EYE ME

Kamu Cantik!

A beautiful woman, her love just fits with you. She shares your deepest personal views and understands you, when you talk to her, you feel like she is miles ahead of you, but yet  at the same time she makes you feel perfect and beautiful as well. Because of who she is inside, it rubs off on who she is outside, she simply glows. Every slight imperfection becomes perfection, and just completes her.

Tiba-tiba saya teringatkan Ming (seorang gadis tionghua yang melayan saya sewaktu bertugasan di Hong Kong (kisah tiga tahun yang lalu). Ming, matanya sepet, hidungnya penyet, bibirnya juga tidak mungil. Bentuk badannya juga tidak pun curve dan tingginya cuba lima kaki sahaja. Tidak bercelak dan tidak juga bergincu… kalau dia bukan ditugaskan melayan saya dan membawa saya berjalan-jalan tidak pun saya kisah siapa dia. Ming mengenakan kemeja berlengan panjang dan celana panjang, kasut tidak bertumit. Tas tangannya pun biasa sahaja, semuanya biasa pada pandangan mata saya tetapi saat kami duduk bersembang sambil  minum kopi di pagi itu di lobi hotel, saya merasakan gadis ini teramat cantik.

No matter how plain a woman may be, if truth and honesty are written across her face she will be beautiful.” – Eleanor Roosevelt.

Ini kali pertama sebenarnya saya bertemu dengan wanita Hong Kong yang langsung tidak bergaya. Biasanya dalam tugasan saya ketemu insan-insan yang top to toe menarik, baju mereka, tas dan kasut, solekan dan dandanan; tetapi Allah menghantar saya bertemu dengannya. Itu secara kebetulan kerana bosnya yang sepatutnya melayan saya cuti kecemasan.

“You’re  so beautiful.” Tidak semena-mena saya terus memuji. (Kerana tutur katanya merendah diri, lembut, baru berjumpa seperti teman lama.) “Yes, i am,” jawabnya membuat saya merenung tepat ke mukanya dan belum apa-apa dijawabnya pantas, “Because I am a muslim. Muslim women are beautiful in the eyes of Allah.” Mereka suci daripada najis, bukan sahaja tidak makan babi dan benda-benda haram tetapi tubuh badan luaran dan dalaman bersih. Bila berhadas besar kita mencucikan diri kemudiannya dengan mandi hadas, kita bersihkan dari hujung rambut ke kaki, dan dalam hadas kita tidak buat perkara yang haram dilakukan seperti bersetubuh dan sebagainya. Perempuan Islam juga bersolat lima kali sehari, lalu diri sentiasa dibasahi dengan wuduk. Perempuan Islam menjaga penampilan diri terutama dalam berpakaian. Perempuan Islam juga adalah perempuan yang cantik kerana dia dilarang bercakap kotor, tidak meninggikan suara, menyimpan rahsia rumahtangga dan sopan dalam serba serbi.” 

Saya tersentak sebenarnya dengan jawapan Ming sambil bertanya mengenai keislamannya. “Saya ke Kuala Lumpur bercuti, lalu terdengar suara azan dari rumah teman. Saya tanya suara apa itu dan dari mana. Jawabnya itu suara dari masjid. Saya mohon dibawa ke sana, saya terpaku dengan keindahan Masjid Negara. Seluruh badan menggeletar, rasa sejuk tetapi tenang. Ada satu perasaan yang saya tidak tahu nak cerita.

“Pulang, saya masih teringatkan azan yang memanggil dari masjid, mencari jawapannya, saya buat carian di internet dan pergi ke Islamic Centre di Hong Kong. Setahun kemudian saya ke KL lagi, saya tidak tinggal dengan teman, tapi mencari bilik hotel supaya saya dapat setiap hari ke masjid, untuk merasai kedamaian di rumah Allah. Saya banyak mengkaji tetapi tidak berani untuk bertukar agama masa itu, pendek cerita kalau saya masuk Islam, saya akan mati dipukul, dihalau dan tidak mengaku anak oleh mak dan ayah.” 

“Tetapi islam itu indah, dan cantik. Allah menukar gaya hidup saya dengan memberikan saya banyak masa mencari ilmu dan tidak tergoda dengan hidup yang palsu. You tahu tak wanita-wanita Hong Kong kebanyakannya bercakap kasar, cakap kotor suka mencarut dan sebanyaknya tidak puas hati dengan apa yang dimiliki. Pakai mahal, balut diri dengan pakaian berjenama tetapi mulut busuk dengan arak dan cakap lepas. Tidak pernah puas hati dengan susuk tubuh dan wajah mereka. Dalam 1000 wanita HK, 900 daripada mereka jalani pelbagai surgeri kerana tidak pernah rasa cantik. Tahu sebab apa? Sebab tidak bersyukur pada pemberian Tuhan.”

Masa ketemu Ming dia sudah setahun memeluk Islam. “Tiba waktu saya tidak boleh sembunyikan pengetahuan famili sebab saya tidak lagi makan di rumah, lebih banyak menyendiri di bilik. Dimarahi, dipukul, disiksa, akhirnya saya keluar rumah, bersendirian tetapi saya gembira.”

She was beautiful, but not like those girls in the magazines. She was beautiful for the way she thought. She was beautiful, for the sparkle in her eyes when she talked about something she loved. She was beautiful, for her ability to make other people smiles, even she was sad. No, she wasn’t beautiful for something temporary as her looks. She was beautiful, deep down to her soul. She is beautiful.” F. Scott Fitzgerald.

Sungguh, cantiknya seseorang itu tidak terletak pada wajah semata. Wanita yang sederhana, berwawasan, yang setia, mendiri, jujur, berakhlak baik, ada prinsip hidup dan tahu menjaga maruah diri. Dengan ibu ayah, adik beradik saling menyayangi dan bantu membantu. Dengan suami, tidak berleter, tidak menggukit, tidak berasa diri besar sebab bergaji besar atau kerana anak orang kaya dan suami mesti ikut kata. Bukan dia yang sepatutnya mendengar kata suami. Dengan saudara mara, rakan taulan dan ketua atau pekerja, sentiasa menjaga adab susila.

Wanita yang cantik, dia yang menjaga ibadahnya, pakaiannya, menjaga tata susila dalam percakapannya dan dia yang penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dia berikan memberikan  kedamaian kepada orang di sekitarnya. “Kecantikan yang tidak disertai dengan iman dan budi pekerti, bagai bunga yang indah, namun tiada harumnya.” (saya petik dari internet).

Seyugia, saya tidak kata kamu jangan lagi ke salon cantik. Pergilah jika memanjakan diri itu menenangkan fikiranmu, Mahupun untuk mengusir kecelaan pada wajah dan kulitmu. Merasai jejari-jemari meramas lalu ia melegakan tubuhmu, melicin dan menghaluskan kulit kamu, Pergilah… demi kejernihan di wajah itu dan kesihatanmu, tetapi kalau kamu rasa itulah cantik yang sebenarlah, kamu silap.

Ingat, it’s not the clothes

It’s not the hair…the tudung

It’s not the Ku Putih, the Terlajak Laris

It’s not the Lancome, 

It’s not the LV, the Gucci

It’s not the looks… (yalah muka tu, comellah juga..)

It’s the personality that defines you

I don’t care how smart and good looking you are…

If your personality is ugly, then you are ugly.

 

Gambar: Wan Izhar (ODS Studio)

[thb_gap height=”100″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Warkah Untuk Teman-Temanku

Wirda Adnan

I’m Annoyed By Fake Designer Bags And…

Wirda Adnan

Peringatan bulan September

Wirda Adnan

Leave a Comment