Warkah Pembaca

Cerita Jiran

Salam dari London. Walau berada jauh tetapi saya tidak pernah lupa tanah tumpah darah. Ke sini kerana kerja dan kalaulah bukan untuk kelangsungan hidup, saya lebih senang tinggal di negara sendiri. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, saya tetap memilih negara ku Malaysia. Begitu pun saya happy sangat di sini, banyak ilmu yang saya pelajari di negara orang putih ini.

Saya berkawan dengan semua bangsa, jiran saya pelbagai bangsa, agama dan warna kulit. Namun semua itu tidak menghindari kami menjalin sifat kejiranan yang saling hormat menghormati. Saya sendiri pernah mengambil cuti menjaga bayi jiran yang terpaksa menghadiri majlis pengebumian. Mengapa tidak, kalau dia pun berbaik hati menjaga saya sewaktu saya sakit. Dia yang menghantar makan minum seminggu lamanya.

Jiran seberang rumah saya minah Saleh, Sarah Richard namanya. Kebetulan lahir di Malaysia dan beragama Islam. Katanya keluarganya memeluk Islam sewaktu ayahnya bekerja di sini, dan terpikat dengan sifat keakraban orang Malaysia. Ayahnya cuma tiga tahun tinggal di Malaysia tetapi senang sangat dengan sifat keluarga-keluarga Islam yang dikenalinya. Dalam tempuh yang singkat itu keluarganya belajar pelbagai mengenai agama, yang kadang kala buat kami sendiri malu kerana Islamnya lebih baik daripada kami sekeluarga rasanya.

Oh ya, saya suka majalah anda kerana ada cerita agama, dan saya juga berkongsi cerita dengan Sarah Richard dan kini dia juga senang melayari majalahwm.com yang katanya senang difahami. Kerana katanya wm menggunakan bahasa ringkas dan cerita di dalam menarik. Dia tidaklah lancar sangat berkomunikasi dalam bahasa Malaysia tetapi faham semua cerita di majalah.

Suka cover-cover majalahwm kerana memaparkan ‘the real people’ comment Sarah.

AinunJay@london

Islam menggalakkan umatnya berbaik dengan jiran, sekalipun bukan seagama dan menjadi tanggungjawab kita menjaga keharmonian kejiranan dan saling hormat menghormati. 

Air Mata Mengalir Membawa Eyeme

Membaca tulisan Puan Wirda dalam Eyeme mengenai ibu, membuat air mata ini tidak henti mengalir. Terlalu pilu bila mengingatkan mak. Masa hidupnya saya tidak pernah pedulikan dia. Apa pun kehendaknya saya tidak layan. Bila mak tiada baru saya sedar, syurga saya lepaskan sedangkan ia di depan mata.

Kini saya cemburu kepada mereka yang menggunakan kesempatan hidup untuk berbakti kepada kedua orang tua.Saya cemburu membaca ada orang macam cerita Puan Wirda, maknya menghembus nafas terakhir dalam pangkuannya, dan beliau tidak henti menyebut, La ilaha illallah, sebelum perginya bonda kesayangan. Mengapa saya tidak melakukan semua itu, sedang mak tinggal bersama saya. Siang malam saya keluar, kalau saya ada di rumah pun, saya tidak menjenguk dia di bilik. Saya tidak mengajak dia makan bersama dan tidak pun menanya khabarnya. Saya kata kalau saya tidak bercakap dengan mak, lagi kurang dosa saya, sebab kalau saya layan mak, mesti saya hendak marah dia. Lalu saya mengepikan dia dan melepaskan semua tanggungjawab kepada pembantu. Dialah yang melayan emak, bawa ke klinik dan sebagainya. Saya kata panggil saja teksi kalau perlu ke hospital dan sebagainya.

Betul saya anak derhaka dan kejam sangat kepada mak. Masa mak meninggal pun, saya tidak pun sedih sangat kerana merasakan beban saya menanggungnya sudah tamat. Jahatnya saya.

Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Hari ini saya cuba mencari ruang supaya Allah mengampunkan dosa-dosa saya kepada mak. Saya sedar semua perbuatan saya sewaktu hidupnya membuat mak sedih. Saya tidak tahu apa doa mak pada saya, tetapi saya berharap mak telah mengampunkan doa saya terlebih dulu sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

Pada yang di luar sana yang membaca warkah ini, tolong jaga ibu kamu kerana syurga di bawah telapak kakinya. Buat apa pun di dunia ini tanpa restu dan kasih sayangnya semua tidak menjadi. Allah telah menunjukkan kepada saya kini. Dan saya tahu itulah balasan Allah lemparkan kepada saya kerana derhaka kepada seorang yang bernama mak kepada anaknya.

Wanurakepiluan

Syukur kamu telah sedar. Walaupun ibumu telah pergi buat selama-lamanya, kamu masih boleh mendapat ampunan yakni dengan bersedekah untuknya, atas namanya. Dan sentiasa menghadiahkan dia Al Fatiha dan bacaan ayat-ayat suci. Juga berbaik dengan orang yang dia sayangi sewaktu hidupnya. Satu lagi mohon Allah mengampuni semua dosa-dosa kamu kepadanya dan diampuniNya dosa kedua orang tua kamu. Semoga kamu bertemu dengannya di Jannah nanti.

Related posts

Janji Allah

adminwm

Warkah Pembaca

adminwm

Leave a Comment