EYE ME

Cinta dan Perkahwinan

Surah Ar-Rum ayat 21, bahawa satu di antara alasan diciptakan manusia secara berpasang-pasangan supaya mereka dapat saling menyayangi satu sama lain.

Dua insan, seorang lelaki dan seorang wanita, perasaan cinta yang tumbuh adalah fitrah dan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang ada di dunia. Maka mereka pun diakad nikahkan. Maka halal lah hubungan dua kelamin ini; betapa indahnya bilamana tidur sebantal, makan sepinggan, bepergian bersama. Cinta yang dipupuk lalu Allah menambahkan kegembiraan daripada berdua jadi tiga, empat, terpulang. 

Hari berlalu, yang dulu sebantal, tidak lagi sering sebilik tetapi berpindah randah, seorang di luar ruang tamu, seorang melayan pilu, seorang mengadu pada ibu, seorang terus membisu, seorang menunggu suami datang memujuk, bercumbu, seorang keras hati membiarkan isteri menangis sendu. Seorang mencari isteri baru, barangkali. Seorang mahu bercerai saat melihat madu lebih jambu… begitulah, marriage does not guarantee you will be together forever.

Namun, berbilion manusia bisa bersama sehingga nyawa berpisah dengan badan. Semua kerana satu perkataan yakni cinta. Cinta menghidupkan segalanya. Kata seorang pujangga, “A strong marriage requires loving your spouse even in those moments when they aren’t being lovable; it means believing in them even if they struggle to believe in themselves.” 

Bila ada cinta, timbul rasa hormat menghormati, tiada menyakiti, saling mempercayai, saling memuji, tidak mengeji. Ketika itu tiada parti mahu bersendiri tetapi mahu bersama sehingga mati. Laa adri kam yabgo lie minat umri… al muhim, annal umro kulluhu abqo ma’aka. Ertinya, ‘aku tidak tahu sisa umurku, tapi yang penting aku bersamamu sehingga nyawa dikandung badan.’

Satu hal yang perlu diingat, suami adalah hakim dan isteri hanya penasihat, ingatlah ini dalam pernikahan jika ingin rumah tangga selamat. But that doesn’t mean that you both agree to do things that you hate, or give up things that you love, so that you can coexist. It means that, while there is always some give take, achieving balance should not require huge foundational trade-offs.

Saya bersembang dengan ramai pasangan dan bila ditanya tentang sanggupkah mereka berkorban demi cinta, saya tersenyum dengan jawapan diberikan. Hampir kesemua  mengatakan sanggup. Berkorban itu apa sebenarnya tanpa memahami konsep korban itu sendiri? Bila suami masih dengan gaya hidup seperti orang bujang dan langsung tidak mahu melepaskan zaman itu sedangkan dia sudah punya tanggungjawab lain, ada isteri, ada anak tetapi masih berpoya-poya? Ada wang tetapi wang itu hanya untuk diri sendiri sedang isteri  menanggung segalanya, isteri mengendalikan anak sendiri, apakah itu berkorban namanya? Bila suami masih menggila dengan hobinya bawa balik besi buruk (alat ganti kereta contohnya) dan melambakkan dalam kawasan dan dalam rumah sedangkan isteri hendak rumah cantik dan ia menyakitkan mata dan hatinya, dan suami berkeras dengan caranya, itu tidaklah korban namanya. 

Seorang isteri jika asyik menggodam telefon dan hal peribadi suami, tidak percaya akan suami, tidak memberi ruang langsung kepada suami berjumpa kawan-kawan, kuat cemburu, atau dilemaskan dengan panggilan demi panggilan, whatsapp demi whatapp saat sebaik suami keluar rumah, malah sehingga ada yang terus bertanya kepada kawan-kawan sang suami akan dengan siapa keluar, jumpa di gerai mana, kafe atau hotel, sembang apa, itu sebenarnya sang isteri belum cukup berkorban hati dan jiwanya bagi mempercayai suaminya sendiri. 

Bila isteri tidak mahu beralah, tidak mendengar kata, mengungkit, mencari sebab untuk membuka ruang bergaduh, bila isteri ditegur marah, mengamuk atau merajuk dan kemudian minta dipujuk. Atau keluar rumah konon bosan dengan suami yang tidak melayan kehendaknya, demikianlah sifat-sifat inilah yang menolak kasih dan sayang, yang menyegerakan lagi putusnya tali cinta itu. 

Ya berkorban itu apa, bila sahaja isteri sakit lalu suami pun mencari pengganti, atau suami sakit dan isteri tidak mahu menjaganya? Malah minta cerai kerana jijik membasuh kencing dan beraknya. Jika membersihkan beraknya geli apa lagi korban yang besar yang boleh dilakukan? Dalam hal ini saya tabik penyanyi Dayangku Intan yang sanggup memberikan sebelah buah pinggangnya kepada suami, ini betul-betul cinta dan berkorban, susah senang, sakit, derita ditanggung bersama. Allahu Akbar. 

Korban itu apa kalau isteri hanya sayang masa duit suami banyak dan bila suami dibuang kerja, lalu sang isteri tidak henti-henti membebel, tidak henti-henti mengungkit ini itu. 

Kerana dalam hidup berumah tangga ada konsep memberi dan menerima. Kalau kamu kata cinta, ia tidak sepatutnya bersyarat, kamu kena mendedikasikan hidup untuk pasangan, relalah melakukan sekalipun ia berat dan menyakitkan. Berkorban bukan sekadar ekspresi di mulut sahaja sebaliknya menyempurnakan tanggungjawab dan membahagiakan kedua-dua pihak. Pengorbanan menyanggupkan kamu melepaskan apa yang kamu suka dan cintai (passive sacrifice) atau melakukan sesuatu yang kamu tidak sukai untuk kebaikan orang lain.

Juga, jangan saya terlupa mengatakan, kamu berdua mesti matang. Ia amat perlu dalam hubungan percintaan, perkahwinan khasnya. Kematangan membentuk jalinan dan hubungan lebih erat dan menepis masalah. Saat kamu berada dalam hubungan yang matang, kamu tidak akan pernah menyesal bersamanya. Kamu tidak ingin bersama orang lain dan kamu hanya peduli dengan orang yang bersama kamu.   

Satu lagi pesan saya, ‘ladies don’t ever forget how important it is to cater to your man, he needs to know that you appreciate his presence in your life the same way that you need to know about your presence in his. Take care of him and he’ll take care of you both.’

“We simply can’t abandon ship every time we encounter a storm in our marriage. Real love is about weathering the storm of living together.” — Seth Adam Smith

Untuk terus dicinta dan menyintai tidak ada waktu rehat sebenarnya. You’re going to spend the rest of your life learning about each other dan kamu mesti senantiasa bekerja keras seperti dalam satu pasukan. Bila kamu di dalam satu pasukan kamu tidak boleh bergaduh sesama sendiri, dan kamu akan menang atau kalah bersama dan menerima keadaannya bersama. Perkahwinan yang sempurna yang beroleh gol, lalu merayakannya bersama.

Sesungguhnya, kamu kena bekerja kuat untuk mencapainya. You have to cultivate it. You have to forgive and forget. You have to be absolutely loyal to one another. Dan di dalam setiap ketidakpersetujuan, ingat yang satu ini… saya temui ayat yang cantik daripada davewillis.org. “My spouse is my partner; not my enemy. We will either win together or we will lose together.”

Pesan Saidina Ali bin Abu Talib pula, “Jangan berhenti berdoa untuk yang terbaik bagi orang yang kau cintai.”

Related posts

Kamu Cantik!

Wirda Adnan

You Gotta Have Style

Wirda Adnan

Khas Yang Bernama Suami dan Isteri

Wirda Adnan

Leave a Comment