia ialah Lt Col (b) Idris Hassan, bapa mertua saya yang hari ini saya panggil daddy, kerana selepas peristiwa itu saya dan anaknya menjalin hubungan dan kurang setahun kami diijabkabulkan. Kini 34 tahun sudah berlalu Lt Col (b) Idris punya dua cucu dan dua cicit. “Ya Wirda, Let’s open our hearts and let love infiltrate. Well there must always be a struggle between a father and son, while one aims at power and the other at independence. There is no perfect formula to who a father can be. Daddy, hendak Hisham cepat sembuh, terlalu banyak perkara yang Hisham mesti uruskan sebelum I say goodbye to the world. My doa setiap ketika supaya Hisham cepat sembuh,  tiga bulan terhantar terlalu perit untuk daddy memikirkan hal dia.” 

My Father’s Love

My father’s love goes deeper and beyond words,

When I call out in pain, I can be sure I’ll be heard.

When I need a hug, I know he’ll be waiting with open arms,

And when I am scared, he’ll make sure I’m safe and sound.

When I need someone to talk, he’ll be waiting for me to start,

When I am sad and in pain, he’ll be already mending my heart.

No matter what the situation is, my father will always be there,

When I am looking for love, I’ll open my eyes and find love everywhere.

Daddy, kau mungkin jarang menunjukkan rasa sayangnya pada anak-menantu dan cucu-cicitmu, namun kau mencintai keluargamu dengan caramu yang tersendiri Membanting tulang empat kerat, memastikan isteri dan anakmu punya tempat berteduh sesuai dengan kemampuan. Teringat apa kata mummy, “though he earns just enough but he provides us with the best quality food.” Betul daddy begitu prihatin dalam hal makanan, kalau boleh tidak mahu pun membeli makanan di luar kerana tidak pasti minyak jenis apa yang digunakan, tidak tentu mungkin makanan lama yang dipanaskan dan tidak suka makanan dibekaskan dalam bekas plastik. Begitu juga mummy yang lebih senang memasak daripada membeli jadi dalam kederatnya yang lemah dan terbatas masih diusahakan juga masuk dapur. Maafkan kami daddy sekiranya kami tidak pernah mendengar keluh kesahmu dan tidak bisa melayan ketika daddy sendiri mengerang sakit, ketika daddy di hospital dan kami tidak dapat melawat setiap hari, seperti yang daddy lakukan kepada anak daddy.

Daddy jaga dirimu baik-baik dan sebagai menantu doa kesembuhan, kesejahteraan dan dipanjangkan umur sentiasa di bibir ini.

 Kepada yang sedang membaca rencana ini, ingatlah bahawa seorang ayah mungkin hanya menjadi ayah untuk sementara waktu, tetapi dia adalah pahlawan bagi anak selamanya. Seorang ayah adalah separuh daripada dirimu, jadi dia mengenalmu lebih baik daripada dirimu sendiri. Andalkan kebijaksanaannya dalam hidup. Sedarlah tidak ada guru yang setara dengan ibu dan tidak ada yang lebih menular daripada martabat seorang ayah.

Marilah kita semua berterima kasih kepada yang kita panggil ayah, bapa atau apa juga panggilannya. Kerana tanpanya, kamu tidak akan berada di tempatmu hari ini.

Restu ayah dan ibu adalah redha daripada Yang Maha Kuasa. Wajib setiap anak berterima kasih untuk cinta, kerja keras, perlindungan dan ilmu dunia serta akhirat  yang telah diberikan kepada anak-anak. Pengorbanannya tiada tandingnya.

Tanggal 17 Jun 2023, Malaysia meraikan Hari Bapa. Pada anda yang punya ayah, jom kita raikan. Jika selama ini hubungan tegang, inilah masa mengeratkan semula malah satu panggilan sahaja boleh membuat hati seorang ayah cair, percayalah.

Kepada yang sudah menemui Tuhannya, banyak yang boleh dilakukan oleh seorang anak. Bersedekahlah; Al Fatihah dan tiga Qul juga surah Yasin yang menjadi amalan amat diredhaiNya. Bersedekah berbentuk wang dan andai teramat mampu dirikan masjid kerana selagi masjid itu digunakan selagi itu pahalanya mengalir,  waktu sama Allah mengurniakan pahala yang besar untuk diri yang berbuat demikian.

Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayani saghira

Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.

Selamat Hari Bapa

Gambar Syarief Nurlette 
Solekan dan Dandanan Katt Ahmad / Luvly Touch
Lokasi B’york, G Village, Desa Pandan Kuala Lumpur
Pengarah Seni Wirda Adnan

Related posts

Khas Yang Bernama Suami dan Isteri

Wirda Adnan

Demi Mencari Kebahagiaan

Wirda Adnan

Cinta Memang Pelik

Wirda Adnan

Leave a Comment