GAYA HIDUPMelancong

Jom ‘Check in’ ke Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade

Kadang kita hanya hendak ‘lari’ seketika bertukar angin dari rumah sendiri. Kadang kita jemu lepak di ruang tamu yang sama, makan di tempat sama dan tidur di bilik sama. Kadang kita hanya mahu menghabiskan sehari dua sahaja di suasana berbeza dan tidak mahu berpindah randah dengan bagasi sendat di bonet kereta atau ‘check in’ dua tiga jam lebih awal di lapangan terbang, dan di situ sahaja sudah letih dan jemu. Kadang hanya untuk menggembirakan anak mandi manda di kolam renang yang luas dengan pemandangan sekitar yang indah.

Kadang tujuan bepergian hanya untuk berehat dan santai-santai di bilik hotel, bila lapar ke coffee house, bila rasa hendak bersenam ke gimnasium dan mandi manda di kolam renang, itu sahaja. 

Begitulah saya dahulu sewaktu anak-anak masih kecil, bila jemu di rumah, kami ‘check in’ di hotel yang perjalanan mengambil masa 30 minit ke 45 minit. Kerana yang dituju anak ialah kolam renang dan si ibu malas memasak. Dan kini sesekali hanya kami berdua suami isteri tukar angin memerap di bilik hotel berdekatan.

Ke mana kita? Jom saya bawa anda ke Hotel Mercure Shaw Parade Kuala Lumpur. Bagi saya yang tinggal di daerah Subang Jaya kurang 30 minit untuk sampai. Dan apa yang menyeronokkan ialah sedikit pun anda tidak akan menyesal bila ‘check in’ di sini. Pengalaman, saya enjoy setiap masa dihabiskan di Hotel Mercure, yang terletak di kawasan Pudu.

‘A cosy yet modern and contemporary hotel located at the fringe of Kuala Lumpur’s Bukit Bintang shopping belt. Enjoy the vibrant and colourful location which not only captures the rich history of Pudu area but also a short walk away from the attractions at Bukit Bintang.’ An integrated mixed development on the former site of Pudu Prison in Kuala Lumpur along Jalan Hang Tuah. Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade Pudu, a unique blend of heritage and modernity. The location is a shopping haven and an exciting gastronomic adventure for the discerning traveller. The Hotel is also sandwiched between 2 mega mixed development – TRX and BBCC, within 5 minutes driving distance to each location.’

Ya, dengan caj biliknya yang amat berpatutan, tiga minit berjalan kaki jika berhajat membeli belah di pusat membeli-belah di Bukit Bintang, malah bagi yang suka pula menjelajah jauh sikit tetapi malas memandu,ya stesen Monorail mengambil masa lima minit sahaja berjalan kami.

Bilik kami, pemandangan indah ibu kota Kuala Lumpur, dan satu pandangan yang amat menakjubkan bila kami ke tingkat 20, di sinilah terletakkan kolam renang (outdoor rooftop pool, pool bar & sundeck with fitness Centre.) Seolah tangan anda boleh mencapai bangunan mega ‘The Tun Razak Exchange – TRX’ (Drive distance (5 mins, 1.6km).

Bagi yang datang dari jauh dan mahu menikmati kerancakkan hidup di kota raya Kuala Lumpur pastikan Mercure Shaw Parade dijadikan pilihan. Mana tidaknya pusat-pusat membeli-belah cuma beberapa minit berjalan kaki untuk sampai ke destinasi. Atau atas tujuan bermesyuarat mahupun ke kota untuk rawatan di hospital-hospital, lokasinya cuma beberapa meter. Menaiki kereta Grab tambang tidak sampai RM10. Senarai di bawah pasti menarik minat anda untuk ‘check in’ di sini. Tidak perlu tunggu cuti sekolah, bahawalah famili anda dan orang yang anda kasihi meraikan mereka di sini.

• Berjaya Times Square (3 min – 280m)

• Lalaport BBCC via Linked Bridge (5 min – 300m)

• Low Yat Plaza Digital Mall (7 min – 700m)

• Bintang Walk (12 min – 900m)

• Lot 10 Shopping Mall (12 min – 1km)

• Fahrenheit88 ( 15 min – 1.1km)

• Pavilion Kuala Lumpur (19 min – 1.3km)

Destinasi Riadah (Jarak):

• Aquaria KLCC, Suria KLCC (7 min – 2.9km)

• Petronas Twin Tower, KLCC Park (7 min – 3.1km)

• China Town (7 min – 3.2km)

• Central Market (8 min – 3.5km)

• Merdeka Square (8 min – 3.9km)

• National Mosque (10 min – 4.8 km)

• Perdana Botanical Garden (15 min – 6.6 km)

Hospital dengan ICU (Jarak):

• Sunway Medical Centre Velocity (5 min – 2.3km)

• Prince Court Medical Centre (6 min – 3km)

• Tung Shin Hospital (7 min – 3.5km)

Airport (Jarak) KLIA ke Hotel (44 min – 57km)

Hab Korporat (Jarak):

• Tun Razak Exchange Financial District (5 min–2.8km)

• KLCC (10 min – 3.5km)

Jenis Pengangkutan Awam (Jarak berjalan kaki):

• Stesen Monorail Imbi (6 min – 500m)

• Stesen LRT Hang Tuah (10 min – 750m)

Selamat berhujung minggu di hotel paling happening di ibu kota kini.

Related posts

Rancang Skim Warna Rumah Anda

adminwm

BUAH-BUAHAN DI SYURGA, KHASIAT YANG TERSIRATT

adminwm

Tanya Dr. Edmond

admin

Leave a Comment