Dapat Peluang Bisnes Ketika Menginap di Palace Of The Golden Horses

Bermula dua bulan lalu, saya mulakan satu hobi baru, menjadi homeless. 

Tetapi ‘homeless’ ini tidak bermaksud saya tidur bawah jambatan. Obviously saya perlukan tempat tinggal.

Jadi bagaimana? 

Tiga hari dalam seminggu saya akan meninggalkan apartmen saya di Bandar Tun Razak kerana saya akan check in hotel sama ada empat atau lima bintang (terpulang pada bajet, kalau lebih saya ke hotel enam bintang) di sekitar Kuala Lumpur. 

Tetapi tunggu, saya bukan buat weekend getaway ya.

Yang sebenar saya ini orang yang cukup berjimat cermat. Dan saya menjimatkan banyak wang di bahagian tertentu, yang utamanya minyak kereta. Saya perhati setiap sen yang saya belanjakan dan saya percaya, simpan duit lebih mudah berbanding menggandakan duit.

Pun begitu, saya mencuba hobi baru ini kerana selain daripada saja suka-suka, saya juga percaya yang saya akan belajar atau dapat satu kelebihan daripada hobi saya ini.

Dan ya, memang pun saya ada pengalaman indah. Terjadi beberapa kali semasa saya menginap di Palace Of The Golden Horses termasuk kali terakhir ke situ iaitu pada pertengahan Disember lalu.

Kebetulan, MajalahWM mengadakan acara Celebration Of Beautiful People di ruang indah, magical interior Grand Salon. Acaranya malam tetapi kerana saya editor, jadi perlu terpacak daripada pagi untuk membantu segala persiapan. Saya menempah bilik twin deluxe room dengan harga RM260 (termasuk sarapan untuk dua orang.) Biliknya bersaiz sederhana dengan dua katil single, dilengkapi gerobok pakaian besar, sofa, tv plasma dan meja kerja, selain dalam bilik mandi ada bath tub yang boleh muat sepasang suami isteri. Ehem! Yang bestnya, bilik saya menghadap balkoni dengan padang hijau terbentang luas. 

Cukup, tidak mahu cerita panjang lebar fasal hotel amenities. Saya akan ceritakan dalam isu seterusnya kerana mahu bercakap tentang pengalaman bisnes yang saya kutip ketika menginap di hotel ini.

Ceritanya, malam Celebration Of Beautiful People diakhiri dengan tetamu menari diiringi lagu-lagu pop dan dance era 70-an dan 80-an antaranya lagu ABBA, “You are the dancing queen, young and sweet, only seventeen. Dancing queen, feel the beat from the tambourine, oh yeah!” Aduh bestnya moment itu tambah pula yang menari di sebelah saya wanita tinggi lampai Datuk Khadijah Ibrahim.

Gambar: Palace Of The Golden Horses

Habis acara, kaki sudah lenguh jadi mahu naik ke bilik. Sebelum sampai di lift, saya lalu di hadapan Fidel’s Cigar Lounge yang bersambung dengan Truefitt & Hill. Nampak macam best, jadi saya singgah sebentar. Yang sebenar saya tidak merokok, malah minum setitik wine atau beer pun tidak pernah. Tetapi rekaan dalaman yang maskulin dengan deretan sofa chesterfield maroon gelap memanggil-manggil saya ke sini. Tambahan saya mahu belajar sedikit tentang curut. Manalah tahu esok-esok jadi menantu taikun, senang nak ambil hati pak mentua.

Berada di situ, pelayannya melayan saya dengan menerangkan barisan curut berkualiti tinggi diimport khas antaranya dari Cuba, yang saya ingat namanya ada Romeo y Julieta, Partagas, Montecristo dan  Bolivar dan jenama lain (bukan dari Cuba) termasuk Tabaquero by Hamlet dan Roberto Duran.

Wah. Naik mood orang kaya sepanjang berada di sana. Saya membayangkan, “Macam mana gayanya kalau aku cucuh sebatang. Mesti aku nampak macam Robert de Niro.”

Aiyoo!

Pelayan menyuakan pula sekotak Romeo y Julieta berharga daripada RM160 (dalamnya ada 20 batang). Membeleknya, bukan saja curut, casing-nya juga smart dan begitu manly rekaannya.

Habis kisah curut, kerana saya disapa seorang lelaki di situ. “Looking for cigars?”

Dan perbualan kami berlanjutan fasal i Kuala Lumpur yang kebelakangan ini basah lecak dek hujan yang teramat lebat. Dia memberitahu yang masa-masa sebegini sangat mengganggu perniagaannya.

Saya bertanya tentang kerjanya, apa perniagaan yang dia lakukan. Rupanya dia seorang wedding planner.

“Bagaimana dengan awak… apa yang awak buat?” Dia pula bertanya.

Boring stuff!” actually saya tak tahu nak jawab apa. 

How boring?”

“Saya bekerja di majalah online.”

That’s not boring!” dia membalas. “Kamu tahu tentang wedding planner?”

Haih dia ni macam nak minta free coverage

“Yup. Ramai selalu keliru tugas antara wedding planner dan wedding decorator. Wedding planner kerjanya antara lain menyenaraikan syarikat catering terbaik, dewan-dewan indah di lokasi strategik, mencadangkan syarikat pelamin dan decorator. Tugas awak adalah merancang dan menyenaraikan keperluan untuk pengantin buat pilihan untuk majlis mereka.”

Dia suka dengan penjelasan saya dan terus memberikan kad bertulis besar nama syarikat.

Gambar: Palace Of The Golden Horses

“Wait, saya pernah dengar nama syarikat awak. Actually saya kenal wedding decorator yang super senior, kliennya banyak dari kalangan kerabat Diraja Brunei. Saya tahu dia pernah buat decoration untuk majlis-majlis kendalian syarikat awak. I think his name is David Kor?”

Kecilnya dunia.

Esoknya, selepas bersarapan kami berjumpa lagi. Kebetulan kenalan saya itu juga menginap di hotel ini. Bersembang dan bersembang, dia bertanya macam-macam tentang MajalahWM. Dan kemudian dia sendiri mencadangkan untuk menjalin kerjasama, mahu buat advertorial. 

Rezeki. Lelaki gentleman ini membawa bisnes yang besar untuk majalah saya, selain turut memberi saya job menguruskan content untuk laman web syarikatnya. 

Ini antara jenis connection yang saya boleh dapat ketika menginap di hotel mewah seperti Palace Of The Golden Horses.

Saya berkenalan dengan beberapa orang lagi ketika tinggal di sini. Salah seorangnya merupakan master dalam bitcoin dan saya baru mendaftar di bawah kelasnya. Saya juga mengenali Puan Mazniha di hotel ini. Puan Mazniha berkhidmat di Ata Plus,  syarikat yang menyediakan platform online equity crowdfunding dan tagline mereka ‘we’re here to enable any business to match with anyone

Kesimpulannya…

Menginap di hotel mewah mungkin tidak nampak seperti satu keputusan berasaskan ROI. Tetapi untuk diri sendiri, saya cuba mencari bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada kerjaya saya, juga menjadikan saya orang yang lebih baik dari segi ekonomi terutamanya.

Dan wang yang saya belanjakan di Palace Of The Golden Horses memberikan saya pulangan. Kenapa? Kerana dengan satu hubungan perniagaan kecil yang saya dapat di sini membolehkan saya membayar perbelanjaan hotel saya, selama setahun.

Saya melihat Palace Of The Golden Horses, lebih daripada sekadar tempat penginapan dan percutian. Di sini tempat berkumpulnya businessman dan golongan profesional; lokasi biasa mereka mengadakan meeting atau sekadar minum petang. Tempat terbentangnya peluang perniagaan. 

Sama ada hotel ini bagus untuk anda, saya tidak pasti. Yang saya tahu, Palace Of The Golden Horses has been very kind to me!