GAYA HIDUPkesihatan

Sumac – Betulkah Sumac Boleh Menghilangkan Pelbagai Penyakit Penyakit?

Tahukah anda, sumac juga dikenali dengan beberapa ejaan lain seperti sumach, sumak, soumak, atau sumaq ini dijejaki etimologinya daripada Perancis Lama, Bahasa Syria atau Arab سُمَّاق‎ (summāq) yang bermaksud ‘merah’. Rempah ini terkenal di Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Utara. Ia mempunyai rasa masam seakan lemon dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Secara botaninya, sumac adalah pokok renek dan kecil yang mempunyai ciri berikut
  • boleh mencapai ketinggian 1–10 m
  • daunnya berpilin
  • bunganya padat dan sangat kecil, kehijauan, putih krim atau merah dengan 5 kelopak
  • buahnya membentuk kelompok padat buah berbiji merah
  • rempah sumac didapati daripada biji kering pohon Rhus coriaria, iaitu nama saintifiknya
Khasiat Sumac Yang Luarbiasa Untuk Kesihatan
Rempah ini telah digunakan sejak sekian lama bukan hanya kerana warna dan rasanya yang menaikkan lagi selera dalam hidangan, tetapi juga pelbagai kelebihan sumac terhadap kesihatan.

Berikut adalah antara khasiat sumac yang telah dikaji secara saintifik.

1. Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah

Menurut Dr. Josh Axe menerusi Dr. Axe.com, terdapat kajian telah membuktikan bahawa khasiat sumac dapat membantu mengekalkan bacaan gula normal dalam darah, serta membantu menurunkan kadar gula sehingga 13%.

Hal ini turut disokong oleh sebuah kajian yang diterbitkan pada 2014 menerusi Journal of Research in Medical Sciences, di mana ia dikatakan berpotensi mengawal kadar insulin dan menstabilkan kadar gula dalam darah.

Salah satu kelebihan sumac juga adalah kerana kandungan anti oksidannya yang tinggi berbanding kebanyakan herba dan rempah lain.

Menurut sumber, kandungan anti oksidan yang terdapat dalam sumac adalah melebihi kayu manis, oregano, acai berry serta banyak lagi buah-buahan dan sayuran lain.

Apa kelebihan makanan yang kaya anti-oksidan ini?

Antaranya dapat mencegah penyakit jantung, melawan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan mengurangkan gejala osteoarthritis.

Mengurangkan Kadar Kolesterol

Dalam sebuah penelitian oleh Tehran University of Medical Sciences di Iran, antara khasiat sumac yang telah didapati adalah ia berupaya mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida.

Seperti yang kita tahu, kadar kolesterol yang terlalu tinggi dalam arteri akan membentuk sumbatan pada otot jantung hingga terpaksa bekerja lebih keras sekaligus menjadi faktor risiko terhadap penyakit jantung .

Digunakan Secara Tradisional Untuk Kesihatan Wanita

Sumac juga boleh dijadikan jus atau teh dan ia digunakan secara turun-temurun untuk merawat masalah kesihatan wanita, menambah susu ibu, mengurangkan senggugut dan cramp.

Ia turut digunakan secara luaran untuk mengatasi masalah discaj vagina yang berlebihan.

Membantu Kekuatan Tulang

Terdapat kajian mendakwa sumac berpotensi digunakan untuk meningkatkan kekuatan tulang. Ini kerana ia mampu mencegah pereputan tulang serta menghilangkan risiko kehilangan jisim tulang.

Tinggi Vitamin C

Jus sumac biasa dijadikan minuman oleh orang asli Amerika untuk merawat demam, batuk dan penyakit skurvi oleh kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin C.

Mengurangkan Kesakitan Otot

Dalam Hungarian Academy of Sciences, kajian mendapati bahawa jus sumac mampu mengurangkan kesakitan otot yang dialami selepas bersenam.

Disebabkan kandungan anti-oksidannya yang tinggi, ia turut membantu mengurangkan inflamasi dalam memberi kelegaan kepada sesiapa yang mengambilnya secara sederhana.

Bolehkah Sumac Merawat COVID-19?

Walaupun banyak khasiat sumac sama ada secara saintifik mahupun tradisional, namun masih belum ada kajian secara spesifik yang membuktikan bahawa ia mampu merawat atau menyembuhkan COVID-19.

Ini kerana COVID-19 adalah penyakit yang baru dikesan dan masih terlalu banyak tidak diketahui mengenainya.

Sebarang ubat-ubatan yang didakwa mampu menyembuhkan penyakit, termasuk coronavirus (COVID 19) perlu menjalani ujian klinikal dan menepati piawaian badan khas sebelum diluluskan untuk kegunaan ramai.

Kesimpulannya, tak salah jika kita mahu memakan sumac untuk mendapatkan manfaat kesihatannya namun ia belum terbukti sebagai penawar COVID-19 yang disahkan secara klinikal.

Namun, secara tiba-tiba sumac menjadi bahan yang dicari oleh rata-rata rakyat Malaysia. Ini disebabkan viral satu kisah kononnya ada seorang hamba Allah yang bermimpi menemui Rasulullah dan memberitahu kepadanya, bahawa ubat paling mujarab untuk mereka yang positif covid-19 ialah sumac. Maka berderu-derulah orang yang termakan cerita ini mencari sumac yang selalunya dijual di kedai Arab.

Saya sendiri diperkenal oleh sepupu yang memberitahu ia elok dicampur di dalam makanan kerana khasiatnya yang tersendiri, di samping mencegah merebaknya kanser. Kebetulan suami masa itu di hospital berperang dengan kanser dan menjalani pembedahan. Sebagai isteri, apa sahaja yang dicadangkan, akan dicari, jangan tidak, dan jangan menyesal di kemudian. Begitulah, dan kerana sering ke kedai Arab, saya temui sumac yang sehingga kini menjadi antara bahan yang digunakan, ditabur pada salad, ikan bakar, sup dan saya guna di kala memerap daging dan ayam, ini cara saya, oh memang menambah selera. 

Ada mengaitkan sumac sebagai beracun. Walaupun sesetengah spesies sumac memang beracun, namun anda tidak perlu risau. Sumac mudah dikenali dengan mentol merah yang bersinar (jangan sentuh mana-mana semak belukar putih!).

Seperti saya sebut tadi, sumac menambah selera pada makanan. Rasa sumac manis tetapi masam ini diikuti oleh pukulan selera yang kuat. Pada saya, kalau sudah ada sumac tidak perlu lagi memerahkan lemon atau limau nipis, ya rasa limau. Walaupun mempunyai profil rasa yang pelbagai, Sumac masih menggabungkan sangat baik dengan rempah-rempah lain seperti Allspice, Chili, Thyme, dan Cumin. Salah satu gabungan rempah yang paling biasa ialah Sumac yang terdapat di Za’atar. Sumac juga membawa rasa semula jadi di mana ia ditambah terlalu serupa dengan cara garam.

Fakta: Poko sumac tumbuh di semak yang disebut Rhus Coriaria. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan dataran tinggi di Mediterranean. Sicily amat terkenal kerana menanam buah-buahan kecil yang lazat ini disebabkan tanah liar dan berbatu. Walau bagaimanapun, sumac juga tumbuh di Turki dan juga boleh ditemui di bahagian Iran.

Kegunaan: Sumac digunakan secara meluas sebagai asam dalam masakan Arab dan Lebanon. Sumac lebih biasa dijumpai di Amerika Syarikat sebagai serbuk tanah tetapi boleh digunakan sebagai buah beri. Penggunaan yang paling biasa untuk berry mentah adalah untuk memecahkan atau menghancurkan sedikit dan rendam dalam air selama kira-kira 20 minit dan gunakan tambah pada marinades, dips atau dressing.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, serbuk yang paling biasa digunakan. Ground sumac adalah tambahan yang baik untuk memerap daging, bumbu besar untuk hidangan sayuran, dan diperlukan untuk hummus buatan sendiri. Sumac amat sesuai dicampur dengan kacang, seperti kacang walnut dan kacang pain dan ditabur atas terung goreng.

Simpanlah sumac di dalam  bekas kedap udara dan boleh bertahan selama beberapa bulan malah sampai setahun dua. 

Saya terbaca pada satu posting pengguna mengenai sumac, dan terpulang kepada anda untuk memilih mendapatkannya atau sekadar menambah ilmu mengenai rempah sumac ini.

It is a high anti-inflammation, rich in vitamin C, full of antioxidants that enable it to launch free radicals that can cause cancer and heart disease.

This plant has been used to treat cardiovascular diseases, as well as help reduce blood pressure.

It is also found beneficial for second-type diabetes patients where it helps limit cardiovascular problems.Sumac can also control cholesterol in the body while preventing heart disease.

It combats germs, and fungi infection, and can help relieve menstrual disorders, and stomach cramps.

* HOW TO USE *:

Put 1/2 tablespoons of sumac powder into a cup and mix with hot water. Drinking while warm. Also can be washed cold.

Also can be mixed into food like salad, for meat marinade, chicken etc.

Related posts

INFINIX NOTE 30 (X6716) TAKES HOME OUTSTANDING AWARD AT THE PARISDESIGN AWARDS 2023

adminwm

Mutiara Kata Untuk Berjaya

admin

Apakah Anda Memilih Untuk Kurus?

admin

Leave a Comment