Berita baik buat anda! Kini telah ada produk kecantikan berteknologi tinggi yang menggabungkan bahan asli semulajadi dan memberi hasil yang menakjubkan. Malah ramai terkejut, ia begitu berkesan bagaikan tidak masuk di akal langsung. Seronoknya, RIMAN kini sudah sampai ke Malaysia khas buat anda!
Ini bukan main-main atau sekadar gimik menjual produk tetapi ramai terus teruja setelah mencuba. Hanya pada percubaan pertama, anda boleh melihat betapa wajah anda yang kusam, kering bertukar menjadi lebih cerah, luhur, gebu dan lembab. Macam tak percaya, wajah jadi sekata ronanya dan kelihatan berseri-seri.
Selain itu, ianya bukan sahaja selamat tetapi ramai tidak menyangka noda kehitaman dan kedutan halus yang bertahun-tahun pada kulit wajah mereka jelas berkurangan. Masih belum yakin? Cubalah walaupun sekali, anda pasti mahu menjadi pengguna setianya.
Beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu
Barisan produk RIMAN yang terdiri daripada tiga rangkaian iaitu Incelderm, Botalab dan Lifening ini telah menjadi begitu popular di Korea Selatan dan kini telah berkembang ke Amerika Syarikat juga Kanada demikian laporan purelyradiantheather.com, dan diramalkan untuk kekal sebagai pemain utama dalam industri penjagaan kulit.
Sebanyak 35 juta botol produk penjagaan kulitnya terjual dalam masa empat tahun dan telah menerima 32 anugerah untuk rangkaian produknya. Dengan 13 paten pegangan syarikat ia terus maju mengharungi arus perkembangan teknologi dalam dunia kecantikan. Ini satu pencapaian paling hebat dunia kecantikan.



Kerana begitu banyak bukti keberkesanannya, ia kini menjadi viral seluruh dunia dan mereka dengan berani serta bangganya meletakkan RIMAN, sebagai ‘produk ajaib’ syarikat K-Beauty No.1 Korea. Bererti jenama RIMAN adalah jenama K-beauty teratas, dan kenyataannya adalah status yang telah mereka capai sejak dilancarkan pada 2018.
Mungkin anda merasakan semua ini bagai satu cerita dongeng namun itulah kenyataannya, malah RIMAN kini dinobatkan sebagai jenama produk kecantikan terlaris di dunia.

Antara rangkaian penjagaan kulit harian RIMAN
Apa Rahsia RIMAN?
Mungkin ramai belum tahu, Air Tenaga Lava Jeju, Centella Asiatica atau Pegaga, serta Teknologi Nano adalah teras utama kehebatan RIMAN dan membezakannya daripada produk lain yang terdahulu mahupun saingannya hari ini.
Di RIMAN mereka percaya bahawa masyarakat hari ini melihat dan sedar bahawa penjagaan diri sebagai lebih daripada rutin harian, sebaliknya ritual kuno dengan kaedah holistik penting untuk menjamin kulit sentiasa segar, tegang, licin dan pada harga berpatutan. Yang pasti penjagaan kulit adalah satu pelaburan, bukan beban!
Air Tenaga Lava Jeju


RIMAN adalah satu-satunya jenama penjagaan kulit K-beauty yang terkenal menggunakan Jeju Lava Energy Water dalam produknya. Air ini, yang berasal dari Pulau Jeju di Korea, ditapis secara semulajadi selama 400,000 tahun dan kaya dengan 12 mineral penting.
Air Jeju yang padat dan kaya dengan 12 jenis mineral penting ini telah melalui proses penapisan semulajadi selama lebih 400,000 tahun di bawah batuan dasar gunung berapi di gunung berapi Hallasan Pulau Jeju. Ia menyumbang kepada penghidratan dan khasiat kulit.
RIMAN menggunakan istilah ‘tenaga’ untuk menggambarkan kuasa air, daya hayat atau keupayaan air tersebut untuk meningkatkan keberkesanan produk mereka. Dan inilah yang menjadi asas kebagusan RIMAN.
Mempunyai kontrak selama 20 tahun dengan kerajaan Korea untuk akses eksklusif kepada air ini, merupakan kelebihan RIMAN apabila ia menjadi bahan asas eksklusif RIMAN, dan bererti tiada jenama lain yang boleh mendapatkannya.
Centella Asiatica – Superstar Penenang Kulit



Centella Asiatica atau sebenarnya adalah daun Pegaga, iaitu herba perubatan yang punya sifat menenangkan dan penyembuhan luka, mempunyai sejarah penggunaan yang kaya dalam pelbagai amalan kaedah perubatan semulajadi tradisional. Daunnya yang sederhana padat dengan sebatian kuat seperti madecassoside dan asid asiatik, menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit anda.
Pegaga yang kaya dengan mineral semulajadi ini boleh membantu membuat kulit lebih anjal, berseri dan berseri licin seperti orang Korea dengan penggunaan produk rangkaian INCELLDERM RIMAN.
Pernahkah anda melihat atau mendengar istilah ’Cica’ muncul di mana-mana risalah atau pada produk dunia penjagaan kulit? Itulah nama lain untuk Centella Asiatica, ramuan botani yang mengalami lonjakan populariti mendadak. Namun begitu ia bukan sekadar trend, ia mempunyai sejarah yang panjang dalam perubatan tradisional, dan sains moden penuh inovasi dan akhirnya mengejar potensinya yang luar biasa.
Di makmal RIMAN, satu keajaiban telah berlaku, para saintis terkejut apabila ditanam dan hanya menggunakan pengairan Air Tenaga Jeju itu, daun-daun pegaga tersebut telah menjadi lima kali ganda lebih besar dan khasiatnya juga lebih baik lalu mendorong para saintis tersebut untuk menggunakannya secara meluas dan menanamnya secara komersial.
Inilah rahsia yang akan anda terokai dalam dunia Centella Asiatica, mengapa ia menjadi asas penjagaan kulit, dan cara RIMAN membawa ramuan berkuasa ini ke tahap yang baharu, penuh inovasi malah membuka potensi sepenuhnya untuk kulit anda.
Teknologi Nano
Walaupun Teknologi Nano telah ditemui saintis berdekad lama tetapi yang di gunakan oleh RIMAN adalah teknologi Nano yang semulajadi di mana air yang diperolehi dari Pulau Jeju yang mempunyai molekul yang berkali ganda lebih jauh kecilnya.
Teknologi Nano Liposomal: Teknologi liposom nano meningkatkan penyerapan nutrisi, memastikan ramuan eksklusif menembusi lebih dalam dan memberikan kesan maksimum! Selain itu, tentulah harga yang amat berpatutan bagi produk premium sepertinya yang ada di pasaran dikatakan membuat pengguna lega.
Ilham amalan holistik Timur dalam penjagaan kulit wajah telah menarik minat jenama ini yang dirumus dengan tujuan untuk meningkatkan kehidupan profesional dan peribadi di seluruh dunia dengan memberi inspirasi kepada pengguna untuk menerima amalan bijak memperlahankan penuaan dan terus membelai kesejahteraan diri.
Dengan falsafah RIMAN yang jelas untuk memfokus pada ‘Penyembuhan dan Pencerahan Kulit’ menggunakan kaedah yang disokong secara saintifik yang dirumus menggunakan bahan-bahan yang menawarkan manfaat yang disokong secara saintifik untuk kulit.
RIMAN kini menawarkan produk di bawah tiga rangkaian jenamanya iaitu INCELLDERM untuk penjagaan kulit premium, botalab untuk penjagaan rambut dan badan vegan, dan Lifening untuk kecantikan dalaman.
Bahan-bahan lain yang digunakan adalah seperti NMN (Nicotinamide Mononucleotide yang menjadi pelopor kepada NAD+, yang mana ia turut penting memainkan peranan dalam tenaga selular dan pembaikan. Eksosom iaitu Vesikel kecil yang terlibat dalam komunikasi sel-ke-sel, yang berpotensi membantu dalam penjanaan semula dan pembaikan kulit juga terdapat dalam RIMAN selain itu Emas 24K yang terkenal dengan potensi sifat anti-radang dan antioksidannya turut digunakan.
Mengapa Beralih kepada Riman?
Anda pasti pernah mendengar orang mengeluh kerana produk penjagaan kulit sebenarnya tidak melakukan apa-apa. Mungkin adik beradik, ibu, malah kawan-kawan anda juga mengatakan kebanyakan produk tidak dapat menembusi halangan kulit semulajadi kita.
Bukan sahaja pakar kulit, malah kita dan mereka yang amat mementingkan kesejahteraan kulit tahu bahawa kulit kita secara semulajadi direka untuk menjadi permukaan yang tidak boleh ditembusi.
Inilah rahsia yang anda mesti tahu; Riman berbeza secara saintifik dan telah menemui cara untuk menjadikannya lebih mudah dan segera menyerap lewat permukaan hinggalah dermis paling dalam.
Produk Incelderm Radiansome RIMAN misalnya menggunakan teknologi liposomal untuk penghantaran yang lebih berkesan. Produk kami lebih mendalam dengan teknologi liposomal dan bentuk molekulnya yang lebih kecil dipatenkan dan direka untuk penembusan yang lebih mudah, segera dan lebih mendalam
Bahan-bahan istimewa inilah yang telah digabungkan dengan teknologi moden lagi canggih untuk mencipta produk luar biasa yang mengubah keseluruhan industri penjagaan kulit. Gabungan ini menghasilkan penjagaan kulit dan penjagaan rambut yang tiada tandingan dari segi kualiti dan keberkesanan.
Penjagaan Kulit Premium
RIMAN mempunyai barisan produk yang berbeza: Incelderm, Botalab dan Lifening. Incellderm, rangkaian penjagaan kulit, terdiri daripada pelbagai produk yang direka dengan teliti untuk membersih, melembapkan, menyuburkan dan meningkatkan kecantikan kulit.

Barisan produk premium – INCELLDERM
Barisan INCELLDERM terkenal dengan produk penjagaan kulit berpaten premiumnya yang bertujuan untuk melembapkan dan meremajakan kulit pada tahap selular untuk wanita dan juga lelaki.
Sebagai jenama utama syarikat, Incelderm menawarkan produk kosmaceutika berasaskan bukti yang disahkan secara saintifik yang menampilkan bahan semulajadi eksklusif dan paling menarik ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit tidak mengira apa jua masalah anda.
Barisan penjagaan diri, Botalab, menampilkan koleksi produk vegan yang disesuaikan untuk penjagaan rambut dan badan, manakala barisan Liftening mengutamakan kecantikan holistik dari dalam, memfokuskan pada kesihatan usus dan produk kolagen.
Perkembangan Merentas Dunia
Falsafah yang menjadi teras RIMAN ialah menumpukan pada penjagaan diri holistik, menggabungkan bahan semulajadi, tradisi Timur, dan inovasi saintifik. RIMAN sedang dalam misi untuk mengubah industri kecantikan dan penjagaan diri dengan menggabungkan rahsia kecantikan wanita Korea yang telah digunakan sejak beberapa generasi dengan kuasa sains dan semua bahan semula jadi yang dipatenkan. Hasilnya? Penjagaan kulit dan rambut tidak seperti yang lain
Dan kini, RIMAN melancarkan gerakan transformatif ke Amerika Syarikat, Kanada, Taiwan, Hong Kong, Korea, Singapura, Malaysia juga Mexico, menandakan era baharu kecantikan dan kesejahteraan kulit secara pengembangan global. Syarikat ini begitu aktif mengembangkan jangkauannya, dengan pelancaran baru termasuk Malaysia, menyusul kemudiannya di Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun.
