GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Resipi Acar Buah

Bahan-Bahan

  • 3 kg buah-buahan jeruk kering berlainan jenis
  • 7 biji jeruk limau
  • 200gm jeruk mangga
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 cawan rempah kari ikan
  • 17 ulas bawang putih
  • 17 ulas bawang kecil
  • 30 biji cili api
  • 2 inci halia (mayang nipis panjang)
  • 1/2 botol sos cili
  • 1 cawan cuka makan
  • Gula (ikut rasa)
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan minyak masak

Bahan Tumis

  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1/2 sudu besar jintan manis

Cara Memasak
1. Tumis bahan-bahan hingga naik bau, masukkan cili kisar tadi dan kacau hingga pecah minyak
2. Kemudian masukan rempah kari ikan yang dibasahkan dengan sedikit air terlebih dahulu dan masak lagi selama lebih kurang 30 minit. Masukkan sedikit garam, cuka & sos cili. Kacau.
3. Kemudian masukkan gula, kacau seketika lagi.
4. Masukkan halia kacau sehingga sebati.
5. Masukkan buah-buah jeruk yang keras terlebih dahulu dan kacau sehingga empuk.
6. Akhir sekali masukan buah-buah yang lembut bersama bawang putih, bawang merah & cili api. Kacau sehingga sebati.



Related posts

Love at First Click

adminwm

Sumac – Betulkah Sumac Boleh Menghilangkan Pelbagai Penyakit Penyakit?

admin

BMW Malaysia Merungkai Dimensi Ketangkasan Baharu Menerusi BMW X3 sDrive20i.

admin

Leave a Comment