Pokok Chaya (Cnidoscolus aconitifolius) sejenis pokok daripada keluarga Euphorbiaceae yang berasal dari Semenanjung Yucatan di Mexico. Pokok yang juga dikenali dengan panggilan pokok ajinomoto mudah dikenali melalui ciri-cirinya yang unik iaitu daunnya seperti betik, tapi batang seperti batang ubi. Pokok ini juga dikenal sebagai pokok lateks kerana mengandungi lateks berwarna putih. Pokok Chaya boleh mencapai ketinggian sehingga enam meter.
Pokok Chaya menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk tujuan seperti mencegah diabetes, menurunkan paras kolesterol, melancarkan peredaran darah, merawat insomnia, memerangi artritis, dan mencegah anemia. Daunnya juga dianggap berfaedah untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak.
Sebagai tambahan, daun pokok Ajinomoto mempunyai kandungan zat besi yang dua kali lebih tinggi berbanding bayam. Selain itu, daun pokok ini juga kaya dengan Vitamin A dan C. Namun, ia tidak boleh dimakan mentah kerana mengandungi hidrosianik glikosida, sebatian toksik yang boleh membahayakan tubuh manusia. Untuk menikmatinya dengan selamat, anda perlu memasak daunnya selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengurangkan kandungan toksik.
Selain digunakan untuk tujuan perubatan, Pokok Chaya juga digunakan dalam masakan. Daunnya dimasak bersama lemak untuk menghasilkan gulai yang sedap dan lembut. Menariknya, rasa daun ini berbeza daripada pucuk ubi biasa kerana tidak pahit. Daunnya tidak perlu direbus terlebih dahulu dan tidak akan mengeluarkan warna hijau klorofil seperti pucuk ubi kayu. Batangnya juga lembut dan boleh dimakan. Anda juga boleh mencuba memasaknya dengan cicah sambal belacan untuk menambahkan rasa.
Pokok Ajinomoto, Pokok Perubatan Banyak Khasiat
Digunakan untuk dalam masakan.Daunya bila diletakan dalam masakan boleh digantikan sebagai ajinomoto kerana boleh menyedapkan lagi masakan. Terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Selain kaya dengan Vitamin A dan C, tumbuhan ini juga mempunyai kandungan zat besi dua kali lebih banyak berbanding bayam. Namun begitu, adalah tidak disarankan untuk memakan daun pokok Chaya mentah-mentah seperti ulam kerana ia mengandungi hidrosianik glikosida iaitu sebatian toksik yang berbahaya untuk tubuh. Cara yang selamat adalah dengan memasak daun pokok Chaya selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk menurunkan kandungan toksik ke paras yang selamat untuk dimakan.
Keratan batang akan dibalut dengan kertas lembap dan plastik untuk mengekalkan kesegaran benih. Tiada tanah dan tiada polibeg disertakan dalam pembungkusan.
Pucuknya dibuat ulam. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk tujuan seperti mencegah diabetes, menurunkan paras kolesterol, melancarkan peredaran darah, merawat insomnia, memerangi artritis, dan mencegah anemia. Daunnya juga dianggap berfaedah untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak.
