LANEIGE Cream Skin Refiner, Yang Terbaru Untuk Melembapkan Kulit Wajah

Untuk menumpukan pada rutin penjagaan wajah yang lebih mudah tetapi memberi kesan yang bagus, kita perlu memastikan produk yang kita gunakan adalah dalam kualiti yang optimum. Maksudnya perlu pilih produk dengan teliti.

Untuk itu LANEIGE memperkenalkan LANEIGE Cream Skin Refiner, produk berasaskan toner yang diadaptasi dengan sifat krim untuk membantu kulit yang haus dengan kelembapan dan penghidratan.

Produk ini adalah hasil daripada 19 tahun kajian oleh pasukan R&D LANEIGE. Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang terbaik dalam memberi kelembapan. Kelebihan produk ini antara lain menggunakan Cream Blending Technology™ yang menguatkan penghalang kulit daripada penceroboh luaran yang boleh merosakkan kulit, terutama bagi pengguna yang sensitif terhadap kulit kering. Ia mempunyai ciri-ciri pelembap yang yang ringan, tetapi dapat membantu kulit terhidrat dalam tempoh yang panjang. Produk ini diperbuat daripada bahan EWG Green Grade yang terbaik, bebas daripada PEG, wangian, bahan haiwan dan sebarang sintetik pigmen.

Sekarang, ada ‘Kaedah 7 Langkah’ iaitu rutin penjagaan kulit yang popular di Korea yang mana rutin ini bagus dalam mendapatkan kulit yang terhidrasi dan lembap. Kaedah ini adalah menyapu toner atau pati yang berair dan ringan sebanyak tujuh kali selepas membersihkan muka dan sebelum menyapu pelembap. Kaedah ini membolehkan kulit menyerap bahan-bahan yang berkhasiat yang terkandung dalam produk yang anda guna, dan hasilnya memberi kulit yang sihat bersinar. Ada yang berpendapat walaupun rutin ini bagus tetapi ia membuang masa kerana banyak langkah yang diperlukan. Tidak mengapa, kerana dengan adanya LANEIGE Cream Skin Refiner, sudah boleh tinggalkan rutin yang rumit itu kerana hasil yang diperolehi selepas menggunakannya sama saja. Well, mungkin LANEIGE beri kesan yang lebih lagi kerana bahan di dalamnya berkualiti tinggi!

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON