FESYEN

THE FASHION EDIT-5 perkara yang akan menentukan gaya Luruh/Dingin 2026

Trend musim Luruh/Dingin 2026 (AW26)  memang bergerak ke arah gabungan tailoring yang lebih santai, permainan proportion, layering dan aksesori yang lebih berkarakter; beg pula banyak bermain dengan bentuk east-west, top-handle, oversized dan clutch.

September datang bersama satu perubahan mood dalam dunia fesyen.

Pentas AW26 tidak sekadar menawarkan pakaian baharu. Ia memperlihatkan bagaimana wanita hari ini mahu berpakaian — lebih praktikal, lebih personal, tetapi pada masa yang sama lebih berani bermain dengan bentuk, tekstur dan aksesori.

Daripada modern ladylike kepada siluet yang lebih besar, daripada beg east-west kepada kasut yang membawa nostalgia, musim ini seolah-olah berkata satu perkara:

Kita tidak perlu memilih antara cantik dan selesa. Kita boleh memiliki kedua-duanya.

01 — THE COAT

Long. Strong. Effortlessly elegant

Kot kembali menjadi salah satu pakaian paling penting untuk musim sejuk — tetapi bukan dalam bentuk yang terlalu formal. Long coat, tailored coat, oversized outerwear dan siluet yang lebih lembut memberikan wanita pilihan untuk kelihatan polished tanpa terlalu mencuba.

Untuk pembaca WM di Malaysia, tentu kita tidak akan memakai winter coat setiap hari. Tetapi inspirasinya boleh diterjemahkan kepada long blazer, lightweight trench, structured outerwear atau long cardigan.

The takeaway:
 Ambil siluetnya, bukan semestinya lapisannya.

02 — THE BAG

The new everyday icon.

Beg musim ini menarik kerana ia bergerak antara dua ekstrem. Ada yang besar dan praktikal — cukup untuk kehidupan harian. Ada yang kecil dan hampir seperti barang kemas.

Antara bentuk yang kuat untuk AW26 ialah east-west, top-handle, slouchy bags, oversized shoulder bags dan minaudière. Tetapi mungkin yang paling menarik ialah perubahan cara kita melihat beg. Ia tidak semestinya perlu mempunyai logo yang jelas.

Kadangkala bentuk, material dan craftsmanship sudah cukup untuk membuatnya kelihatan mahal.

The takeaway:
 Choose character over branding.

03 — THE SHOE

A little nostalgia. A lot of personality

Kasut musim ini tidak mahu menjadi latar belakang. Mary Janes, loafers, pointed shoes dan boot membawa kembali beberapa nostalgia lama, tetapi digayakan dengan cara yang lebih moden.

Inilah bahagian fesyen yang paling mudah untuk kita bawa ke dalam wardrobe sendiri. Satu pasang kasut boleh mengubah sebuah pakaian yang sama menjadi lebih feminin, lebih sophistikated atau lebih relaks.

Dan untuk wanita yang bertudung, ia juga boleh menjadi cara mudah memberikan karakter kepada long skirt, wide-leg trousers, dress atau modest tailoring.

The takeaway:
 Sometimes the whole look begins from the shoes.

04 — THE JEWELLERY

More personality. Less perfection

Barang kemas musim ini tidak semestinya datang dalam set yang sempurna. Mutiara boleh kelihatan lebih moden. Anting-anting boleh menjadi lebih besar. Rantai-rantai  boleh dipakai berlapis-lapis Brooch kembali mendapat perhatian.

Dan aksesori semakin digunakan untuk memberikan personaliti kepada pakaian yang sebenarnya sangat sederhana. Vogue juga melihat kecenderungan kepada aksesori yang lebih eklektik — termasuk mutiara dengan tafsiran baharu, tekstur yang lebih playful dan aksesori yang menjadi titik tumpu.

The takeaway:
 Wear something that says something about you.

05 — THE SCARF

For the woman who knows her own style

Dan untuk wanita bertudung, di sinilah kita boleh memberikan sentuhan WM. Skaf dan hijab bukan sekadar pelengkap warna. Ia boleh menjadi the finishing touch.

Tudung polos bersama pakaian bertekstur. Tudung bercorak bersama siluet yang minimal. Sutera untuk rasa lebih refined. Material yang lebih lembut untuk gaya harian.

Dan dengan permainan lilitan, draping dan layering, satu tudung boleh memberikan beberapa karakter yang berbeza.

Gaya modest juga semakin jauh daripada tanggapan bahawa wanita perlu memilih antara kesopanan dan gaya.

Siluet panjang, wide-leg trousers, flowing skirts, longline jackets dan layering semuanya membuka ruang kepada gaya yang sopan tetapi tetap moden.

The takeaway:
 Modesty has its own language of style.

THE EDITOR’S RULE

Daripada semua trend yang muncul di pentas peragaan, kita tidak perlu membawa semuanya pulang. Pilih satu. Mungkin sebuah beg atau kasut. Mungkin silouet baharu mahupun hanya cara baru mengikat tudung. Kerana fesyen yang baik bukan tentang mengikuti setiap trend.

Ia  mengetahui trend mana yang sesuai dengan diri sendiri.

“Gaya bukan tentang memakai apa yang sedang popular. Gaya ialah mengetahui apa yang patut menjadi milik kita.”

Dan mungkin itulah sebabnya AW26 terasa begitu menarik kerana ia memberi kita banyak pilihan. Dan pilihan terbaik tetap yang membuatkan kita melihat cermin dan berkata:

“This feels like me.”

Related posts

Mira Filzah Sweet Escape

admin

Wanzar Beri Nafas Baharu Pada Pakaian Wanita

adminwm

SEMBANG FESYEN Bersama Dato’ Emma Ibrahim

adminwm

Leave a Comment