EYE ME

Lelaki Dengar Sini…

Dewan besar Hotel Mandarin dihias sebegitu cantik menggunakan perancang perkahwinan yang mendapat unlimited budget daripada keluarga pengantin. Tiada sekuntum pun bunga tiruan, semua bunga segar ditempah khas dari negeri China. Hidangan di meja menggunakan pinggan mangkuk juga tempahan khas ratusan ribu, masya-Allah sungguhlah mewah. Dan sebelum majlis resepsi ratusan ribu juga dibelanjakan untuk barang hantaran, semuanya daripada jenama mewah. Tidak mustahil kerana keluarga lelaki orang kayangan.

Sebulan kemudian di penthouse pasangan ini diadakan parti untuk kawan-kawan mereka. Pertengkaran terjadi antara suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Sang suami sudah mula tunjuk belang. “I am your husband, isteri wajib hormat dan ikut perintah isteri…” bersyarahlah dia tentang pengetahuan agamanya yang cetek. “Taat pada suami adalah kewajiban seorang isteri. Seorang isteri hendaklah mendengarkan dengan baik apa yang suami bicarakan. Jangan membantah, jangan ingkar. Jika suami tidak memberi izin untuk berbicara kamu isteri mesti diam, tidak boleh protes. Kamu isteri jaga kehormatan suami dengan perilaku baik…” suaranya semakin tinggi.

“Tengok, kamu kahwin dengan aku, kamu senang kan? Kamu dan keluarga tak bangga ke, Sultan pun hadir majlis kahwin kamu? Syukurlah orang ambil kamu dari rumah pangsa, syukur mak ayah aku tidak banyak cakap (walaupun aku tahu mereka tidak suka) tapi terima kamu…” 

“Tapi Islam juga mewajibkan suami melayan isterinya dengan baik…” “Stop and shut up,” pantas dipotong cakap isteri dan meninggikan suara. Hampir telapak tangannya jatuh ke pipi isteri. “Jangan hendak biadap dengan laki sendiri, i told you, I ada hak atas you, sebab you isteri I.”

Fine, thank you so much.” Nah, lalu dia meletakkan cincin perkahwinannya di atas meja. Dia keluar dari penthouse itu sehelai sepinggang. Dia tidak pandang cincin bertakhta berlian satu karat, dia tidak kisah hadiah Kelly sebagai hantarannya. Dia tidak pandang wang masnya ratusan ribu. Dia tidak malu nanti memandu semula Protonnya, dan tidak lagi bergaya dengan BMW barunya. Dan dia terpaksa balik ke kondo dua biliknya, dia tahu di situ dia lebih tenteram. Dan itulah hari terakhir mereka bersama. “Kalau baru sebulan kahwin, sudah tunjuk kuasa, menggunakan agama sebagai alasan, guna kekayaan untuk menakut dan menindas bini, you ingat hidup I akan bahagia dengannya… kot mati disepak terajang,” katanya pada kawan-kawan yang masih ada di rumah mereka. Semua terkedu.    

Ramai lelaki ingat sebaik bernikah dia punya hak mutlak terhadap isterinya. Dia ingat dia boleh buat apa sahaja kepada isterinya. Ramai juga merasakan, sementelah dia orang kayangan dan isteri asalnya dari rumah pangsa, ‘wahai sang suami jangan kamu hina dia, jangan kamu dera dia. Jangan kamu jadikan dia alat untuk bermegah-megah dengan kekayaan dan keturunan kamu. Jangan kamu jadikan dia tempat kamu melepaskan kemarahan. Sebagaimana kamu lelaki merasa kamu ada hak, isteri juga ada hak dia sebagai isteri. Antaranya suami wajib melayani isteri dengan baik. Memberi makan minum, duit belanja, menyediakan rumah yang selesa, menyediakan pakaian, itu sememangnya tanggungjawab suami, tetapi walau apapun suami tiada hak untuk menutup mulut isteri sehingga dia tidak berupaya membela dirinya.’

Sabda Rasulullah SAW : “Orang yang berlaku adil di sisi Allah nanti akan ditempatkan di atas mimbar yang diperbuat daripada cahaya dari sebelah kanan al-Rahman ‘Azza wa Jalla (Allah) lalu Nabi mengangkat tangan kanannya. Orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang.” (Riwayat Muslim)

” Women want a man who is in control, but not a man who is controlling. There’s a difference.” JmStorm

Sungguh, wanita mengahwini lelaki agar dia dapat berkongsi kasih dengannya, agar dia dapat membina sebuah keluarganya, melahirkan zuriat-zuriat mereka, berkongsi susah dan senang dan tempat memadu kasih dan berkasih sayang. Tempat bercerita dan berjenaka, tempat meluahkan hati dan perasaan. Suami untuk sang isteri tempat bersandar, isteri mahu suami yang boleh melindunginya daripada bahaya dan ancaman orang luar.

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kalian memiliki hak ke atas isteri-isteri kalian dan isteri-isteri kalian juga memiliki hak atas kalian,” Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.” 

Kala ditanya lagi kepada Rasulullah SAW apakah hak isteri atas suaminya, Baginda menjawab, maksudnya, “Engkau memberinya makan jika engkau makan, engkau memberinya pakaian, jika engkau berpakaian, janganlah memukul wajah dan janganlah menjelek-jelekkannya serta janganlah memisahkannya kecuali tetap dalam rumah (shahih, Ibnu Majah. 

“Sesungguhnya sikap lemah lembut terhadap isteri adalah indikasi sempurnanya akhlak dan bertambahnya keimanan seorang mukmin. “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling  bagus akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.”” – at Tirmidzi.

Islam mengibaratkan keluarga seperti satu lembaga yang berdiri di atas suatu kerjasama dan dalam satu ayat lain Allah berfirman, “Para wanita mempunya hak yang seimbang  dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf (al Baqarah 228). Ini bermaksud juga seorang wanita memiliki kesamaan dengan kaum lelaki  dalam semua hak kecuali satu perkara yang diungkapkan oleh Allah SWT, “Antara dua orang, penanggung jawab yang pertama dalam kerjasama tersebut ada suami.”

Lelaki, dengar sini. A man that truly loves a woman.. is more concerned with spending time than spending money. Kamu lelaki kamu adalah ketuanya, bukan diktator. Kamu lelaki, jangan cuba menipu dia, isterimu. Kerana isteri diberikan satu keistimewaan, dia tahu kalau kamu bercakap benar atau menipu, her instinct a is always right, so do not lie and play smart.

Suami,  gives her freedom, not captivity. Galakkan dia mencapai impiannya. Tunjukkan kepada dunia bahawa kamu bersamanya, menyayanginya, menghormati dan bersamanya dalam senang dan susah. 

Saya senang sekali dengan ungkapan ini;

“A real man is a woman’s best friend, he will never stand her up and never let her down. He will reassure her when she feels insecure and comfort her after her bad day. He will inspire her to do things she never thought she could do; to live without fear and forget regret. He will enable her to express her deepest emotions and give in to her most intimate desires. He will make sure she always feels as though she’s the most beautiful woman in the room and will enable her to be the most confident, sexy, seductive, and invincible person alive…” Tony A Gaskins Jr.

Men who do not forgive women for their little faults will never enjoy their great virtues.

Suami, maafkan dia jika kesalahannya itu tidak seberapa. Suami, kalau kamu sayangkan dia, relakah kamu memaksa dia membuat segalanya, dan kamu hanya tahu memerintah, berteriak sekuatnya bila kerana dia tersilap meletakkan bajunya di bahagian almarinya. Dan lebih daripada itu kalau kamu sayangkan dia, kamu sepatutnya mendidik dia menjadi wanita solehan, bukan memarahinya kerana dia menegur kamu tidak solat.

19 Jun Hari Bapa, seluruh dunia akan meraikannya. Dikesempatan ini saya ingin menyampaikan pesan ini kepada semua bapa. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak supaya bila mereka besar nanti, mereka akan menghormati kamu kerana mendidiknya menjadi manusia berguna. Kamu yang memperlihatkan kepada anak isterimu kasih sayang dan  menunaikan semua tanggungjawab suami dan ayah, juga kamu sebagai anak (jika ibu ayahnya masih hidup). Saat dia nanti menjadi suami/isteri dia tahu menunaikan amanahnya kepada keluarga, bangsa dan agama. 

Selamat Hari Bapa

Related posts

Semoga 2019 Lebih Bermakna

Wirda Adnan

Saya Dan Sosial Media

Wirda Adnan

Rakyat Mahu Bebas

Wirda Adnan

Leave a Comment