GAYA HIDUPWarkah Pembaca

Warkah Pembaca

Setiap hari saya menerima banyak komen pembaca, dan rasanya tiba masa saya mengadakan satu ruang khas untuk mendengar komen, rintihan dan pendapat pembaca. Kini saya menyediakan ruang khas untuk pembaca menulis, panjang mahu pendek, terpulang apa yang mahu dibicara dan diutarakan. Semoga ruangan ini juga menambah baik lagi majalahwm.com. Hantarkan pendapat anda kepada [email protected] dan saya sendiri yang akan memilih surat mana yang mendapat perhatian saya.

Elak bacaan sampah dan baca Majalahwm.com 

Rita teman serumah yang suka duduk diam di bilik. Kami panggil dia anti sosial. Balik kerja melepak di bilik. Bila kawan-kawan ajak sembang, dia akan jawab, “Tak apalah aku nak membaca.” Okay kami faham dia tidak mahu ganggu. Tetapi takkan lah tiada aktiviti lain selain belajar.

Namun Rita nampaknya tidak pernah jemu menghadap laptop mahupun phonenya. Pelik juga kami kerana Rita nampak relaks dan tak stres. Apa rahsianya? 

Rupanya satu hari dia kongsi link majalahwm.com. “Kau orang kalau tak nak bosan bawa diri membaca. “Ah membaca lagi lah bosan, dan malas lah buka internet penuh dengan gosip dan kutuk mengutuk. “Itu sebab you all yang pilih baca perkara yang tidak tolong otak berfikir dan menambah ilmu.” “Ala… bukan main si Rita menjawab, macam otak dia aje yang boleh pakai. Macam dia aje yang pandai,” kata Mira yang ada degree. “Dia belum dapat degree dah pandai nak ajar kita,” balas Mira mencemek.

Rita jenis yang tak kuasa nak ambil hati dan sentiasa berfikiran positif. “Ni buka link majalahwm.com. Nanti tidak cukup masa bila pelbagai yang kamu hendak tahu dalam majalah online ini,” jawabnya.

Well, lately, I tak dengar lagi mereka cakap kosong dan ‘mengumpat’ kerana waktu lapang mereka melayan majalahwm. Terima kasih sidang pengarang yang menghadirkan rencana-rencana bernas di sini.

[email protected]

Mujurlah majalahwm ada…

Bila banjir memusnahkan sebahagian besar rumah kami dan menghanyutkan almari dan kerusi meja dan yang paling membuat aku sedih adalah kerana laptop aku pun dibawa sekali oleh arus. Aku menangis berhari-hari, laptop umpama ‘nyawa’ aku tapi kerana telefon itu aku pegang 24/7 jadinya bila kami sempat menyelamatkan diri mujurlah ada telefon dan untungnya dalam poket ada kebal. 

Pendek cerita sepanjang hampir seminggu di tempat penempatan mangsa banjir, aku tidaklah macam orang hilang segalanya kerana aku ada telefon dan aku ada hal yang boleh buat diri aku tidak sunyi. Ya, orang lain dengan cara mereka dan aku dengan cara aku. 

Hidup mesti diteruskan. Aku baca banyak maklumat luar dan waktu sama untuk mengalih rasa sedih aku baca majalah kesayangan aku. “Kalaulah majalah kesayangan aku ini jenis yang dicetak pada kertas, maka hanyutlah ia dibawa arus yang dahsyat tapi alangkah bahagianya aku kerana ke mana aku berada, aku dapat bersamanya. Kawan jangan henti membaca, aku maksud bukan baca maki hamun manusia yang tidak pernah happy dengan hidup mereka tapi bacalah pelbagai informasi menarik daripada hasil kerja insan-insan yang peduli untuk memberikan ‘sumbangan’  ilmu pengetahuan. “Guy keep up the good work , happy, so far with lots of stories dalam majalahwm.com membuat aku rasa walau banyak harta benda yang hilang sekelip mata tapi majalahwm.com menemani setiap inci hidup ini. 

[email protected]

Majalah kesayangan kakak dihanyutkan banjir…

Kak aku Julia menangis kerana koleksi majalah yang dikumpul bertahun-tahun musnah akibat banjir besar yang berlaku di Shah Alam. Kesiannya aku dekat dia, baju dia sealmari yang musnah pun dia tidak hiraukan tetapi bila majalah-majalah musnah, tersedu-sedu dia menangis kerana katanya dia tak akan dapat lagi majalah itu. Aku faham, baju yang kotor berbalut lumpur masih boleh dibasuh tapi majalah-majalah adoi, cukup membuat aku turut menangis. Akak sampai hari ini bercerita fasal majalah-majalahnya.

“Okay kak, orang pun dah tak membaca cara gitu lagi. Sekarang kan semua digital dan akak tak payah nak fikir lagi tentang ke kedai beli majalah, dan nak cari space for all the magazines, and see what happen, all gone. Pls view yang ni.” Aku kasi dia link majalahwm.com dan kini aku tengok kakak happy sangat melayan masanya membaca… “Betul cakap kau Khai, apa yang aku hendak pada sebuah majalah ada di sini,” sambil menunjukkan laptop barunya. “Oh you bought a new laptop?” aku terperanjat. “Banyak duit?” aku perli. “Bila ada orang bersimpati dengan kita, orang pun tak mahu kita sedih dia hadiahkan sesuatu yang paling berharga.” jawabnya. Dan aku jawab, “Akak boleh terus kutip ilmu di sinikan, so share the link to kawan-kawan, many more will be happy to receive. Betul kini majalahwm menjadi pilihannya.

[email protected]

Related posts

Practical advice by Dr. Zhong Nanshan (China’s top authority on Covid-19)

admin

Habbatus Sauda’ Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati

adminwm

Dipaksa Putuskan Cinta Sebab Kekasih Cuma Anak Angkat Raja

admin

Leave a Comment