FESYEN

20 Party Dress Paling Glamor Daripada Filem Klasik Terhebat Sepanjang Zaman

[thb_gap height=”40″]

Daripada gaun Julin Christie yang terdedah di belakang dalam filem hit 1975, Shampoo kepada dress Paco Rabanne dipakai Audrey Hepburn dalam Two for the Road dan dress mini Julia Roberts dalam Mystic Pizza – kami kumpulkan party dress paling glamor daripada barisan filem tehebat sepanjang zaman.

1. Julie Christie, Shampoo (1975)

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8371″][thb_gap height=”40″]

Dalam salah satu babak dalam filem ini, Julie Christie memakai gaun sekuin labuh rekaan John Bates untuk label Jean Varon. Ia menampilkan ciri istimewa iaitu terdedah di belakang yang sehingga ke hari ini memberi inspirasi kepada ramai peniru. Dress ini pernah dipakai Kate Moss ke Anugerah CFDA pada 1998.

[thb_gap height=”40″]

2. Audrey Hepburn, Two for the Road (1967)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8372″][thb_gap height=”40″]

Walaupun kami bersetuju Audrey Hepburn sudah mula memperkenalkan trend fesyen di tahun 50-an dan 60-an menerusi filem Funny Face (1957) dan Breakfast at Tiffany’s (1961), tetapi fesyen partinya tiba kemudian iaitu ketika berlakon sebagai Joanna Wallace dalam filem komedi pada 1967. Filem ini boleh sesuai menjadi rujukan untuk fesyen 60-an. Kegemaran kami? Pakaian cakera Paco Rabanne lengkap dengan anting-anting yang sepadan dan eyeliner yang masih digayakan kini.

[thb_gap height=”40″]

3. Diana Ross, Mahogany (1975)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8373″][thb_gap height=”40″]

Panduan untuk pakaian parti terbaik daripada filem tidak akan lengkap tanpa penampilan Diana Ross dalam filem Mahogany. Ross memainkan watak Tracy Chambers yang merupakan seorang pelajar kursus rekaan fesyen yang berjuang untuk menjadi seorang pereka fesyen. Wardrobe dalam filem ini tidak mengecewakan, malah salah satunya epik iaitu gaun berlengan kimono.

[thb_gap height=”40″]

4. Mia Farrow, Great Gatsby (1974)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8374″][thb_gap height=”40″]

Mia Farrow turut menjadi sensasi fesyen apabila salah satu babak dalam filem The Great Gatsby (1974) menyarung gaun malam berhias manik dengan topi sepadan dan mengepit beg tangan kecil.

[thb_gap height=”40″]

5. Marilyn Monroe, Gentlemen Prefer Blondes (1953)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8375″][thb_gap height=”40″]

Marilyn Manroe yang bisa membangkitkan keinginan seksual mula dikenali pada 1953 memainkan watak Lorelei Lee dalam Gentlemen Prefer Blondes. Aura menggodanya tidak berhenti setakat itu. Dalam filem bertema Jazz, Diamonds Are a Girl’s Best Friend, Monroe menyarung gaun fuchsia tanpa tali oleh perancang kostum William Travilla, lengkap dengan sarung tangan dan permata berkilauan.

[thb_gap height=”40″]

6. Julia Roberts, Mystic Pizza (1988)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8390″][thb_gap height=”40″]

Lupakan filem Pretty Woman (buat masa ini), kerana dress mini yang disarung Julia Roberts dalam filem hit 1988, Mystic Pizza menjadi satu trend gaya – menurut Givenchy dan Celine. Bukan itu saja, rambut keriting semulajadi dan sepatu bertumit kecil juga popular musim ini.

[thb_gap height=”40″]

7. Grace Kelly, To Catch a Thief (1955)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8376″][thb_gap height=”40″]

Pengarah Alfred Hitchcock tidak main-main jika ia berkaitan heroin filemnya. Pada 1955 (setahun sebelum pernikahannya dengan Prince Rainier III dari Monaco), Grace Kelly mengarahkan pihak produksi mendapatkan koleksi gaun rekaan pereka kostum paling terkenal, Edith Head untuk dipakainya dalam filem To Catch a Thief arahan Hitchcock. Gaun yang paling diingati dipakainya dalam filem tersebut adalah gaun putih tanpa tali.

[thb_gap height=”40″]

8. Sharon Stone, Casino (1995)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8377″][thb_gap height=”40″]

Walaupun stail rambut dan fur yang digayakan dalam filem ini tidak lagi in, namun tidak bagi pakaian ilusi emas oleh Bob Mackie.

[thb_gap height=”40″]

9. Demi Moore, Indecent Proposal (1993)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8378″][thb_gap height=”40″]

Thierry Mugler mencipta gaun hitam seksi berleher grafik yang dipakai Demi Moore dalam filem blockbuster ini.

[thb_gap height=”40″]

10. Maggie Cheung, In the Mood for Love (2000)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8379″][thb_gap height=”40″]

Dalam filem ini, Maggie Cheung memakai lebih 20 cheongsam berbeza, ilham pereka kostum William Chang. Susah untuk memilih yang paling menarik kerana kesemuanya cantik belaka, terutamanya cheongsam berbunga ros.

[thb_gap height=”40″]

11. Sophia Loren, Arabesque (1966)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8380″][thb_gap height=”40″]

Sophia Loren menggayakan dress organza blush pink rekaan Marc Bohan (Dior) dalam filem thriller Arabesque. Ini salah satu helaian paling popular sepanjang zaman. Yves Saint Laurent turut terlibat secara peribadi dalam membuat pakaian untuk Loren bagi filem ini.

[thb_gap height=”40″]

12. Goldie Hawn, Death Becomes Her (1992)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8381″][thb_gap height=”40″]

Salah satu stail menarik dalam filem ini adalah babak ketika Goldie Hawn menyarung dress merah dengan sepatu scarlet.

[thb_gap height=”40″]

13. Michelle Pfeiffer, Scarface (1983)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8382″][thb_gap height=”40″]

Michelle Pfeiffer merupakan pendatang baru ketika dia melakonkan watak Elvira Hancock dalam Scarface bersama Al Pacino. Dress baldu biru bertali halus rekaan Patricia Norris yang dipakainya dalam filem ini bisa menjadi inspirasi dress parti yang menarik.

[thb_gap height=”40″]

14. Marlene Dietrich, A Foreign Affair (1948)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8383″][thb_gap height=”40″]

Selebriti Hollywood seperti Cher, Rihanna dan Beyonce antara lain sememangnya gemar menyarung ‘naked dress’. Tetapi bukan mereka yang mula-mula menggayakan stail ini. Nun di tahun 1948 dalam filem A Foreign Affair, Marlene Dietrich menyarung dress digelar ‘ilusi’ yang memberi kesan seperti berbogel. Gaya gemerlapan pada dress ini juga satu lagi sensasi layar perak, dimulakan oleh pereka kostum Edith Head.

[thb_gap height=”40″]

15. Nastassja Kinski, Paris, Texas (1984)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8384″][thb_gap height=”40″]

Bukan semua dress parti yang dilihat dalam filem-filem lama daripada jenis little black dress atau sekuin. Lihat dress mini fuzzy merah jambu yang dipakai Nastassja Kinski dalam filem Paris, Texas. Dress ini rekaan Wim Wenders, sesuai dipakai ke parti yang menetapkan kod dress tradisional.

[thb_gap height=”40″]

16. Ginger Rogers, Swing Time (1936)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8385″][thb_gap height=”40″]

Walaupun filem ini keluar lebih 80 tahun lalu, tetapi salah satu penampilan dalam filem ini iaitu gaun ruffle berlengan dan berkolar Peter Pan disarung Ginger Rogers masih sesuai dipakai masa kini. Bayangkan memakai gaun rekaan Alessandro Michele (Gucci) ini ketika di lantai tari.

[thb_gap height=”40″]

17. Vivien Leigh, Gone with the Wind (1939)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8391″][thb_gap height=”40″]

Kebangkitan pakaian berbulu menjadikan gaun berbulu berhias batuan burgundy dipakai Vivien Leigh yang memainkan watak Scarlett O’Hara dalam Gone with the Wind ini kekal relevan. Gaun karya pereka kostum Walter Plunkett.

[thb_gap height=”40″]

18. Ava Gardner, The Killers (1946)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8386″][thb_gap height=”40″]

Ava Gardner memakai gaun asimetri satin hitam bersiluet bersih ini dalam filem The Killers. Kredit patut diberi kepada perekanya Vera West yang mencipta gaun elegan dengan rekaan minimalis, lengkap dengan sarung tangan.

[thb_gap height=”40″]

19. Lauren Bacall, To Have and Have Not (1944)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8387″][thb_gap height=”40″]

Gaun peekaboo sutera yang dipakai Lauren Bacall dalam ini menjadi bukti cutaway dress bukanlah satu fesyen ciptaan moden.

[thb_gap height=”40″]

20. Anita Ekberg, La Dolce Vita (1960)

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8388″][thb_gap height=”40″]

Pengarah Federico Fellini menetapkan salah satu momen paling hebat dalam sejarah filem Hollywood selepas memilih Anita Ekberg memainkan watak pelakon terkenal bernama Sylvia dalam filem La Dolce Vita. Filem ini memenangi anugerah Rekaan Kostum Terbaik di Oscar dan salah satu babak yang paling diingati ketika Anita Ekberg melompat ke dalam kolam Trevi Fountain di Rome memakai dress kemban rekaan Geroardi.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

CELEBRITIES IN VALENTINO

adminwm

Pakaian Modest Jimmy Nour

admin

Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection

adminwm

Leave a Comment