Uncategorized

Beza Susu Sejat, Susu Penuh Krim dan Lain-lain

Saya daripada kecil lagi tidak pernah menolak susu. Ada orang jenisnya tak boleh minum katanya muak, tetapi pada saya sedap, lagi pula yang penuh krim. Kalau dulu selalu beli Dutch Lady atau Nespray, sekarang saya suka Farm Fresh, dan kebetulan kilangnya dekat sangat dengan kampung saya.

Saya ternampak di Twitter, Doktor Kamarul Ariffin menerusi akaunnya @dr_chaku berkongsi perbezaan jenis susu. Saya sendiri sebelum ini tidak berapa tahu apa bezanya, selalu main beli saja, janji sedap dan belum sampai tarikh luput.

Jom kita ketahui perbezaan susu penuh krim, susu segar, susu skim, susu rendah lemak, susu isian, susu sejat dan susu pekat seperti yang dikongsi oleh Dr. Kamarul.

  1. Susu Segar (fresh milk)

Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya (cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
2. Susu Penuh Krim (full cream milk)

Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
3. Susu Rendah Lemak (low fat milk)

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
4. Susu Skim (skimmed milk)

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
5. Krim (heavy/whipping cream)

Lemak/krim terapung yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar (whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
6. Susu Isian (filled milk)

Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/diisi pula dengan lemak sayuran (lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk.

[thb_gap height=”40″]
7. Susu Sejat (evaporated milk)

Susu asli penuh krim atau isian yang dipanaskan agar kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
8. Susu Pekat Manis (sweetened condensed milk)

Susu asli penuh krim atau isian tersejat yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Inilah yang banyak ‘makan kaki’ rakyat Malaysia.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
9. Krimer (creamer)

Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
10. Susu Bukan Tenusu (non dairy milk)

Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa atau vegan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Sumber: Twitter Dr. Kamarul Ariffin (Dr_Chaku
Pautan akaun: https://twitter.com/dr_chaku
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Bagaimana Meningkatkan Gejolak Nafsu?

admin

Cadangan 5 Sayuran Rendah Karbohidrat untuk Diet Lancar

admin

Cerita-cerita Orang Kahwin

admin

Leave a Comment