FESYEN

FIZIWOO-INDAHNYA CIPTAANMU

“Her” ultimately becomes a mirror not just of Willis Simpson’s journey, but for every woman who has ever chosen to define herself in her terms. It’s a collection that honours the courage it takes to be seen fully to wear one’s truth with grace, to move through to the world with purpose. And to let styles reflect substance. In FIZIWOO’s hand fashion becomes more than form; it becomes a language for expressing the layers of modern femininity, elegant yet assertive, thoughtful yet unafraid. In the end “her” isn’t just about Willies. It’s about every woman who dares to live, dress, and live on her own terms .

Dan inilah yang menariknya mengenai FIZIWOO. Usahanya tidak sekadar menyiap sebuah pakaian tetapi persembahan persalinan yang memberikan makna kepada pemakainya. Dia menggali dan mencungkil sejarah silam demi mengembalikan zaman kegemilangan dan keanggunan wanita yang menilai seni dan anugerah sebuah rekaan ulung. “This is not just a nod to fashion history, it’s a study in contrast: vulnerability and strength, tradition and rebellion, love and loss. At the heart of it is a woman who turned her life into a statement,” tulis Fiziwoo dalam makalah yang dijadikan hadiah kepada tetamu, agar peminat fesyen mengerti akan cerita di sebalik ciptaannya. Koleksi “Her” disulami motif-motif sebagai simbolik kepada kebangkitan kebebasan, faminiti dan kuasa. Setiap jahitan, lipatan dan manik-manik menjadi suara kepada kerumitan seorang wanita dan kemudian kepada sisi kekuatan yang dimiliki insan yang pernah dianggap lemah.  

Jujur saya katakan, saya sebenarnya mahu lebih daripada koleksi “Her’ yang bakal dibawa kepada peminatnya musim panas 2026, kerana saya percaya FIZIWOO amat mampu mempersembahkan ‘sesuatu’ lebih daripada itu dan yang akan meninggalkan kesan amat besar kepada peminat fesyen tanah air khasnya.

Sayugia, benar FIZIWOO sendiri masih belum puas. Di segmen keduanya, tetamu kelu dan tumpuan kepada setiap detik di pentas peragaan. Ya inilah yang saya selalu katakan, FIZIWOO sungguh berbisa, luar biasa dan bukan calang-calang jenama. Tidak hairanlah jenama ini yang menjadi pilihan keluarga-keluarga diRaja, bangsawan-bangsawan dalam dan luar negara dan selebriti yang faham akan maksud sebuah ciptaan yang agung. Antaranya termasuk persalinan adibusana Y.A.M. Tengku Puteri Afzan pada majlis perkahwinan diRaja  – ukir tangan “Sulam Ayak Kerawang” dan Luna Maya yang menyarungkan FIZIWOO ARTISANAL pada hari perkahwinannya pada 30 Julai 2025 – a custom soft tulle adorned with Ostrich feathers.  

Mengajak kami melayari skrin LED di pentas. Di situlah – A Royal Tribute Through the Songket of Three Nations ‘dibukukan’ lantas pentas dihidupkan pula dengan 14 lagi koleksi “Crown in Thread” yang kata Fizi sebagai penghormatan kepada kuasa, tamadun dan rahmat daripada Yang Maha Kuasa melalui adibusana daripada ketukangan yang sungguh halus, anggun daripada warisan turun menurun.

 Kekuatan “Crowned in Thread” di setiap rekaan ia kaya dengan simbolik berakar umbi dikongsi bersama tradisi sulaman tanah air kita, Indonesia dan Thailand. Kata Fizi, patennya bukanlah hiasan tetapi ia ada ‘suci’, kod daripada nenek moyang yang diturunkan kepada beberapa generasi. Melalui ikat, songket dan tenunan tambahan masa lalu, ia melahirkan ‘tapestry’ kepada perpaduan Asia Tenggara, kekuatan dan kebanggaan kebudayaan serantau.

Syabas FIZIWOO kerana sepanjang KLFW 2025 pada saya anda adalah yang terbaik.

Related posts

Kate Spade New York Unveils Its Summer 2022 Collection

adminwm

10 Jenis Tas Tangan Yang Patut Ada Dalam Gerobok Anda

admin

CARLO RINO USHERS IN THE NEW YEAR WITH CHIC COLLECTIONS – THE ORION COLLECTION AND LOGOGRAM COLLECTION

adminwm

Leave a Comment