FESYEN

TRIUMPH FLEX SMART

Triumph memperkenalkan Flex Smart, koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2023 (SS23) baharunya. Flex Smart berkisar tentang diri anda sebagai seorang wanita individu dengan fikiran, perasaan dan keperluan harian tersendiri. Ia meraikan setiap individu wanita melalui versatiliti, pilihan serta kebebasan.

Flex Smart menonjolkan gaya hibrid yang serba boleh dan serasi dengan setiap keperluan unik anda, seiring dengan perubahan bentuk badan dan kehidupan anda.

Keselesaan menjadi taruhan rangkaian ini menerusi bandeau top yang mengikut pergerakan tubuh. Ia sesuai dijadikan persalinan ‘inner’ mahupun ‘outer’ mengikut cita rasa anda. Melentur bersama tubuh, ia boleh dipakai dengan atau tanpa tali bra. Bra multifungsi ini diperbuat daripada fabrik regangan yang lembut supaya ia tidak mengekang pergerakan anda dalam apa jua aktiviti harian. Koleksi ini turut menampilkan seluar dalam High Leg Brief dengan reka bentuk ergonomik yang bukan sahaja lembut dan ringan malah menyerlahkan potongan badan semula jadi anda.

Tidak kira peringkat kehidupan yang anda lalui, Flex Smart sentiasa menemani perjalanan hidup anda. Apa jua yang anda rasai, saat anda bebas bertenaga atau ketika rasa terbeban sekalipun, Triumph telah menghasilkan rangkaian ini untuk sentiasa memberi anda sokongan mengikut perubahan emosi mahupun tubuh.

Sempena kempen SS23, Flex Smart mengajukan soalan ‘Bagaimanakah perasaan anda?’ Satu soalan yang sukar dijawab, malah tiada jawapan yang betul. Ia soalan yang rumit kerana setiap wanita mempunyai tafsiran masing-masing yang unik. Sungguhpun begitu, Triumph sedia mendengar.

Natasha Mooy, Pengurus Pemasaran Kanan Triumph Malaysia dan Singapura berkata, “Perasaan yang dilalui oleh setiap wanita pada sesuatu hari adalah seunik ciri individu masing-masing. Kami juga memahami, sungguhpun peranan dan norma gender telah berubah, ruang dan peluang untuk wanita mengekspresi perasaan peribadi mereka masih terhad, terutamanya dalam masyarakat kita. Justeru, harapan kami melalui kempen Flex Smart SS23 adalah untuk membuka ruang kepada wanita tidak kira di mana jua mereka berada agar mereka dapat berbicara secara terbuka, jujur dan tulus tentang perasaan mereka yang sebenarnya.”

Triumph juga teruja mengumumkan kolaborasinya dengan WILDEHOUSE sempena kempen SS23 ini. Seperti Triumph, WILDEHOUSE turut memfokuskan pada keunikan ciri individu wanita. Rekaannya yang menyerlahkan keunikan si pemakai membolehkan koleksi ini dipakai ke mana-mana sahaja. Tidak kira di rumah mahupun di luar, anda boleh menggayakan koleksi yang berwarna-warni lagi ‘garang’ ini. Koleksi yang diilhamkan secara inklusif ini dapat menampung segala bentuk siluet serta mengetengahkan interpretasi gaya baharu dengan kombinasi grafik dan rona berani.

Flex Smart merupakan koleksi yang tidak mengkompromi soal keselesaan. Dengan menyokong setiap wanita dalam apa jua peringkat kehidupannya, ia dihasilkan demi meraikan keaslian dan membolehkan isi hati setiap wanita didengari.

Koleksi Triumph Flex Smart SS23 bermula pada harga RM89.90.

Related posts

Koleksi Raya JKhan Reminis Wanita Sempurna

admin

MELL by Melinda Looi has launched its first-ever Raya collection, MEL-Riah.

adminwm

Koleksi Pakaian Dengan Hiasan Kata-Kata Positif Dari Uniqlo dan Pereka Grafik Jepun

admin

Leave a Comment