FESYEN

Pelari Kebangsaan Wan Muhammad Fazri Wan Zahari Duta Rasmi Amazfit Malaysia

Evoto

Era baru teknologi jam pintar kini tiba di Malaysia.
Amazfit, jenama peranti pintar global di bawah Zepp Health secara rasmi melancarkan jam pintar unggul terbaru Amazfit Balance 2 di Malaysia. Ia direka dengan menyeluruh sebagai rakan latihan yang dilengkapi pemulihan canggih yang direka khas untuk atlet, pelari serta kecergasan harian.

“Balance 2 berfungsi lancar bersama aplikasi Zepp Health, sama ada semasa latihan mahupun bagi pemantauan pemulihan. Ia melengkapi dan mengisi jurang jam tangan lain dalam memberikan data yang lebih tepat. Ini bermakna pengguna akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam menggunakan satu sistem yang mudah,” kata Wayne Huang, CEO Zepp Health. “Tanpa langganan tambahan, dengan penjejakan yang tepat serta penyelarasan automatik, teknologi ini mentakrif semula kemampuan sebenar peranti boleh pakai, sama ada anda seorang atlet yang berdaya saing atau ingin menjadi lebih baik setiap hari.”

Direka Untuk Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

Direka khas bagi rakyat Malaysia yang sentiasa aktif, sama ada berjoging di taman pada pagi hari, sesi gim selepas kerja, atau pengembaraan hujung minggu.

Ciri-Ciri Utama:

Ketahanan untuk Sukan – Skrin AMOLED 1.5 inci dengan kaca kristal nilam tahan calar, kecerahan sehingga 2,000 nits, kalis air sehingga 10 ATM, dan jangka hayat bateri sehingga 21 hari.

● Dioptimumkan untuk Larian dan Selaman – Menyokong lebih 170 mod sukan termasuk metrik larian lanjutan dan sokongan selaman (selaman bebas dan skuba sehingga 45m) dengan penjejakan tepat dalam air dan ciri keselamatan terbina.

● Mod Perlumbaan HYROX – Sebagai Penjaga Masa Rasmi HYROX, Balance 2 menyokong latihan intensiti tinggi melalui mod khas untuk selang masa berstruktur, peralihan dan pemulihan.

● Pandangan Prestasi – Jejak kadar degupan jantung, HRV, SpO2, kualiti tidur dan tahap pemulihan untuk menyokong kesejahteraan dan prestasi harian.

● Peta Boleh Dimuat Turun Secara Percuma – Sesuai untuk pelari bandar dan pencinta alam semula jadi, memastikan anda sentiasa berada di laluan yang betul setiap masa.

● Skor BioChargeTM Baharu (Akan Datang) – Alat pengurusan tenaga peribadi yang menilai tahap tenaga secara masa nyata berdasarkan tidur, rehat, aktiviti dan tekanan untuk membantu pengguna mengimbangi aktiviti dan pemulihan bagi prestasi yang optimum.

Sempena pelancaran produk unggul baharu ini, Amazfit Malaysia turut memperkenalkan duta tempatan Wan Muhammad Fazri Wan Zahari pelari kebangsaan 800m dan pengguna bangga bagi Balance 2.

“Sewaktu pertama kali saya mencuba Amazfit Balance 2, yang paling menarik perhatian saya ialah keselesaan dan reka bentuknya,” kata Wan. “Ia sangat bergaya dan ringan,

menjadikannya mudah dipakai sepanjang hari. Dengan GPS tepat, penjejakan degupan

jantung, dan data tidur yang terperinci, saya boleh berlatih dengan lebih bijak dan pulih dengan lebih baik. Inilah jenis peranti yang diperlukan bagi atlet yang untuk kekal di tahap terbaik.”

Daripada atlet hujung minggu mahupun atlet kebangsaan, Amazfit Balance 2 menggalakkan

rakyat Malaysia untuk mengawal kesihatan mereka melalui pandangan berasaskan data tanpa gangguan, bayaran tambahan, atau aplikasi luar. Sama ada mengejar rekod peribadi atau sekadar kekal aktif, Amazfit telah mereka alat latihan yang lebih bijak dan pemulihan lebih baik.

Produk Tersedia dan Harga Tempatan

Amazfit Balance 2 boleh ditempah awal bermula dari 29 Jun 2025 dan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Julai 2025, pada harga runcit RM1,299. Pembeli awal akan menerima kipas klip pinggang PERCUMA dan beg tali Amazfit, selagi stok masih ada. Tersedia di peruncit sah dan Kedai Rasmi Amazfit Malaysia di Shopee.

Related posts

Burberry ‘Menswear’ Meraikan Kebebasan Berekspresi

admin

dUCK CelebrEIGHT with The Infinity dUCk Collection!

adminwm

Linda Rafar Perkenal 6 Tudung Ekslusif Sempena Merdeka

admin

Leave a Comment