GAYA HIDUP

Aktiviti Orang Popular Sehari Dua Sebelum Raya

Orang popular juga sama macam kita, sehari dua sebelum Raya sibuk semakin membuat persiapan minit terakhir. Ada yang shopping, yang sudah mula memasak juadah Raya, yang servis kenderaan dan ada juga yang masih memenuhi undangan pentas. Memang penat yang teramat perlu ke sana dan sini (kalau tak penat bukan Raya namanya) sama juga saya di sini semalam terlalu banyak kerjanya, nak duduk pun tak sempat. Dan malam tadi frust, punyalah banyak pelita panjut di rumah ini, hanya satu saja yang menyala, yang lain cuma menyala sekejap saja sebabnya minyak diesel dalam pelita sudah bercampur dengan air (hujan siang semalam). Jadi selepas pos artikel ini saya kena ulang semula kerja yang sudah disiapkan tempoh hari, keringkan pelita dan cucuk semula dalam tanah. Sabar sajalah.

Jom tengok di bawah, apa aktiviti artis dan orang popular sehari dua sebelum Raya;

 

Aishah

Yang ini bukan tentang shopping Raya atau masak-memasak, sebaliknya tentang penyanyi lagenda, Aishah. Seorang pengguna Twitter berkongsi video tentang sifat profesionalisme Aishah. Tweet oleh akaun bernmama @haf1zanmohd ini antara lain berbunyi, “Sepanjang tiga minggu event satu-satunya artis yang show bermula jam sembilan malam, jam 5 petang sudah siap untuk soundcheck penuh dua buah lagu. Begiulah disiplin seorang bernama Aishah.”

Dalam video ini Aishah mendendangkan lagu Raya popularnya, Setitis Cahaya di Aidilfitri. Sungguh sedap suaranya dan sungguh profesional!

Sumber: Twitter @haf1zanmohd
[thb_gap height=”40″]
Ziana Zain

Lagi seorang diva Malaysia – jika orang lain sehari sebelum Raya sudah berpusu pulang ke kampung, yang dia ini masih lagi memenuhi undangan show.

Sebelum pergi ke lokasi show, Ziana berkongsi gambar tatarias oleh jurusolek kegemarannya di Instagram. Sebutnya, “Lama dah tak post hasil kerja @Bobocinta. Hari terakhir bekerja sebelum menyambut lebaran.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9629″]
Sumber: Instagram @iamzianazain
[thb_gap height=”40″]
Aiman Tino

Ini antara artis yang paling ligat pada bulan Ramadan, daripada awal lagi menyertai macam-macam aktiviti antaranya berbuka dan bersahur dengan anak yatim. Ramai yang memuji Aiman kerana nampak tidak kekok melayan kanak-kanak.

Selama 10 hari sebelum Raya, Aiman bersama kakaknya penyanyi Fara Hazel berada di Brunei bertemu peminat-peminatnya di sana dan mereka juga berniaga biskut Raya di sana.

Sumber: Instagram @official_aimantino
[thb_gap height=”40″]
Sazzy Falak

Actually, mengemas almari pakaian juga merupakan aktiviti kesukaan saya sebelum menyambut Raya.

Sazzy Falak mengaudit almari pakaiannya, melipat dan menyusun semula segala yang ada dalam almari supaya nampak lebih kemas. Kata Sazzy, dia akan giveaway sebahagian daripada pakaian lama itu dan tentunya kini almari baju Sazzy ada lebih ruang untuk diisi dengan baju-baju baru.

Sumber: Instagram @sazzyfalak
[thb_gap height=”40″]
Adibah Noor

Banyak artis yang berniaga pada bulan Ramadan, ada yang berniaga biskut Raya, selendang, baju Melayu dan Adibah Noor pula berniaga pakaian wanita plus size di Bazar Raya KL.

Ketika artikel ini ditulis, kios Adibah Noor sudah pun ditutup, tetapi jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi Adibah Noor, cari saja dia di Instagram.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9632″]
Sumber: Instagram @adibahnoor
[thb_gap height=”40″]
Dato’ Rizalman Ibrahim

Dia ni memasak sama hebat dengan buat baju. Daripada awal Ramadan Dato’ Rizalman berkongsi banyak videonya memasak, live dari dapur bergaya gourmet dalam kediamannya yang bergaya… hem… Parisian?

Terbaru Rizalman berkongsi video membuat bergedel untuk dimakan bersama soto masa Raya nanti. Awal Rizalman buat begedil, sebabnya supaya sehari sebelum Raya nanti tak kelam kabut memasak macam-macam juadah. Yang bestnya selain dapat tip memasak, dapat juga tengok ‘king mamu’ berceloteh.

Sumber: Instagram @rizalman71
[thb_gap height=”40″]
Datin Sri Haflin

Last minute shopping! Datin Sri Haflin berkongsi Instagram Story meredah kesibukan bazar di Kuala Kangsar bersama suami, Dato’ Sri Nazri Abdul Aziz untuk membeli belah. Dalam salah satu video menunjukkan Dato’ Sri Nazri mencari songkok baru, juga alang-alang itu, mereka menikmati kuetiau goreng basah.

Sumber: Instagram @haflinnazriaziz
[thb_gap height=”40″]
Luqman Hafidz

Beberapa hari sebelum Aidilfitri, Luqman Hafidz bersama ibu dan adik beradiknya ke Makkah menunaikan umrah. Mesti seronok sangat dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri di kota suci, pasti lain benar suasana dan kemeriahannya berbanding di Malaysia. Dan yang penting, Luqman sudah beraya dulu sebelum kita, kerana di Makkah waktunya sehari lebih awal berbanding di sini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9635″]
Sumber: Instagram @luqmanhafidzx
[thb_gap height=”40″]
Neelofa

Kalau artis lain berkongsi video dihadiahi hamper Raya, Neelofa pun dapat juga, tetapi hadiah-hadiah mewah daripada Gucci, Burberry, H&M dan Swarovski antara lain. Bestnya Lofa dapat beg, sepatu dan set cawan.

Sumber: Instagram @neelofa
[thb_gap height=”40″]
Fattah Amin

Satu kemestian sebelum pulang beraya adalah melakukan pemeriksaan kenderaan, servis mana yang perlu, tukar tayar, gantikan minyak hitam dan sebagainya. Fattah Amin juga tidak ketinggalan dan dia mencadangkan peminatnya menggunakan Shell Advance supaya enjin motorsikal berkuasa tingginya sentiasa dalam prestasi yang bagus.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9637″]
Sumber: Instagram @fattahaminz
[thb_gap height=”40″]
Scha Alyahya

Oleh kerana Scha isteri kepada Awal, jadi persiapan Raya dia pun memang awal. Scha Alyahya sudah siap menyediakan pakaiannya untuk Raya pertama esok dan dia akan memakai kurung kuning dari Jakel dan sepatu juga beg tangan dari koleksi Schaxchristyng.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9638″]
Sumber: Instagram @schalayahya
[thb_gap height=”40″]
Sheila Rusly

Memang best tengok Instagram Story Sheila Rusly kerana dia selalu berkongsi video masakan dan video di lokasi penggambaran, tetapi yang ini lagi best, sebab dia berkongsi video suaminya membakar lemang! Tetapi daripada rasa seronok tadi, berubah sebak bila tengok videonya bertarawih di surau; entah dapatkah lagi kita semua melakukan ibadah tarawih tahun depan? Hem…

Sumber: Instagram @sheilarusly_jspictures

Related posts

Filem ‘Babi’ vs Babi (Daging Import Haram)

admin

Apalah Maknanya Tom & Jerry Tanpa Keju?

admin

Kesenian Islam Yang Menakjubkan di Komplek Nasyrul Quran

adminwm

Leave a Comment