Banyak cerita hikmah daripada PKP sebelum ini. Awalnya bila diberhentikan kerja saya teramat sedih. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan bila tiada kerja? Bagaimana saya hendak menanggung tiga anak. Sebagai ibu tunggal saya cukup risau duduk di rumah tanpa ada punca pendapatan. Bagaimana hendak membayar sewa rumah, hutang kereta, makan minum dan sebagainya? Hendak berharap bekas suami, rasanya tidak lah, tengah dia senang pun tidak mahu tahu hal anak-anak, inikan sekarang. Saya pun malas hendak meminta-minta.
Allah Maha Mengetahui, Maha Memberi bila kita mengadu kepadaNya. Allah memberi kita akal untuk melakukan sesuatu. Mengapa aku tidak pernah berfikir sebelum ini? Saya sebenarnya pandai menghias, menjahit dan sebagainya. Baju anak-anak saya dan baju saya sendiri tidak pernah dihantar tukang jahit. Saya yang reka dan jahit sendiri, lagipun saya suka anak-anak pakai yang eksklusif, maknanya tiada dua.
Saya post dalam fb dan ig, dan bubuh caption, ‘Mengambil tempahan pakaian, langsir, kusyen.’ Ya Allah baru sekali aku post, kawan-kawan dan saudara mara sudah call minta saya tolong jahit jahit itu… aduh siap dengan contoh size.
Pendekkan cerita, sepanjang dua tahun di rumah saya memang tidak menang tangan, saya juga beli kain-kain di online dan mula jual baju-baju. Lagilah meriahnya, dan untuk membantu, saya bawa adik untuk membantu. Bisnes maju.
Dan yang paling saya suka, dalam kesibukan saya sempat meluangkan masa membaca, my favourite online magazine. Info di dalamnya majalahwm.com. banyak yang berguna sekali. Ya saya ambil masa rehat 15 minit contohnya baca dan bila rehat lagi, saya sambung baca. Pendek kata tidaklah tak tahu perkembangan dunia bila sudah di bilik menjahit. Anak-anak juga happy, saya tidak mahu mereka pesan makanan, ya saya masak sendiri, lagi jimat, bersih dan lazat.
Allah sebaik perancang. Kita sahaja yang kadang kala lupa. Rezeki ada di mana-mana dan janganlah takut tidak makan. Ada seorang kawan bercerita, dulu gaji RM15,000 tapi hujung bulan habis tapi bila terpaksa diberhentikan, dia google dan dapat kerja online, pendapatan tak sampai RM3,000 tapi hidupnya seperti biasa dan selesa. Dulu asyik minum kopi kat Starbuck, now buat sendiri, tapi masih minum kopi kan?
Baca majalah wm Teringat Mak
Majalahwm sudah tentu menjadi pilihan saya kerana saya peminat sedia Wirda Adnan.
Bermula dengan arwah mak, dia menyimpan banyak majalah; Jelita, dan nama puan Wirda Adnan penuh dalam majalah itu. Bila puan sudah ke majalah Wanita mak juga turut ke sana, setiap bulan tak missed, dia suka baca ‘editor note’ Puan, dan kemudian mak beli Eh, GLAM dan WW adoii mak ku, dia ikut perkembangan. Dan aku follow masa kat Eh dan GLAM sebab masa itu dah pandai pegang majalah.
Bila mak pergi buat selama-lamanya, kami terfikir hendak buat apa dengan majalah-majalah mak. Nak dibuang sayang, tapi kami perlukan tempat dan tiada orang pula yang menjaganya, banyak habuk, so separuh terpaksa diberi pada orang. Ceritanya aku suka sekarang sebab sudah menjadi majalah online, tak payah beli majalah, percuma, jimat belanja dan selamat ruang cuma guna ruang dalam laptop aje.
Saya galakkan kawan-kawan saya layari majalahwm.com kerana di majalah ini ada pelbagai. Jangan biarkan otak kita kering tanpa ilmu dan ilmu yang saya kutip dalam majalahwm.com banyak manfaatnya. Terima kasih puan Wirda Adnan kerana membuat saya terhibur selalu dan mengingati mak kerana membaca majalahwm sekarang segera otak fikir mak. Dan kerana itu saya sentiasa dapat menghadiahkan arwah al Fatihah.
Terima kasih kerana mengikuti perkembangan saya. Ya, panjang perjalanan saya dalam dunia penulisan dan semoga apa yang saya tulis sedikit sebanyak menambahkan ilmu anda. Al Fatiha untuk arwah ibu.
Majalahwm.com Menambah Nilai
Menjadi pembaca setia majalahwm.com beberapa tahun ini, saya mengambil peluang untuk menyatakan pendapat saya di sini. Kebelakangan ini saya lihat majalah ini menghidupkan ruang dalam bahasa Inggeris juga. Ya, satu langkah yang baik, bila membaca wm yang ceritanya dalam bahasa Inggeris, ia menambah baik kemahiran kita dalam bahasa kedua ini. Saya percaya ini dilakukan kerana orang kita perlu mengetahui dan fasih dalam kedua bahasa ini. Dan saya percaya wm mahu memberikan juga peluang orang yang tidak pandai Bahasa Melayu untuk belajar bahasa ini di samping keberadaan setengah rencana dalam Bahasa Inggeris membuat mereka tidak terus tolak majalah online kesayangan saya ini. Syabas diucapkan, teruskan usaha yang gigih. Love you Wirda Adnan and love majalahwm.com
[email protected]
Permintaan daripada pembaca minta dua bahasa di majalah ini. Terfikir saya mengapa tidak, lagi orang kita pun faham kedua-dua bahasa. Dan terbukti selepas saya melancarkan menggunakan pendekatan sesetengah rencana dalam BM dan setengah dalam BI, kami mendapat respon menggalakkan. Lagipun majalah ini light reading, anda pilih apa yang anda suka baca dan kolum mana yang anda suka, yang penting jangan tak baca.