Bagaimana anda menggambarkan hubungan intim yang anda alami dengan kata-kata? Adakah ia hangat, begitu menyenangkan atau mungkin menyakitkan?
Jika rasa tidak menyenangkan yang dialami, anda perlu peka kerana biasanya ia menandakan ada masalah lebih besar daripada sekadar penat atau tidak sedap badan. Boleh jadi kerana berlakunya jangkitan bakteria atau masalah psikologi?
Rasa sakit ketika melakukan hubungan intim menyebabkan kehidupan seks jadi tidak menarik. Ada beberapa sebab kenapa wanita mengalami rasa sakit saat berhubungan intim. Di sini, kami huraikan pilihan mengapa ia berlaku.
-
Seperti mesin yang kurang pelincir
Walaupun vagina wanita miliki pelincir semulajadi, namun jika tidak menaikkan keghairahan melalui foreplay akan menyebabkan berlakunya vagina kering semasa bersetubuh.
Semasa bersetubuh, beberapa tusukan awal menyebabkan geseran yang tidak selesa antara vagina dan zakar, dan ia biasanya meninggalkan parut.
Bagi memastikan ia tidak menyakitkan, anda perlu dirangsang. Lakukan foreplay sehingga datang rasa ghairah. Memakai pakaian seksi boleh membantu pasangan anda berseronok ketika melakukan foreplay. Jika ini tidak membantu walaupun diketika anda benar-benar ingin melakukan hubungan seks, bermaksud anda mengalami kekeringan vagina yang agak kronik.
Untuk masalah kekeringan yang kronik anda boleh menggunakan pelincir atau pelembab vagina, atau melakukan rawatan mengembalikan estrogen ke vagina untuk wanita yang melalui pra dan post menopaus, seperti terapi hormon dan rawatan preskripsi.
-
Alergi terhadap produk seks
Pelincir dihasilkan daripada gabungan bahan kimia berbeza yang boleh menyingkirkan keseimbangan pH vagina. Begitu juga dengan produk seperti kondom lateks. Jika anda merasa tidak selesa selepas menggunakannya, cuba tukar kepada produk berasaskan bahan semulajadi dan lihat kesannya terhadap badan anda.
-
Bulu tumbuh ke dalam
Jangan ketawakan hal ini. Ia berlaku kepada sesetengah wanita yang berbadan gemuk. Bulu yang tumbuh ke dalam boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Kerana adanya jerawat menyebabkan gesekan zakar jadi menyakitkan.
Jika anda mengalaminya tetapi terus sambung melakukan hubungan intim, jerawat akan jadi luka yang melecet dan melebar. Ini menyebabkan rasa sakit selama beberapa hari.
Gunting bulu yang tumbuh ke dalam dan jaga kebersihan sekitar vagina. Jangan biarkan bahagian tersebut lembab.
-
Mengalami disfungsi seksual
Sesetengah wanita (biasanya diusia muda) mengalami gangguan yang dikenali sebagai vaginisme di mana otot lantai pelvik tidak sengaja mengetat semasa hubungan intim, menyebabkan terasa sakit ketika berlaku tusukan. Rasa sakit luar biasa saat berhubungan intim juga boleh dikaitkan dengan saraf hiperaktif serabut di sekitar vulva atau vulvodynia.
Disfungsi berlaku biasanya kerana ada latar belakang psikologi yang berkaitan dengan penderaan, trauma, atau penetrasi yang berlaku secara paksaan.
-
Tukar posisi seks
Lelaki suka meneroka tubuh pasangannya. Mereka tahu apa yang perempuan suka dan tidak. Terkadang tahap eskplorasi tubuh yang melampau menyebabkan pasangannya berasa sakit. Dalam erti kata lain kerana salah posisi.
Melakukan eskperimen untuk memuaskan pasangan memang digalakkan, namun perlu diingat lekukan tubuh lelaki dan gerakan liarnya bisa membuatkan tubuh pasangan berasa terganggu.
-
Baru lepas melahirkan anak
Pertama, jika libido anda boleh sembuh selepas melahirkan, lakukanlah. Tetapi perlu berjaga-jaga dengan foreplay dan posisi seks kerana anda memerlukan sedikit masa untuk kembali kepada kesihatan asal.
Sesetengah doktor mengesyorkan sehingga enam minggu selepas melahirkan sebagai jangka masa yang baik untuk pemulihan kesihatan ibu, tetapi semuanya bergantung pada kesediaan masing-masing.
-
“Saiz” pasangan terlalu besar
Ada lelaki yang mana ketika penetrasi, saiz zakar berubah kepada saiz yang berkali-kali lebih besar berbanding saiz asalnya.
Untuk mengatasi keadaan ini, anda harus relaks dengan mencuba gerakan seks sederhana dulu. Cuba posisi missionary atau naikkan mood dengan melakukan foreplay terlebih dahulu.
-
Alahan dengan tisu tandas atau tuala wanita.
Mungkin anda tidak sedar ada berlakunya iritasi, alergi atau luka di sekeliling faraj kerana penggunaan tuala wanita atau tisu tandas yang tidak bersesuaian. Jika ia berlaku vagina juga akan berasa sakit ketika buang air kecil.
-
Stress dan banyak berfikir.
Melakukan hubungan intim dalam keadaan stress akan menimbulkan rasa sakit kerana stress bisa melambatkan rangsangan.
Adalah lebih baik memastikan anda berada dalam keadaan tenang sebelum memutuskan untuk bersama pasangan. Otot yang tegang akan menjadikan aktiviti seks tidak menyenangkan.