GAYA HIDUPTULAR

Mencari Jodoh Melalui Aplikasi HAWAYA

Aplikasi cari jodoh bagi membantu lelaki dan wanita Muslim membina hidup berkeluarga.

Hawaya diambil daripada perkataan “Hawa” yang membawa maksud cinta dalam bahasa Arab. Berasal dari Mesir, Hawaya diilhamkan oleh Sameh Saleh pada 2017, sebagai cara  membantu adik perempuannya mencari jodoh dengan cara yang mudah, selamat, dan selesa. Sebagai platform mencari jodoh, Hawaya bertujuan memperkasa umat Islam yang belum berpasangan bagi membina hubungan yang bermakna dan #carijodohdenganHawaya di samping menghormati budaya dan tradisi agama Islam.

“Kami amat gembira membawakan Hawaya kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menyemai silaturahim yang berkekalan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, dan ianya juga memerlukan komitmen yang tinggi. Kami faham cabaran yang dihadapi oleh jejaka-jejaka dan kaum Hawa dalam mencari pasangan hidup dan kami mahu membantu mereka mencari ‘si dia’. Daripada saat pertemuan hinggalah ke hubungan yang berkekalan terjalin, Hawaya memastikan platform kami selamat untuk digunakan, di samping menitik beratkan dan menghormati kehendak budaya dan tradisi Islam,” kata Sameh Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hawaya.

Hawaya menggunakan teknologi dan pendekatan saintifik untuk membina platform mencari jodoh yang sesuai dengan agama dan budaya. Pengguna yang log masuk ke aplikasi Hawaya perlu menjawab beberapa soalan mengenai pendidikan atau sektor pekerjaan, serta soalan-soalan berkenaan pilihan peribadi seperti hobi dan minat. 

Aplikasi ini juga mementingkan keselamatan pengguna. Setiap profil perlu disahkan melalui proses ‘pengesahan selfie’ untuk menapis profil-profil palsu. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi ‘Guardian’ untuk mengajak dan melibatkan ahli keluarga atau rakan yang dipercayai untuk turut serta dalam perbualan dengan pengguna yang lain dalam aplikasi Hawaya.

Antara fungsi lain yang disediakan Hawaya termasuklah: 

  • Blur Option: Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi. 
  • Exclusive Mode: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Ini sekaligus akan menyahaktifkan semua perbualan mereka bersama pengguna-pengguna lain di dalam aplikasi. Melalui exclusive mode pengguna mempunyai peluang untuk memberi tumpuan, berkenalan dan berbual dengan lebih mendalam dengan hanya satu orang pada satu-satu masa.
  • Dengan niat untuk bina hubungan yang tulen dan jujur, Hawaya juga membantu dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengambil langkah pertama. 
[thb_gap height=”40″]

Dalam budaya Islam di Malaysia, ahli keluarga dan masyarakat akan menyarankan lelaki dan wanita mencari pasangan hidup dan mendirikan rumahtangga. Ianya sudah menjadi suatu kebiasaan, terutama sekali bagi lelaki dan perempuan yang sudah mencecah usia 30-an.

Untuk membantu kaum Adam dan Hawa dalam mencari pasangan yang tepat untuk membina hidup bersama, Hawaya memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai program #sisterinhearts, dengan tujuan memudahkan perbincangan mengenai pencarian cinta dan pasangan yang tepat di dunia moden ini, sambil memberikan tumpuan utama kepada nila-nilai tradisi Islam dan adat Melayu serta menghormatinya. 

“Dalam masyarakat dan budaya Islam, kita meletakkan kepentingan untuk memulakan kehidupan berkeluarga sebaik saja mencapai umur yang sesuai. Tetapi, untuk membina sebuah institusi perkahwinan, setiap individu selalunya melalui proses kenal mengenal antara satu sama lain. Hawaya membantu dengan menemukan setiap individu yang mempunyai pemikiran yang selari dengan nilai budaya yang sama, untuk bertemu dan berhubung secara bebas dalam persekitaran yang selamat melalui platform kami,” tambah Sameh. 

Layari: 

Laman web: https://www.hawaya.com/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/hawaya_app/

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13444″]
[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Jennifer Lawrence Akui Sudah Lama Tidak Melakukan Hubungan Seks

admin

Famous 2 Famous Musim 4 Jemput Tetamu Ahli Politik juga Artis Yang Daring

admin

Danial dan Eleena

adminwm

Leave a Comment