GAYA HIDUP

Filem Showtime 1958; Kisah benar di Studio Jalan Ampas

Tolak ke tepi sekejap filem genre seram, lawan dan tembak menembak, komedi dan kita beri laluan pada kisah benar yang berlaku nun lebih 70 tahun dulu di era terawal industri perfileman Melayu mengecapi kegemilangan, melalui filem Showtime 1958.

Kisahnya, suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950-an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas setelah 20 tahun beroperasi. Kisah perit perjuangan anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum ini bakal diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul Showtime 1958. Diinspirasi daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, Showtime 1958 adalah sebuah karya tulisan Anwardi Jamil yang turut menggalas  tanggungjawab sebagai pengarah filem ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9717″][thb_gap height=”40″]
Fatin Afeefa dan Shah Iskandar, bintang utama filem Showtime 1958
[thb_gap height=”40″]

Lagi tentang jalan ceritanya, ia memaparkan kejadian benar yang berlaku dalam tempoh 24 jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu. 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal dari Malaya (kini Malaysia) mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan.

Detik-detik penting yang mendebarkan, penuh air mata dan drama yang berlaku dalam 24 jam itu dimainkan bintang baru dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afeefa, Bell Ngasri dan Mubarak Majid. Ini merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelumnya banyak menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan dan luar negara.

Filem ini memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan kemungkinan ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020.

Ikuti perkembangan filem Showtime 1958 di Instagram http://www.instagram.com/showtime.1958 dan Facebook: http://www.facebook.com/showtime.1958

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9718″][thb_gap height=”40″]
Barisan pelakon dan pengarah filem Showtime 1958
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Hydra Glow Safi

admin

2 Produk Terbaru Clarins: Bedak Asas dan Serum Bintik Hitam

admin

Cara Anda Minum Madu Salah, Patut Lah Tidak Menjadi Ubat

admin

Leave a Comment