EYE ME

Tiga Lelaki, Jadikan Iktibar

Dari kejauhan saya ternampak seseorang. “Betul ke Ann tu, mungkin juga tetapi ya Allah dia terlalu kurus.” Saya cuba menghampiri sedekatnya, untuk mempastikan orangnya tetapi masih jauh kerana ruang solat sendat. Ramai sekali makmum. Solat Isyak bermula, kemudian tarawih lapan rakaat sudah pun tamat.

Wanita itu nampaknya menyambung solat terawihnya. Saya memaju ke hadapan (kini betul-betul di belakangnya) kerana ramai sudah bersurai. Memang menyimpan niat untuk 20 rakaat. Syukur sangat saya kerana inshaAllah masih berpeluang untuk menyapanya nanti, andai orangnya itu adalah orang yang saya mahu sangat ketemu.

Kami berpelukan setelah surai solat. “Ya Allah lamanya kita tidak ketemu,” “Ya.. 10 atau mungkin 15 tahun mungkin, entah saya pun tidak beberapa ingat bila kali terakhir berjumpa tetapi saya tahu kisah dirinya.

Waktu terhad untuk bercerita lama lagipun rumah Allah itu kian kosong. Sempat bertanya, cucu berapa dan you dah kahwin lain?” ”Cucu dua… kahwin?” “Once bitten twice shy, no more,” sambungnya. “Upp,” dia menutup mulut. “You fahamkan?” Saya mengangguk. Saya ternampak di matanya itu, kesedihan yang masih belum hilang, saya seperti dapat membaca hati dan perasaannya.

Saya mendapat tahu selepas mereka bercerai, dia meninggalkan pekerjaannya, membawa diri nun jauh di perantauan, menuntut ilmu agama. Katanya itu sahaja yang dapat mengubat hatinya yang berdarah.

Saya tahu kisah mereka sudah bercerai daripada mulut seseorang. Saya sendiri hampir sebulan tidak nyenyak tidur. Terkesan sangat dengan berita itu. “Mana mungkin,” kata di hati. Pasangan yang satu ketika dulu penuh dengan kasih sayang. Saya mengenali suaminya sebelum mengenalinya. Begitu sang suami bercerita akan bertuahnya dia mempunyai isteri yang terlalu-lalu baik, cantik, berpangkat dan daripada keturunan orang berada. “Diberinya kami zuriat lelaki. Cukup untuk membahagiakan hidup kami. Apa lagi yang aku mahu,” katanya. “Aku hanya perlu membalas semua itu dengan cintaku.” Lalu sang isteri tidak dibenarkan memandu. “Aku hantar dan ambil dia ke tempat kerja. Aku tidak mahu menyusahkan dia mengharungi jam. Biar dia dapat berehat di dalam kereta sambil aku memandu. Lagipun waktu beginilah kami dapat bercerita apa sahaja.”

Saya yang belum berkahwin pada ketika awal-awal mengenali mereka, selalu berdoa kalau  kahwin diberikan suami yang menyayangi sampai mati.

Pernah saya mengajukan soalan kepada sang suami, sengaja hendak menguji akan kasih dan sayangnya pada isteri. “I nak tanya you, andailah terjadi satu malapetaka, dan you hanya boleh menyelamatkan seorang sahaja, siapa yang you akan selamatkan?” Jawapannya memeranjatkan saya, “Aku selamatkan isteri aku, (yang mana 99 peratus lelaki tidak akan memberikan jawapan begitu) Sebabnya aku masih boleh buat anak lagi tetapi aku tidak mungkin akan dapat isteri sepertinya.”

Begitu kuatnya cinta mereka tetapi… akhirnya musnah kerana adanya lelaki sepertinya yang tidak berpegang kepada janji, cuba bermain dengan api, suka-suka hendak test market konon?  Tetapi dalam syok sendiri, dia terjerat, dan terpaksa menjadikan wanita yang dipermainkan hati itu sebagai bini.

Real men stay faithful. They don’t have time to look for another woman because they are too busy looking for new ways to love their own.

Sebaik mana pun isteri, perkara menduakan dia tiada kompromi. Lagipun dia tahu terlalu banyak pengorbanannya kepada sang suami, apakah itu balasannya? Tidak, dia tidak sanggup bermadu! Tidak, dia tidak mahu dan tidak mampu mengharungi hidup ‘baru’ yang dia tidak tahu arah tuju.

Kami bertemu sekali lagi di malam akhir tarawih, “Nanti jemput ke rumah?” saya mempelawa Ann. “Saya ke sana sini naik Grab aje, susah sikit. Dulu tidak beri memandu?” “Okaylah, I Raya rumah you?” Dia merenung tepat ke mata saya. “I tidak tinggal lagi di situ… terlalu melukakan, tak bolehlah duduk seorang-seorang, tumpang rumah sister…”  

Lelaki mudah lupa, cepat terpedaya, manis kata-kata, berpura-pura, khianat dalam cinta, ada tidak tahu membezakan permata dan kaca, tergoda kerana rupa, melayan nafsu semata. Janji lelaki di bibir sahaja. Bila sudah terkena… padankan muka.  

You ingat aku bahagia?” terniang-niang suara lelaki itu yang tetiba menghubungi saya satu hari. Saya ‘terpaksa’ bertanya akan kebenaran berita yang saya dengar kepadanya… dan entah mengapa kerana terkesan sangat saya mempersoalkan kenapa dia curang? Apa pun nasi sudah menjadi bubur.

Benar kadang-kadang Allah membalasnya ketika kita di dunia lagi. Di saat saya terkenang cerita Ann, H teman lama ‘menyapa’ di talian. H juga hidup dalam penyesalan. Meninggalkan isteri yang setia konon mahukan zuriat setelah anak lelakinya meninggal akibat kemalangan. Di tengah sang ibu masih meratap kerana kehilangan satu-satunya anak lelakinya, suami keluar rumah untuk berkahwin lain, dengan memberi alasan, “Nanti kalau I dah tua sangat tak boleh dapat zuriat? Maaf I terpaksa melepaskan you sebab orang di sana tidak mahu bermadu?”

Ya, Allah beri dia rezeki dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tetapi dia ditarik rezeki yang lain. Dia kehilangan pekerjaan, isteri muda pula tidak sanggup hidup melarat, menghalau suami keluar rumah kerana rumah diduduki sudah ditukar atas namanya. Suami hendak tinggal di mana? Kerja tidak ada, dan anak-anak yang dua itu pun dia tidak mampu tanggung. Isteri menjalin hubungan dengan seorang VIP, tentulah kain yang buruk tidak berguna lagi.

Si lelaki ini pada satu ketika, sudah tidak mampu lagi menyewa. Akhirnya minta belas kasihan bekas isteri supaya dia boleh menumpang di bilik bawah rumahnya dulu. Mahu tidak mahu bekas isteri terpaksa menerima kerana tidak sanggup pula dia melihat bekas suami jadi gelandangan.

Cerita lelaki ketiga, juga sebagai pengajaran. Enam anak ditinggalkan mencari keseronokan di kota. Terperangkap cinta dengan GRO, berkahwin dan isteri di kampung terpaksa diceraikan kerana tidak mampu menanggung keluarga yang kian membesar.

Bekas isteri berusaha seribu cara membesarkan anak-anak. Allah membalasnya dengan menghadiahkan anak-anak pintar, kini sekeluarga bertambah senang.

Di sini, anak-anak tidak terjaga, isteri malas, rumah macam kandang kambing dan lebih sedih kalau dulu makan minum dihidang, dengan isteri ini, dia yang perlu menghidangkan makan. Kalau dia tidak memasak sebelum keluar bekerja, alamat anak-anaknya makan maggi sahaja, dan kalau dia tidak menyidai kain, alamat seminggulah kain baju itu busuk di dalam mesin basuh kain. Tahu isterinya buat apa, bergosip hari-hari di rumah jiran.

Hari ini si ayah terpaksa mengadu nasib kepada anak-anak. Tahu pula marah jikalau anak-anak tidak mengirim wang dan kecil hati jikalau anak-anak tidak menjengoknya, walhal di mana dia sewaktu anak-anak itu kecil dan perlukan susu? Di mana dia, dan belum sekali budak-budak itu dibelikan baju Raya, sedangkan di masa senang dia dengan isteri muda serta anak-anaknya beraya sakan di luar negara.

Ya dunia ini adalah roda yang berpusing. Hari ini kau mungkin di atas dan esok lusa akan ke bawah jua. Lagi-lagi bila kau buat aniaya orang, Allah balas cash.

Hidup ini singkat wahai lelaki… fikir sebelum membuat sesuatu keputusan. Ramai yang terburu-buru, mengejar yang ’baru’ konon lebih ayu, suara lebih merdu, boleh pakai lipstik merah jambu.

Namun kalau kamu berfikir panjang, mungkin kamu dan kamu tadi akan senang lenang sekarang. Jadikan kisah tiga lelaki ini sebagai iktibar hari kemudian.

Saya terjumpa kata mutiara ini, “A real man never hurts a woman. Be very careful when you make a woman cry, because God count her tears. The woman came out of man’s rib. Not from his feet to be walked on. Not from his head to be superior. But from his side to be equal. Under the arm to be protected. And next to the heart to be loved.”

Related posts

Niniku, Masih Belum Aku Padam Nombor Telefonmu

Wirda Adnan

Bila Diuji?

Wirda Adnan

Sanjungan Buat DSAI

Wirda Adnan

Leave a Comment