“Kecantikan luar menarik, tetapi kecantikan batin memikat.” – Kate Angell.
Sungguh setiap insan sama ada wanita mahupun lelaki mahu dilihat cantik/kacak. Lebih-lebih lagi wanita, cantik itu segalanya pada mereka kerana apabila cantik keyakinan diri menebal, yang demikian banyak perkara dalam hidup dapat direalisasikan. Ramai menolak fakta ini, pun begitu yang kita nampak hari ini, kehidupan wanita cantik lebih terjamin, malah mereka mendapat tempat luar biasa di dalam masyarakat.
Begitu beruntung orang yang dilahirkan cantik, tidak perlu pun ijazah bergulung-gulung malah tiada ijazah dan bersekolah setakat tingkat lima pun boleh mendapat kerja yang baik, kerana mahu tidak mahu orang lebih gemar melihat kecantikan dan yang kurang cantik selalu diketepikan.
Namun kecantikan seseorang tidak bisa kekal andai tidak mengambil berat hal kecantikan. Ramai sangat manusia yang mensia-siakan anugerah Allah dengan merosakkan diri sendiri, membenarkan diri makan segala yang di depan mata, tidak ada langkah berjaga-jaga untuk kesihatan diri, tidak mahu fikir tentang apa yang baik dan tidak untuk kesihatan dan kecantikan. Akhirnya kecantikan anugerah Ilahi hilang pada usia yang terus meningkat. Betul betapa ramainya yang satu ketika boleh diangkat menjadi ratu, akhirnya kecantikan itu lenyap.
Di bawah ini adalah salah satu cara untuk cantik, petua orang tua-tua dulu. Satu yang penting anda tidak perlu pun berbelanja ratusan mahupun ribuan ringgit untuk cantik dan sihat cuma amalkan cara tradisi turun temurun oleh datuk nenek kita.
Halba banyak manfaat; kesihatan dan kecantikan
Halba merupakan sejenis herba bersaiz kecil yang sangat banyak manfaatnya. Ia bukan sahaja murah, malah sangat mudah didapati di kedai. Jadi, sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan halba sebagai makanan tambahan seharian kita. Halba mengandungi kolesterol, lemak tidak sihat dan natrium yang rendah. Ia turut mengandungi serat, protein, karbohidrat, zat besi, mangan dan magnesium.
Di sini, kami senaraikan lima kebaikan halba untuk kesihatan anda.
1) Penggalak Susu Semulajadi Kepada Ibu Yang Menyusukan Bayi
ATIF PLS PUT PIC WOMAN BREASTFEEDING
Susu ibu adalah makanan dan minuman utama bagi bayi terutama bayi baru lahir. Khasiat susu ibu sememangnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu untuk bayi. Namun, ada sesetengah ibu yang tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi buat bayi mereka.
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan, halba didapati menjadi alternatif yang selamat untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Satu kajian selama 14 hari kepada 77 orang ibu baru mendapati bahawa minum teh halba dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu dan membantu bayi menambah berat badan.
Satu lagi kajian dilakukan dengan memisahkan 66 ibu kepada tiga kumpulan: satu menerima teh halba, yang kedua memakan makanan yang dipadankan dengan selera dan ketiga tidak menerima apa-apa. Para penyelidik mendapati peningkatan yang agak besar dalam pengeluaran susu ibu.
Namun begitu, hasil perahan susu yang disukat dalam ketiga-tiga kumpulan tersebut menunjukkan kumpulan yang ibu yang diberi teh herba menghasillan susu ibu yang lebih banyak berbanding ibu dalam kumpulan yang lain.
2) Menurunkan Paras Gula Dalam Darah
Seterusnya khasiat halba untuk kolesterol. Halba juga merupakan salah satu alternatif rawatan kepada pesakit kencing manis, sama ada diabetes jenis 1 atau 2.
Dalam satu kajian pada pesakit kencing manis jenis 1, penyelidik menambah 50 gram serbuk halba kepada makan tengah hari dan makan malam para peserta selama 10 hari. Peningkatan sebanyak 54% didapati dalam pembersihan gula dalam darah selama 24 jam, bersama dengan pengurangan jumlah dan kolesterol LDL.
Manakala, satu kajian lain turut dijalankan dengan memberi halba kepada peserta bukan diabetes dan menyaksikan pengurangan kadar gula dalam darah sebanyak 13.4% selepas 14 jam pengambilan halba.
Selain itu, satu kajian yang diterbitkan dalam “Penyelidikan Jurnal Antarabangsa untuk Penyelidikan Vitamin dan Pemakanan” turut mendapati bahawa halba boleh membantu dalam rawatan diabetes. Seramai 24 sukarelawan dengan diabetes jenis 2 mengambil 10 gram halba dalam bentuk serbuk yang sama, satu kumpulan bercampur dengan yogurt manakala satu kumpulan lagi direndam dalam air panas.
Bagi kumpulan yang mengambil halba dengan air panas, kajian mendapati ia menurunkan kadar gula darah sebanyak 25%, trigliserida sebanyak 30% dan lipoprotein ketumpatan rendah (VLDL) kolesterol sebanyak 30%.
Walau bagaimanapun, bagi kumpulan yang mengambil halba bersama yogurt, ia tidak memberi kesan yang signifikan ke atas para sukarelawan.
Kajian kecil ini menunjukkan bahawa ia lebih berkesan untuk mengambil halba sebagai teh atau campuran dengan air panas untuk manfaat kesihatan. Kebaikan ini mungkin berlaku kerana peranan halba dalam meningkatkan fungsi insulin. Ini kerana halba mengandungi kandungan serat yang tinggi.
3) Menurunkan Berat Badan
Pic of lady good body or anything got to do weight loss
Ini pula khasiat halba untuk kurus badan. Bagi anda yang bercadang untuk menurunkan berat badan, halba salah satu cara yang ideal untuk anda mengawal selera makan. Apabila selera makan dapat dikawal, berat badan dapat dikurangkan kerana anda akan kurang makan.
Halba mempunyai kandungan serat yang tinggi. Gabungan pengamalan halba serta diet yang rendah karbohidrat sangat membantu anda untuk menurunkan berat badan.
Jurnal Farmakologi Klinikal Eropah menerbitkan satu kajian yang mengkaji kesan ekstrak biji halba pada 40 orang lelaki yang berlebihan berat badan tetapi sihat tubuh badan. Subjek dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang mengambil biji halba dan tidak mengambil biji halba dalam tempoh enam minggu.
Kajian mendapati bahawa mereka yang mengambil biji halba makan makanan yang kurang lemak berbanding mereka yang tidak mengambil halba.
Terdapat juga kajian lain yang dijalankan terhadap individu yang berlebihan berat badan, tetapi mereka diberi kuantiti halba yang berbeza. Hasil menunjukkan, mereka yang mengambil kuantiti halba yang banyak, lebih kurang makan makanan yang mengandungi lemak berbanding mereka yang mengambil halba dalam kuantiti yang sedikit. Kesimpulannya, halba membantu individu untuk mengawal selera makan dan membantu mengurangkan pengambilan lemak.
4) Meningkatkan Kesihatan Lelaki
Atif Pix Healthy man
Halba juga merupakan makanan tambahan yang perlu diamalkan oleh kaum lelaki. Ini kerana, halba dipercayai dapat meningkatkan hormon testosteron yang merangsang keinginan seksual, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
Penyelidikan Phytotherapy menerbitkan satu kajian yang menyiasat kesan ekstrak halba terhadap 60 lelaki (berusia 25 hingga 52 tahun) tanpa sejarah mati pucuk. Para sukarelawan mengambil 600mg halba sehari (dua kali makan sehari) selama enam minggu. Mereka sendiri melaporkan peningkatan ejakulasi yang signifikan dan keinginan seksual. Sukarelawan juga melaporkan peningkatan dalam tahap tenaga, kekuatan dan ketenangan.
Selain itu, Jurnal Antarabangsa Pemakanan Pemakanan dan Metabolisme Latihan turut menerbitkan satu kajian mengenai kesan halba pada lelaki muda yang bersenam secara teratur. Subjek dalam kajian ini mengambil 500mg halba sehari. Kajian menunjukkan bahawa halba membantu mengurangkan peratusan lemak badan dan meningkatkan testosteron.
5) Mengurangkan Kesakitan Senggugut dan Kontraksi Bersalin Bagi Wanita
Bahan aktif dalam halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan. Secara tidak langsung, ia dapat membantu kesakitan sewaktu senggugut. Malah, halba juga dipercayai membantu melancarkan kitaran dan pengeluaran darah haid.
Pengambilan halba juga dapat meningkatkan paras hormon estrogen dan membantu melegakan simptom-simptom menopause. Bagi wanita hamil pula, pengambilan halba pada trimester terakhir, iaitu di saat-saat menanti hari kelahiran, ia dapat membantu fasa kelahiran.
Namun, pengambilan yang berlebihan akan berisiko kelahiran pramatang. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk berbincang dan dapatkan keizinan doktor sebelum mengamalkan halba sewaktu hamil.
Petua Membeli Halba
Pastikan halba yang ingin dibeli berwarna kuning keemasan. Warnanya terang serta strukturnya keras. Elakkan membeli stok biji halba yang sudah lama kerana bimbang dijangkiti kulat dan hilang nutrien di dalamnya. Biji halba juga disarankan disimpan di dalam bekas kaca yang kedap udara. Diletakkan di tempat yang gelap dan dingin agar biji halba kekal segar selama beberapa bulan.
Kesimpulan
Halba telah dibuktikan banyak manfaat kepada kesihatan. Ia sesuai dijadikan makanan tambahan harian untuk kekalkan tahap kesihatan kita.
Disebabkan halba mudah dijumpai dan harganya juga adalah murah, maka adalah satu peluang untuk kita amalkan halba dalam diet pemakanan kita. Namun begitu, bagi anda yang mempunyai penyakit kronik, disarankan berbincang dengan doktor sebelum mengamalkan halba.
Cara menyediakan Teh Halba
1- Halba satu sudu kecil
2- Air segelas
3- Madu satu sudu besar (boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau.
4- Limau kasturi (option lemon, limau nipis, pati delima).
Cara Membuatnya:
Cara-cara nya, rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Khasiatnya:
Antara khasiat teh halba adalah :
1- Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
2- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan
3- Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita..Dalam perubatan Cina membuktikan kenyataan ini.
4- Menguatkan fungsi jantung.
5- Merawat masalah sembelit & buasir.
6- Melancarkan perjalanan darah.
7- Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
8- Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
9- Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
10- Mengetatkan & meremajakan rahim.
11- Menghilangkan lendir dan sakit tekak.
12- Membantu mengurangkan ketagihan rokok mahupun dadah.
13- Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan dan menggalakkan tumbesaran badan.
14- Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan.
Amalkan secara konsisten.
Tidak perlu lagi ambil suplemen dan kesannya boleh dirasakan selepas 48 jam.
Sumber internet. Dan foto daripada FB Sumaiyah Abdulllah