GAYA HIDUP

RM200 Juta Untuk Pertumbuhan Inklusif  

CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan”) hari ini mengumumkan  komitmen sebanyak RM200 juta untuk lima tahun (2026 hingga 2030) bagi memperkasa  pelanggan dan masyarakat di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti”. Komitmen ini memberi  fokus utama terhadap tiga aspek – memacu pemerkasaan ekonomi jangka panjang,  kesejahteraan komuniti dan keterangkuman kewangan termasuk menyediakan belia, golongan  tanpa khidmat bank, dan komuniti kurang mendapat perkhidmatan dengan kemahiran hidup  penting seperti literasi digital dan kewangan. 

Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo hadir di majlis itu termasuk Novan Amirudin, Ketua  Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group dan Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif,  CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, serta Mohd Herman Sarbini, Ketua Pegawai Operasi  TNG Digital Sdn Bhd (“TNG Digital”).  

Gobind Singh Deo berkata, “Kementerian Digital memuji CIMB yang memainkan peranan proaktif  dalam memperkasa komuniti menerusi pembiayaan bersasar untuk usahawan, komuniti  berpendapatan rendah dan golongan tanpa khidmat bank. Dengan menyediakan akses lebih luas  untuk pembiayaan, pendidikan kewangan dan inisiatif pembangunan kapasiti, CIMB  membolehkan semua orang untuk menyumbang secara bermakna kepada ekonomi. Usaha usaha ini bukan sahaja mempromosi mobiliti sosioekonomi tetapi turut menyokong produktiviti  nasional dan daya tahan jangka panjang. Kami menggalakkan lebih banyak pemain industri mencontohi komitmen CIMB dan bekerjasama untuk memastikan semua warga Malaysia menjadi  sebahagian daripada transformasi digital negara.” 

Novan Amirudin berkata, “Negara-negara dengan ketidaksamaan pendapatan tinggi cenderung  untuk menghadapi pertumbuhan yang perlahan dan kurang mampan. Sebaliknya, masyarakat  yang inklusif dan berkembang maju yang tidak meninggalkan sesiapa, memanfaatkan semua  warganya. Di CIMB, matlamat kami untuk memperkasa pelanggan dan masyarakat adalah  ringkas namun berimpak tinggi. Dengan menyediakan akses kewangan lebih luas, kami  membantu pelanggan untuk berjaya, dan pulangannya, membantu masyarakat untuk maju ke  hadapan bersama kami. Dengan menyediakan individu-individu dan perniagaan kecil dengan  kemudahan yang betul samada literasi digital, akses terhadap kewangan, atau kemahiran  praktikal,kami membolehkan mereka menyumbang nilai kepada ekonomi. Ini sekali gus  memanfaatkan pelanggan, komuniti dan pasaran meluas meliputi kawasan di mana kami  beroperasi.” 

“Menerusi komitmen RM200 juta dalam pelaburan komuniti untuk lima tahun akan datang, saya  berbesar hati bahawa kami mampu untuk menyediakan sokongan kepada komuniti kurang  mendapat perkhidmatan dan komuniti rentan di seantero ASEAN. Selari itu, 33,000 pekerja kami di seluruh rantau ini akan menyumbang 120,000 jam sukarelawan setiap tahun, menyumbang  masa dan kemahiran mereka untuk menyokong impak dari akar umbi.” 

Sebagai sebahagian daripada platform “Kita Bagi Jadi Komuniti”, CIMB turut melancarkan  beberapa program baharu dan bersasar seperti Women Entrepreneur Empowerment  Programme yang menawarkan pembiayaan khusus dan rangkaian untuk perniagaan yang  digerakkan wanita. Program ini bakal memanfaatkan 300 usahawan wanita dalam tempoh tiga  tahun; CIMB dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bermatlamat  untuk menjalankan bengkel-bengkel literasi kewangan Jaga Duit, menawarkan program  keterangkuman kewangan yang komprehensif bertujuan membantu pekerja-pekerja  berpendapatan rendah pelanggan korporat dan PKS CIMB. Menerusi bengkel yang dijalankan di seluruh negara, hampir 1,500 pekerja pelanggan CIMB telah menerima manfaat daripadanya;  serta Let’s Duit oleh TNG Digital, program yang dijalankan di seluruh negara menawarkan  kemudahan pembayaran digital mudah dipakai, pembelajaran secara hands-on dan ringkas yang  telah membantu sekitar 1,000 warga emas dengan ilmu dan keyakinan untuk melindungi diri  mereka dan mengemudi ekonomi digital dengan mudah. 

Membina asas yang kukuh, CIMB terus mencipta nilai untuk pihak berkepentingannya. Dari 2021  sehingga 2024, CIMB telah mengagihkan lebih RM125 juta untuk pelaburan komuniti, meletakkan Kumpulan di landasan tepat untuk mencapai sasaran RM150 juta menjelang akhir 2025. Pada  tempoh sama, CIMB menawarkan lebih RM50 billion pembiayaan untuk pelanggan  berpendapatan rendah dan PKS, mencerminkan peranannya selaku perantara kewangan dalam  menggalakkan keterlibatan ekonomi dan impak. Menerusi TNG Digital, Kumpulan telah  membolehkan hampir RM1 bilion pengagihan gaji kepada lebih 40,000 pekerja asing, sambil  meluaskan akses kewangan kepada pelarian dan pekerja gig. 

Pada majlis itu, satu sesi panel, “Turning Intent into Impact” telah dijalankan membincangkan  tentang kepentingan kerjasama swasta dan NGO dalam mentransformasi kehidupan, menangani  jurang kritikal dalam pendidikan dan memperluas bantuan bencana berkesan dan bantuan makanan ketika krisis. Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Gurdip Singh Sidhu disertai William Cheah, Pengasas Bersama Kembara Kitchen, Fam Li Ying, Ketua Pertumbuhan Teach  for Malaysia, Yap Sue Yii, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Komuniti Tukang Jahit, dan Mohd Herman Sarbini.  

Related posts

5 Love Lesson Single Men and Women Can Learn

adminwm

Resepi Nasi Kabsah (ayam/daging/kambing)

admin

Hilton Garden Inn Puchong Selesa Untuk Business Travellers

admin

Leave a Comment