Spring cleaning lagi. Pakaian-pakaian arwah perlu dilepaskan. Memang sepatutnya sudah lama dikemaskan dan diberikan segera. Bukan sayang tetapi saya macam amat berat membuka almari bajunya itu. Saya faham mengapa ramai balu-balu terasa sukar berbuat demikian sebab pakaian-pakaiannya itu barangkali meninggalkan pelbagai kenangan. Kot ini masa pergi bersama pada majlis tertentu, baju Melayu biru masa anak sulung kahwin, baju ini, baju itu semua ada cerita di sebalik pemakaiannya. Smelling a familiar scent on a piece of clothing can take us back to a specific time and place very quickly. Bagi saya ‘it is extremely personal’ dan saya rasa ada yang saya mahu cherish and make memories last a lifetime dan caranya saya mahu beri kepada yang pandai menilainya, yang menjaga dan memakainya.
Saya tidak mahu diambil kerana terpaksa, diberi kemudian dicampak dalam timbunan baju-baju lama, reput tidak dipakai.Teringat, saya pernah memberi baju saya kepada seseorang. Saya sayang baju itu bukan sahaja kerana harganya, jenamanya dan kenapa saya membelinya tetapi kerana tidak cantik lagi di badan ini. Saya hadiahkan kepadanya. Saya tahu nilai baju itu dan ada kenangan yang indah bersama baju itu, tapi orang yang saya beri itu memakainya basahan. Saya kecil hati. Begitu baju-baju arwah saya mahu memberinya kepada yang tahu menilai. Akhirnya atas pertolongan kawan baiknya, kami berjaya hantar ke sebuah pusat. Dia menerima dengan hati terbuka, senyumnya lebar,
“Banyak yang cantik-cantik,” katanya.
Ini kisah lain, terjadi lima bulan lalu. Keluar dari wad di sebuah hospital swasta, dan masuk ke kereta airmata yang sekian waktu tadi saya tahan, saya biarkan ia meleleh, mengalir membasahi pipi. Saya membiarkan ia dilepaskan agar hiba tidak terus menjadi lara. Teringat semula wajah Zali yang kurus kering timbul tulang-tulang, 37 kilo. Kelu dan pilu dibuatnya. Tetapi semangatnya kental, dalam derita masih membara jiwa untuk bekerja, untuk melahirkan idea-idea supaya pelanggannya nampak trendy.
“I rindu kat you dan selalu tunggu you datang,” matanya dibuka saat saya mendekati katilnya. “Takut tak sempat hendak bercerita dan banyak yang I nak tanya dan katakan. I dapat rasakan I tak lama, tiga bulan sudah I terlantar di sini.”
“Zali sorrrrry,” itu sahaja yang dapat saya katakan. Kerana setiap kali teringatkan dia, entahlah ada sahaja halangan, dari sehari ke hari tergedala tetapi di petang itu saya tutup laptop, ambil Grab dan mencari Zali, kerana mimpi yang bertubi-tubi, dan rasa berdosa singgah berkali di hati.
Memegang tangan saya erat, katanya…”Nanti you tengok kan koleksi-koleksi yang adanya separuh jalan sempat buat. Bila I sihat sikit, I bangun terus berkarya. Tapi yang dilukis itu seolah membawa cerita lara, seperti tiada rohnya, belum dijadikan baju macam nampak ‘mati’. Seperti tidak dapat bercerita kepada customer aspirasinya…seperti tidak dapat hendak visualise rupanya bila ia dipakai.”
“Zali… you tak sihat, concentrate on your health biar husband you aje yang jaga.”
“But I have my specific style, his background and culture is different.”
“Dear, it’s all about looking good, kalau mereka masih datang ke kedai you maknanya mereka masih senang dengan koleksi you.”
Belum sempat saya menukar subjek, dia pegang balik tangan saya. “Bagaimana ‘I Love Wirda, ” Kat mana kawan baik you sekarang?”
“Maksud you Alina?”
“Yalah i teringat masa kita bertiga di rumahnya. Alina yang nangis sampai matanya bengkak; peristiwa hitam tu lah…I teringat dia kata, dia telah ‘bunuh’ kerjaya you. Dia kata sebab dia you jadi mangsa di syarikat tempat you bekerja.I teringat dia kata, it’s all her fault untuk guna nama you dalam koleksinya dan kemudian you diambil tindakan kerana salah guna kuasa editor.”
“Come on Zali, itu cerita lama..” Tetapi Zali dalam badan yang lemah terus mahu mengingatkan cerita lama.
“Yang salah I sebenarnya membenarkannya,” saya menjawab. “No Wirda. you dan dia tak salah. Mereka yang makes your life difficult. And I hate them for treating you cruelly. I follow you Wirda, you tidak pun pernah menulis apa-apa and you move on, tetapi sekarang I yang hendak buka ceritanya. Mereka is selfish, sombong,”
“Zali.. please.” ”Wirda memang cerita lama tetapi sebagai kawan baik, I yang merasai dalamnya kenangan itu untuk dilupai. You terlebih baik hati pinjamkan nama you,” Zali terus tidak mahu menutup bicara dalam hal ini. Alina pula rasa bersalah dan you juga rasa bersalah kerana dia mengeluar belanja yang banyak untuk koleksi itu, so you take all the blame.”
“Cukup Zali… “
“I Love Wirda akhirnya berkubur begitu sahaja kan.”
“Tak, I ambil alih, sebab Alina selepas peristiwa itu lebih banyak menghabiskan masanya di San Fransisco . Dia pun tidak berminat untuk sambung bisnes fesyennya.”
“One more thing, macam mana you boleh pinjamkan nama you pada jenama kepunyaan Alina?”
“Hari pertama I kenal Alina tapi Alina seperti sudah kenal I lebih 20 tahun. Dia tanya tentang Tisham, Imtiaz, Hisham sebab dia kenal mereka melalui majalah. Dia recall banyak rencana-rencana I dalam majalah Wanita, Eh, editor note I seolah dia hafal…” Dan daripada pertemuan pertama itu kami terus berkawan rapat, bukan sahaja saya dan dia tetapi seluruh keluarga. Jadi i pun tidak fikir dua kali bila dia berhajat hendak gunakan nama I Love Wirda untuk koleksinya.”
“Wirda, I ada duit. I nak you kembangkan balik jenama itu. I tahu you buat secara kecil-kecilan tetapi I percaya kalau you buat balik your business can grow. I want to help and support you. It is my gift to you. Just a small gesture from me, bila I pergi you ingat dan doakan I tenang di sana.”
“Terima kasih Zali, tapi I tak boleh terima. Usia yang sebegini, I pun tidak mahu lagi buat benda yang boleh memening dan memenatkan, lagipun I tak pandai bisnes.”
“Please…” Zali merayu dan saya juga rayu kepadanya, Terima kasih banyak-banyak. “You give to your husband, dia lebih deserve untuk menerimanya.”
“Tolong saya, bukukan cerita sebenarnya.” “You’re a good writer dan sehingga sekarang I rasa tiada yang boleh gugat you.”
Zali teresak lagi. ”I hope I am strong like you, Wirda.”
Dan entah bila masanya (mungkin masa saya excuse sekejap untuk solat Asar), terdapat sebuah sampul surat terselit di dalam tas tangan saya. Satu cash cheque dan nota ringkas bertulis. “Wirda, masa Imtiaz kahwin I tidak dapat datang kerana ketika itu I di luar negara dan masa Hisham pergi, I juga tidak boleh hadir sebab I tak sihat. I remembered sending you the condelence message, itu sahaja. Go and cash it, it’s for you dear. Jangan say no kerana I tidak akan senang kalau yang ini you tolak. Ambillah ini sebagai hadiah. Dan kenangan kita yang bersahabat. I love you so much.”
Dan kelmarin rindu dan sendu itu datang lagi. Sampul surat bersama nota ringkas Zali terselit di celah almari. Saya baca lagi dan lagi kerana itu saya menulis cerita ini. Zali pun telah pergi buat selamanya, tidak lama selepas kami bertemu. Mungkin dia menunggu kedatangan saya, sebab selepas itu dia dibawa ke Johor untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarganya.
Pemergiannya saya hanya ketahui seminggu kemudian, dan hanya doa sahaja yang dapat mengiringi pemergiannya.
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Di sini kita kan terpisah
Yang pahit dan manis
Aku ingat buat selama-lamanya – Memori Tercipta oleh Shila Amzah
