GAYA HIDUPKHAS PERKAHWINAN

Malam Mehndi

The true beauty of the bride lies in the henna in her hands

Mehndi atau Mehendi adalah majlis yang amat popular di Timur Tengah khasnya, dan di bahagian Selatan Asia. Ianya diraikan untuk beberapa hari sebelum majlis pernikahan atau perkahwinan (kebiasaan dahulunya diadakan oleh keluarga bakal pengantin perempuan sahaja, dan tetamunya adalah keluarga terdekat terdiri kalangan wanita). Kini majlisnya bukan sahaja diadakan oleh pihak perempuan tetapi pihak lelaki, dan untuk memeriahkan lagi majlis, majlis Mehndi ini dilakukan sesudah keduanya disatukan pada majlis akad nikah.

Mehndi ialah dekorasi (menggunakan inai) yang kesannya hanya sementara, yang dilukis di kedua belah tangan (atas dan tapak tangan) juga pada kaki. Inai di jari itu sebagai simbol sihat dan kebahagian dalam perkahwinan. It represents the bond of matrimony, membawa makna cinta dan ‘affection’ suami isteri termasuk kedua keluarga.

Masa beredar, pemakaian inai atau henna kian menjadi satu seni indah dengan pelbagai corak bunga di atas tangan dan di telapaknya juga di kaki. Jika di Timur Tengah mereka lebih suka paten-paten bunga yang besar sementara di India (Asian) coraknya lebih kepada garisan halus, corak renda, flora dan corak-corak paisley menutupi sebahagian besar bahagian atas tangan dan kaki. Di Afrika pula mereka lebih gemar corak geometri yang besar-besar dan inainya warna kehitaman.

Anda bercadang untuk mengadakan majlis mehndi, pastikan dulu apa temanya. Kerana majlis yang tidak bertema akan menjadi caca merba dan pastinya hilangkan kemeriahannya.   

Bollywood

Tema ini cukup popular dan sering menjadi pilihan. Bakal mempelai akan mengenakan pakaian ala-ala selebriti Bollywood seperti sari dan kurta serta barang kemas daripada pelbagai jenis warna dan corak.

Pelamin juga akan dihiasi dengan bantal berwarna-warni dan hiasan yang ceria bertepatan dengan konsep yang dipilih. Selain itu, cenderamata dan juadah yang dihidangkan juga terdiri daripada menu masakan India seperti nasi briyani, kari ikan, manisan ladu yang popular.


Melayu Tradisional

Bagi tema ini, bukan sahaja busana pilihan Melayu tradisional diutamakan, tetapi juga adat warisan Melayu dahulu kala turut sama diketengahkan. Bagi aspek pemakaian, bakal pengantin dan tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, baju kurung kedah dan kebaya.

Untuk pelamin pula dihiasi secara ringkas dengan menggunakan tikar mengkuang dan bunga-bunga tradisi bagi menaikkan lagi tema kemelayuan. Apa yang lebih menarik, terdapat juga adat makan dalam dulang dilakukan yang cukup sinonim dengan adat istiadat masyarakat melayu.


Baju Tidur 

Buat pengantin yang inginkan sesuatu yang berlainan, tema baju tidur ini bukan sahaja comel dan unik, tetapi juga cukup menjimatkan. Pakaian yang dipakai adalah baju tidur sama ada kaftan, baju kedah digandingkan dengan sarung batik ataupun baju tidur yang bercorak kartun.

Untuk idea yang lebih kreatif, bakal pengantin boleh juga memilih untuk mengenakan konsep arabian, puteri kayangan ataupun ala-ala bali dan hawaii. Walau apa pun konsep yang menjadi pilihan, apa yang penting ialah ianya bersesuaian dengan bajet dan masih mengangkat tradisi dan warisan sebenar malam berinai ini diadakan.

Sungguhpun malam berinai merupakan tradisi yang tidak harus dilupakan, akan tetapi urusan sesebuah perkahwinan itu sebaik-baiknya dipermudahkan seperti yang dianjurkan di dalam Islam. Bagi mereka yang berkemampuan adalah disarankan untuk mengikut adatnya secara tertib.

Namun, bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad tetapi masih mahu merasai kemeriahan budaya ini, bakal pengantin boleh merancang untuk melakukan satu sahaja majlis malam berinai secara sederhana dan dihadiri oleh kenalan dan saudara rapat.

Related posts

Selepas 80 Tahun Bedak Agnesia Kembali Perkenal Haruman Baru

admin

VE Hotel & Residence Pilihan Tepat

admin

Sekilas Sesi Live Wirda Adnan Bersama Majalah InTrend – Sayonara Naskhah Majalah

admin

Leave a Comment