GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

ONDE-ONDE/ KUIH BUAH MELAKA

Kuih ini dikatakan dicipta sebelum zaman penjajah, selepas Kota Melaka dibuka oleh Pramanesawa, pokok Melaka menjadi kebangaan orang Melaka sehingga ke hari ini. 

Kuih Buah Melaka disebut juga Onde-Onde, perkataan Portugis, Onde-oande bermaksud di mana-mana. Ia diilham daripada pokok Melaka. Spesies daripada keluarga Gooseberry. Kuih berasas daripada tepung pulut, daun pandan, gula Melaka dan kelapa parut sert garam. Kuih in mendapat namanya daripada rupa buah Melaka dan gabungan gula Melaka.

KUIH BUAH MELAKA (Buah melaka pancawarna (E-na lovely kitchen)

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 - 2 keping gula melaka
  • 1 cawan kelapa muda parut
  • sedikit garam
  • Kisar dan tapis 
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 4 helai daun pandan

Cara Membuatnya

1. Gula Melaka di potong kiub kecil.

2. Kelapa muda parut di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.

3. Bancuh dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.

4. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.

5. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

TIPS

Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak-kanak, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh

pokok Melaka di Bukit Melaka

Buah Melaka 

Credit (Buah melaka pancawarna (E-na lovely kitchen) dan wikipedia/ gambar internett

Related posts

Kabinet Privé Meraikan Tahun Baru Cina & Valentine Dengan Majlis Makan Tengahari Bersama Tetamu Kelas Atasan

admin

VIVO Y33s

admin

Filem ‘Babi’ vs Babi (Daging Import Haram)

admin

Leave a Comment