EYE ME

JOM BERCANTIK-CANTIK – TAK MAHU NAMPAK TUA SANGAT

‘It is not how old you are, but how you are old’ Marie Bresier

Sheraaz (cucu) dalam perjalanan ke kelas Kumonnya tiba-tiba bertanya, “Dadi how old are you?”. “Like you, you are six years old right, and Dadi age also starts with Six. Make a guess?” 

“Sixty something…”  “You clever boy.”  “Are you afraid of getting old Dadi?” “No, as long as Dadi is healthy.” 

Dan Sheraaz memalingkan mukanya ke cermin kereta, lama juga dia membisu. “Kenapa sayang you look sad, why?”  Dan saya tahu jawapannya. Kerana pernah dia menyebutnya beberapa kali. “I missed Dada (atuk), so when you’re old then you will die. “ kata-kata yang menyayat perasaan saya. “Sheraaz, can you describe your late Dada.”  “White hair, white beard, tall and old man.” katanya.  

“So let me look ‘young’ and beautiful at least in his eyes,” bisik di hati. 

Pagi Ahad baru ini, suasana yang saya lama nantikan, kerana selalunya terlalu kesuntukan masa; mengemas, berziarah ibu dan bapa mentua, dan ke pusara atau bersama family bersarapan sambil melayan cucu-cucu. Kadang ke mesyuarat untuk satu dua badan amal dan badan politik yang saya senangi. Sudah dilantik, mahu tidak mahu mesti  luangkan masa.

Saya sudah lama berjanji dengan Haniza Tun Hanif, mahu makan-makan sambil meraikan kemenangannya sebagai Madam Artsy Queen Universe 2025. Kebetulan minggu lalu Hani  meraikan ulang tahunnya yang ke 63. Gosh she looks stunning, perfect untuk dijadikan idola wanita hari ini. Usia bukan penghalang untuk terus maju dalam apa juga bidang yang diterokai. Usia juga bukan penghalang untuk terus dilihat cantik lagi menawan. Usia cuma angka dan bagi Hani masa lapangnya antara lain dihabiskan di padang golf supaya kekal sihat, segar dan cantik. Betul kalah orang yang 10 tahun mahupun 20 tahun lebih muda daripadanya. 

Baca kisah Haniza yang pernah kami jadikan dia sebagai hiasan kulit majalahWM keluaran Februari 2025. Kisahnya dinobatkan sebagai Ratu Cantik bukan untuk menayang akan kecantikannya tetapi sebagai usahanya menyakinkan kepada anak muda untuk terus maju, terinspirasi dan kekal cantik. 

Sayugia, di pagi itu bersama kawan-kawannya dan MajalahWM dengan kerjasama satu produk kecantikan Korea, RIMAN, yang telah mengejutkan dunia akan keberkenannya, kami bangga mengajak anda semua melawan penuaan dan bercantik-cantik. 

Dan mengapa WM memilih RIMAN sedangkan beratus produk seantero dunia pernah dicuba. Saya mulakan mukadimah di pagi itu memberitahu sejujurnya saya tidak pernah membeli satupun alat penjagaan kulit sehingga ke hari ini. Syukur tugasan membenarkan sedemikian, ada sahaja yang sampai ke meja pengarang untuk dicuba. Malah dunia diterokai untuk meraikan pelancaran mahu pun kejuaran mereka dalam mencipta rekod dalam dunia kecantikan. Dari New York, ke Los Angeles, London, Paris, Rome, Morocco, Jepun, Korea, Kaherah, Rantau Asia Pasifik dan Asean. Hah masuk ke makmal dan sebagainya. Bangga lagi faham akan kepentingan ilmu cantik dan lagi puas kerana ilmu itu dapat dikongsikan kepada anda semua. Kata Henri B. Stendhal seorang ahli falsafah, ‘Beauty is the promise of happiness’ sementelah Ralph  Waldo Emerson menulis, ‘The first wealth is health’. Bila sihat pasti segar cantik. Betul, perkara yang paling dimahukan manusia untuk kehidupan di dunia adalah, ‘to be healthy, to be rich by honest mean and to be beautiful’

Maka kawan, jom turut bersama kami di Rimane. Kami percaya kepada jenama ini. Kami mengajak anda bercantik dan meraikan bersama rakan-rakan. Produknya setanding dengan produk jenama gah seperti La Mer mahu La Prairie namun harganya masih mampu milik. Kalau kita biasa dengan produk premium yang keberkesanannya sudah pasti, mengapa hal itu diabadikan dan memilih Sasa Online Beauty Shop to buy your cosmetic and beauty treatment. Love your skin ladies. 

Life is a pleasure when you’re beautiful. Kerana merasa cantik bisa menghidupkan mood senang, riang dan yakin diri. 

Cantik, ramai pula yang mengabaikannya. Ada menyebut, “Oh, aku sudah kahwin, dan sudah beranak pinak, tak penting lagi bercantik-cantik. Itu nama dia tidak sayang dirinya; kulit putih jadi hitam legam berjeragat dan berjerawat. Kulit kendur sebelum usia, wajah macam ‘basi’, tetapi marah bila ditegur nampak tua. Seorang teman, pernah menyandang gelaran Ratu Cantik, masya Allah mensia-siakan kurniaan Tuhan dengan mengabaikan tanggung jawab pada diri sendiri. Saya sedih bilamana mereka dapat melayan kehendak hati dengan rumah besar dan berkereta mewah, sedang penampilan ke laut tanpa menyedari bahawa point pertama orang hormat kita adalah daripada pandangan pertama. Kalau misalnya turun daripada Lamborghini tidak ‘sekelas’ dengan kenderaan berjuta, nah apa cerita? Adoi bila fikir nak bergaya sanggup ikat perut beli Hermes, tetapi serum pun tidak kenal rupanya bagaimana. Cuci kulit dengan sabun buku yang opah dia pernah pakai. Kedekut, beli pencuci muka dari pasar malam yang tidak tahu diambil dari mana, sedang duit berkepuk-kepuk, nak buat apa dengan duit yang banyak tu, kak oii!   

Apa pengertian Cantik Menurut Pakar Dunia?

Sebelum saya menutup nota ini, ingin saya sampai apa kata beberapa ahli pakar mengenai Cantik. 

Ahli psikologi mendefinisikan cantik sebagai sesuatu yang menyenangkan mata dan memberikan kepuasan estetik. Menurut mereka, keindahan dapat menghasilkan perasaan positif dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Sementara Ahli Filosofi melihat kecantikan sebagai suatu konsep yang abstrak dan subjektif. Mereka berpendapat bahawa cantik adalah sesuatu yang memiliki nilai intrinsik yang tidak bisa diukur secara objektif, melainkan bergantung pada persepsi dan penilaian subjektif setiap individu.

Pada Ahli Seni, cantik adalah kualiti visual yang dihasilkan daripada harmoni daripada komposisi, warna, bentuk, dan tekstur suatu karya seni. Mereka percaya bahawa keindahan dapat dirasakan melalui pengamatan visual yang mendalam.

Ahli Kecantikan pula mendefinisikan cantik sebagai kesempurnaan atau keindahan yang terdapat pada wajah dan tubuh seseorang. Mereka cenderung fokus pada aspek fisik dan estetika, serta memberikan perhatian pada perawatan kulit, rambut, dan tampilan fisik secara umum.

Bagi Ahli Etika, kecantikan tidak hanya terkait dengan penampilan fisik, tetapi juga berkaitan dengan moral dan nilai-nilai yang dijunjung tinggi. Mereka berpendapat bahawa cantik adalah sesuatu yang baik, jujur, dan adil, serta memiliki integritas moral. Dah Ahli Sosiologi melihat kecantikan sebagai suatu konstruksi sosial yang dipengaruhi oleh nilai-nilai dan norma-norma dalam masyarakat. Mereka berpendapat bahawa standard kecantikan dapat berbeda-beda dalam budaya dan waktu tertentu, dan sering kali dipengaruhi oleh faktor sosial seperti media massa dan budaya popular.

Ahli Pendidikan menilai cantik sebagai refleksi daripada kepribadian dan karakter seseorang. Mereka berpendapat bahawa kecantikan sejati adalah keindahan yang berasal dari dalam diri individu, seperti kebaikan hati, kecerdasan, empati, dan kesederhanaan sementara Ahli Perfileman melihat cantik sebagai citra yang dihasilkan daripada kombinasi elemen visual, lakonan, dan penyutradaraan dalam sebuah filem. Mereka percaya bahawa keindahan dalam perfileman dapat menciptakan imajinasi dan emosi yang mendalam dalam penonton. 

Ahli Ekonomi mengatakan cantik dapat memberikan keuntungan atau nilai tambah dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti kerjaya, bisnis, dan hubungan sosial. Mereka berpendapat bahawa penampilan fisik yang menarik dapat mendatangkan peluang dan pengaruh yang lebih baik dalam interaksi sosial. Ahli Budaya melihat kecantikan sebagai suatu konsep yang kompleks yang dipengaruhi oleh nilai-nilai budaya dan tradisi. Pada mereka cantik adalah konstruksi sosial yang dapat berubah seiring waktu dan dipengaruhi oleh konteks budaya tertentu.

Doa wajah cantik berseri

Wa amma-i-Lazeena-baddat Wujoohuhum Fafee Rahmatillah Hum Feeha Khalidoon. 

Related posts

Takut Tua? Takut Tak Cantik?

Wirda Adnan

Warkah Untuk Teman-Temanku

Wirda Adnan

Bila Diuji?

Wirda Adnan

Leave a Comment