EYE ME

Cantik Wanita Di Hatinya…

“Beauty isn’t about having a pretty face. It’s about having a pretty mind, a pretty heart and a pretty soul.”

Tiba ketika Tengku Hanifa malas lagi melayan bondanya. Biarlah dia dikatakan anak derhaka kerana tidak mahu mendengar cakap bonda. Dan setelah beberapa gadis ditolak oleh anakanda, bonda murka, “Mummy tahu kenapa kamu tidak berkenan dengan seorang pun yang mummy introduce, cakap sekarang, betulkah kamu hendak kahwin dengan betina tu? Dengar sini, yang mummy bawa balik ke rumah ini semuanya cantik-cantik belaka. What is wrong with you? Siapa perempuan yang kamu gila tu? Cantik sangatkah dia?

Cerita seterusnya, Hanifa dihalau keluar dari rumah. Ayahanda bonda tidak lagi mahu mengaku anak kerana Hanifa tidak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Wanita pilihan Hanifa berkulit hitam, bukan daripada keluarga di Raja, tidak kaya dan pendek kata tidak jelita. Ditambah pula usia si wanita lebih tua, menguatkan kebencian di hati ayahanda bonda. Bukan setakat tidak mahu menerima dia, tetapi dituduh telah memberi anaknya ubat guna-guna. Hanifa tiada pilihan, terpaksa keluar sehelai sepinggang, kerana segala apa di dalam istana itu, di biliknya khasnya, adalah milik ayahanda bonda.

Cerita Hanifa bukan kisah asing dalam masyarakat kita. Sehingga ada sanggup tidak mengaku darah daging demi menjaga status dan nama. Sehingga hilang kasih dan sayang hanya kerana si anak memilih untuk berkahwin dengan pilihan hatinya. Tanpa menyiasat latar belakang si gadis. Betul, wajahnya tidak rupawan tetapi peribadinya bagaimana? Luarannya memang tidak secantik mana, tetapi tinggi sifat kasih dan sayangnya. Boleh menjadi isteri dan ibu yang bertanggung jawab, menantu yang menjaga maruah dan amanah dan tinggi ilmu akhiratnya. Tidak mahukah kita masuk sekali ke syurga kerana ada anak menantu dan cucu cicit yang mendoakan kita dan dapat memberikan syafaat di akhirat nanti?

Penting sangatkah wajah yang cantik untuk dijadikan isteri? Penting sangatkah pada seorang mentua, menantu yang cantik? Seronok sangatkah dipuji pada hari persandingan yang menantu you cantik dan anak orang berada? Menantunya persis bintang filem Bollywood Aishwarya Rai misalnya, bangga sangatkah bila dipuji sebegitu?  

Apa yang hendak dibanggakan sangat menantu cantik, yang menjadi kriteria wajib kepada anak untuk dia memilih pasangan? Kata Hanifa sehingga bonda tidak mahu tahu sama ada hati wanita pilihannya itu baik atau tidak. Perempuan itu tahu bersolat dan mengaji, hormat ibu bapa, ada kerjaya yang bagus bukan kerjanya menipu atau perempuan yang pemalas dan pengotor. Betul beauty attracts the eye but personality captures the heart. Dan ini jauh lebih penting untuk tujuan hidup sehingga diambilNya kembali.

Beauty is not just a white girl, it’s so many different flavor and shades.” Queen Latifa.

Putih atau hitam tiada bezanya pada Dia yang menghidupkan kita. Allah menjadikan setiap umatnya dengan keistimewaannya yang tersendiri. Saya ini, tidak tinggi cantik, tetapi diberikan hati yang langsung tidak cemburu melihat orang yang wajahnya bagai bidadari malah mengagumi ciptaanNya. Besarnya rahmat Dia menyediakan saya kecantikan yang lain dalam diri ini, diberiNya tubuh badan yang sihat, yang boleh melangkah ke mana juga. DiberiNya akal dan fikiran yang cantik yang dapat membezakan antara  buruk dan baik, diindahkan hati ini dengan perasaan kasih dan sayang, tiada hasat dan dengki, tiada benci dan iri melihat kejayaan orang lain. DisediakanNya ahli keluarga yang saling mengasihi, bertanggungjawab, yang beriman dan beramal kepadaNya.

Bukankah malang bagi keluarga yang punya harta melimpah, anak menantu cantik dan tampan tetapi tidak disuntik jiwa secantik rupa.

Be your own kind of beauty; be strong but not rude, be kind be not weak. Be humble but not timid. Be proud but not arrogant. Seyugia, untuk mata yang cantik, lihatlah kebaikan orang lain. Untuk bibir indah, berkata-katalah dalam kebaikan dan ketenangan diri, untuk telinga yang elok, elak mendengar umpatan dan kejian dan jauhi daripada memperdengarkan keburukan serta aib orang kepada orang lain. Dan orang yang baik akan senantiasa membuat kebaikan meskipun kepada orang yang tidak baik. Rugi sekali jika seorang lelaki melepaskan wanita yang cantik akhlaknya untuk mengejar wanita yang cantik wajahnya.

Insan yang cantik adalah mereka yang bersederhana, berwawasan, setia, mandiri, jujur, berakhlak baik, hidup ada prinsip, melihatnya menyenangkan dan membawa diri kita kepada kedamaian walaupun dengan penampilan amat sederhana. Inilah kosmetik yang kekal abadi baik sewaktu hidup mahupun setelah kamu pergi. Kosmetik yang kamu pakai untuk kekal cantik inilah sebaik harta peninggalan, bilamana kamu akan sentiasa dingati akan kecantikan hati dan akan disebut daripada satu generasi ke generasi.

Adik-anak dan anak-anakku sekalian, ingat kalau kamu dipilh kerana rupa kamu yang cantik, benar ia membanggakan, tetapi kalau kamu dipilih kerana dalamanmu yang lagi cantik, itu lebih menggagumkan. “Kerana kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.” Dr. Hamka. Ingat ya, tiada kecantikan yang bersinar lebih terang daripada hati yang baik lagi mulia dan kecantikan asli lahir daripada aksi dan aspirasi serta kebaikan yang kamu limpahkan kepada yang memerlukan.

“Where there is righteous needed in the heart, there is beauty in the character. When there is beauty in the character, there is harmony in the home. When there is harmony in the home, there is order in the nation. When there is order in the nation, there is peace in the world  A.R J AbdulKalam.” (Presiden ke 11 India, 2002)

Sebelum menutup noktah, kiriman salam daripada Hanifa kepada kalian yang sudi membaca.  Tulis Hanifa,

Aku Insan Paling Bahagia…

“Satu ketika, ketika Hanifa dikatakan anak derhaka

Hanifa  menangis hampir kering si airmata

Kerana percaya kepada cinta

Kepada Juita yang meningalkan agamanya

Berkulit gelap, kata bonda macam punggung belanga

Tetapi Juita hati mulia

Duniawi katanya seketika,

Dan cintanya terlalu berharga, tidak mampu aku aniaya.

Bonda sempat berbicara sebelum menutup mata,

Kerana Juita yang membela, di akhir usia,

Menantu cantiknya yang disanjung, entah ke mana,

Hanya mahukan harta, tidak mahu membela,

Ayahanda dan bonda, kekanda adinda…

Cantik tidak pada rupa,

Tidak pada putih sang sutera,

Tapi di jiwa yang berharga.

Sebelum nafas bonda diambilNya,

Minta jangan aku pula menghampanya

Secantik mana sekali pun wanita di dunia, kata bonda

Cantik lagi Juita Hanifa.

Aku tidak lagi anak derhaka…”

Related posts

This Is Wirda

Wirda Adnan

Wahai Anak

Wirda Adnan

Dedikasi Buat Palestin MEREKA TAHU KEMATIAN DI LUAR PINTU

Wirda Adnan

Leave a Comment