Buat julung kalinya, jenama pakaian tempatan, Alfaro mengadakan pertunjukan fesyen sempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi. Memeriahkan lagi ketibaan bulan mulia itu, Alfaro memperkenalkan koleksi Raya mereka yang diinspirasikan daripada kesantunan pakaian tradisi Melayu juga seleksi abaya yang pastinya diilhamkan daripada budaya Timur Tengah yang kini semakin meluas dalam kalangan wanita kita.
Rekaan yang ditawarkan bukan sahaja menerusi material fabrik berkualiti tinggi malah mengutamakan keperincian jahitan yang kemas bersama ciptaan trend terkini yang boleh dipakai ajnas latar belakang, saiz tubuh juga majlis.



Menurut pengasas Alfaro, Farooq Ahmad, “Koleksi yang dipertontonkan baru-baru ini menggabungkan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu. Ia menghasilkan satu padanan yang penuh gaya bersama sentuhan moden. Keunikan koleksi ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam setiap jahitan.”
Koleksi ini menawarkan gaya yang lebih elegan untuk untuk semua serta pilihan pakaian yang inklusif untuk pelanggan dengan saiz lebih besar. Setiap reka bentuk disusun dengan tema yang konsisten, memastikan gabungan warna yang serasi serta reka bentuk yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan yang
berbeza.



Selain itu, jelas Ketua Pegawai Operasi Alfaro, Muhammad Irfan, ”Kali ini, Alfato turut memperkenalkan beberapa inovasi dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan dalam koleksi Raya tahun ini. Fabrik yang digunakan adalah daripada pilihan premium yang disaring dengan teliti untuk memastikan kualiti terbaik. Di samping itu, teknik jahitan yang canggih dan teliti digunakan oleh tukang jahit yang berkemahiran tinggi dari luar negara, menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menarik tetapi juga tahan lama dan selesa dipakai.”
Pada majlis pertunjukan fesyen tersebut, duta rasmi mereka, Fasha Sandha turut hadir dengan melakukan acara pembukaan penuh dramatik dan bergaya. Fasha merupakan duta Alfaro untuk tahun ke tiga.



Selain baju Raya untuk wanita, Alfaro turut menyediakan pakaian Raya buat lelaki seperti Baju Melayu dan Kurta juga seleksi untuk kanak-kanak. Mudah untuk seluruh keluarga memilih pakaian sedondon sekeluarga kerana di Alfaro semuanya ada daripada pelbagai pilihan warna menarik.
Sebagai bukti kepada komitmennya terhadap kualiti, Alfaro juga baru sahaja menerima pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti pada tahun lalu, satu pencapaian penting yang diperakui akan dedikasi mereka dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian tertinggi.


