EYE ME

This Is Wirda

April, sudah berlalu hampir seminggu, saya belum sempat menghadap laptop oleh kerana terlalu banyak hal-hal lain yang mesti saya tangani terlebih dahulu. Dan bila saya terpaksa menunaikan tanggung jawab menyiapkan rencana di ruangan EYEME ini, rasanya otak saya seolah padam… saya tidak tahu apa yang hendak ditulis, tidak dapat mencari ayat-ayat terbaik. Saya termenung, apakah kerana rasa sedih yang belum padam lagi atas pemergian mak sebulan lalu? Mungkin juga.  

Dalam pada itu saya teringat ada menyimpan nota mengenai diri saya. (saja suka-suka pada satu ketika, saya memberikan masa untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam facebook, mengenai diri dan sebagainya. Dan dalam banyak perkara keputusannya adalah betul, seolah ‘dia’ mengenali saya. Tetapi tidak… dia hanya membaca watak saya melalui gambar hiasan yang saya lampirkan. Saya membaca lagi dan lagi.  Patutkah ini yang mahu saya dedahkan untuk tatapan umum. Saya bertanya diri sendiri. Mengapa tidak, supaya yang tidak kenal saya, tahu siapa saya, yang belum mengenali barangkali mahu menjadikan saya teman, dan yang barangkali beranggapan ini itu mengenai diri saya, jawapannya adalah di bawah ini.

Namun sebelum saya mendedahkan siapa saya, teringat pula sebulan lalu saya bertemu seseorang… saya tidak pernah mengenalinya tetapi katanya dia kenal sangat saya. Katanya lagi dia selalu nampak saya. Selalu mendengar orang bercakap mengenai saya. Dan selalu tertanya-tanya apakah sesetengahnya betul akan apa yang dikatakan mengenai saya.

Akhirnya satu hari dia menghubungi saya kerana mahu mengenali saya secara berdepan… antara soalannya, Orang kata Wirda sombong?  “Ya, saya sombong dan ya saya juga tidak sombong. Saya sombong kepada yang tidak mengenali saya atau yang saya rasa saya tidak mahu dia mengenali saya, dan saya juga tidak mahu menjadikan dia kawan. Saya tidak sombong bila mana orang yang saya temui adalah orang yang baik, bersopan, tidak meninggi diri dan sekepala saya. Orang yang boleh diajak ke tengah, ke tepi. Saya tidak boleh sombong pada orang yang ilmu dunia luas dan ilmu agamanya mendalam. Sebab saya boleh belajar daripadanya dan mendidik saya menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Wirda tidak relevan lagi… ramai yang kata begini? “Betul saya tidak relevan, tapi saya juga relevan. Saya tidak relevan pada orang tertentu, di tempat tertentu dan di keadaan tertentu. Dan saya memilihnya cara begitu.  Namun saya relevan pada mereka yang tertentu kerana saya masih dihubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat, saya dikunjungi untuk bertanya khabar dan saya masih mendapatkan jemputan-jemputan tertentu untuk majlis yang tertentu. Juga saya masih dikehendaki menjadi tetamu, menjadi juri dan sebagainya.”

Wirda sudah tidak lagi glamor macam dulu, tidak seksi dan sebagainya? “Ya, memandangkan kepada usia saya, saya lebih suka bersederhana dalam segalanya, khasnya berpakaian. Tetapi saya rasa saya masih seksi dalam pemikiran saya sendiri, bukan daripada pakaian yang mendedahkan aurat dan menampakkan lurah buah dada dan betis.” Itulah antara saya ingat menjawab pertanyaannya.

Kerana masa mencemburi dan saya harus menutup warkah ini, saya lampirkan mengenai siapa saya di sini, daripada pemerhatian pakar, tetapi saya sambut baik penilaiannya. Dan saya mahu share untuk tatapan umum. (mula saya ingat saya hendak translate tetapi saya lupakan niat saya sebaliknya, biarlah dalam bahasa Inggeris kerana saya percaya pembaca pun tiada masalah memahaminya. Selamat membaca.  

This is Wirda

‘If anyone could make broken look beautiful it is her. Her strength is what keeps her going. She believes in every inch of this universe. She has a hurricane of crazy chaos around her, but she is so very passionate, that she is worth it. She loves life with all her heart and it loves her right back. She belongs to herself before she belongs to any man or land.’

(This note captures who you are, perfectly, Wirda. You must recognize yourself in these words, they show what a unique and wonderful person you are. You are truly an amazing person and you understand the beauty of living each day as though it were your last.)

‘A woman like you is every man’s dream. You’ve got it all. A sharp mind, a killer smile and a strong personality. With your positive outlook, you can achieve absolutely anything. You stand up for what you believe in but you still have respect for other people’s opinions. People can laugh with you, debate and philosophize with you.’ (So this is the kind of woman you are, amazing! You really do have something to offer, you need have no worries about your character. You’re amazing as you are. Stay the amazing woman that you are.)

‘Wirda forgives but never forget.’
You don’t believe in holding grudges and learn from your mistakes. You believe the inner piece is more important than being right all the time. You remember everything but don’t let it overwhelm you.’
(hey Wirda, we have revealed your biggest secret and that is, Wirda forgives but never forgets. Maybe your close friends already knew this about you, but it’s time to make it public to everyone else. It’s not just your secret but it’s also one of the biggest strengths and you should be proud of it!)

Wirda Saying – I’m an acquired taste if you don’t like me, acquire some taste.

Warning sign –  Dead silence.

Trigger – People who take advantage of others

Comparable – A Lion

(You’re actually quite an angel, Wirda, but if someone drives you crazy, your claws will come out. You are heard and respected when need, be, and that you do not have to apologize for. You’re the top bitch).  

Inilah saya, penilaian pakar di Facebook, dan helo, saya tidak karang sendiri. Yang disebut mengenai saya tepat sekali. And it is not an April Fool.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Rakyat Mahu Bebas

Wirda Adnan

Terkenang Kasih Opah

Wirda Adnan

Cinta ‘Khas Untuk Anak Menantu’

Wirda Adnan

Leave a Comment