Menyediakan Sokongan Pinggang Berkualiti ke Tahap Baru: Zenia, Kerusi Urut Tanpa Wayar Pertama di Dunia Muncul di Puncak Gunung Kinabalu
- Kerusi Zenia yang diletakkan di puncak Gunung Kinabalu untuk pendaki berehat, bersantai, dan menikmati ciri-ciri unik kerusi tersebut, ia juga memberi tumpuan kepada kesihatan tulang belakang dan relaksasi.
- Kerusi urut tanpa wayar pertama di dunia ini termasuk ciri-ciri terbaik seperti sistem kawalan berasaskan aplikasi telefon, sandaran tangan ergonomik 5D, serta sokongan leher dan pinggang yang khusus.
[Gambar diatas menunjukkan seorang pendaki sedang menikmati kerusi Zenia yang terletak di puncak Gunung Kinabalu]
Kerusi urut tanpa wayar pertama di dunia iaitu Zenia, dilihat di puncak tertinggi Malaysia – Gunung Kinabalu. Satu pemandangan yang sungguh unik untuk dilihat oleh pendaki gunung ketika mereka mendaki gunung ikonik tersebut.Puncak gunung yang selalu menjadi pemandangan yang menakjubkan dengan pemandangan yang memukau, menjadi lebih menarik dengan kehadiran keselesaan dan ketenangan kerusi urut selepas menempuh perjalanan yang panjang ke Puncak gunung.
“Setelah anda sampai di puncak, anda fikir anda telah berjaya dan melihat hampir segala-galanya. Kemudian anda melihat sebuah kerusi, bukan sembarang kerusi, tetapi kerusi urut, yang dapat memberikan ketenangan dan melegakan otot-otot selepas menempuh pendakian yang panjang,” kongsi Nicholas, salah seorang pendaki yang penuh bersemangat..
Langkah berani ini, yang melibatkan pengangkutan kerusi urut ke ketinggian lebih dari 4,000 meter di atas paras laut, adalah hasil daripada inisiatif Evis, pengeluar terkemuka di Malaysia dalam penyelesaian ergonomik inovatif serta pencipta Zenia. Tindakan ini disusun bagi menghormati pencapaian para pendaki yang yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu. Ia merupakan sebuah perayaan bagi semangat kemanusiaan dan keinginan untuk meneroka, yang secara keseluruhan mencerminkan nilai syarikat itu sendiri dalam bidang inovasi dan teknologi.
Evis telah berada pada tahap jaminan kualiti produk ke peringkat yang lebih tinggi — secara teknikalnya — apabila Zenia, telah membuat penampilannya dalam pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Kerusi ini,dijangka akan menimbulkan fenomena di seluruh negara dan sekitarnya, melambangkan penyatuan pengembaraan dan relaksasi.
Perjalanan untuk mendaki Gunung Kinabalu, yang disokong oleh satu kumpulan pencinta alam, menarik perhatian penonton, menginspirasi mereka untuk meneroka cara-cara yang tidak konvensional untuk menyatukan minat dengan penjelajahan, walaupun kumpulan itu menavigasi pendakian yang curam, laluan berbatu, dan perubahan iklim, sambil membawa kerusi urut tersebut. Melalui usaha kolektif mereka, para pendaki tersebut menegaskan ketekunan dan komitmen yang tidak berbelah bagi mencapai kejayaan, baik di gunung mahupun dalam kehidupan.
Pendakian ini turut memberikan peluang untuk menunjukkan bagaimana kebolehan untuk bersantai boleh ditemui di mana-mana, ketika pendaki gunung yang turut serta menikmati keindahan landskap Gunung Kinabalu sambil berehat dengan menggunakan kerusi urut tersebut. Pada masa ini,para pendaki yang melawat Gunung Kinabalu dapat merasai pengalaman menggunakan Zenia di ibu pejabat Taman Negara Kinabalu, atau di cawangan Laban Rata Sutera Sanctuary Lodges di titik rehat Laban Rata, yang merupakan rakan kongsi Evis dalam usaha ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Evis, Low Jay See, menyatakan semangat mereka, “Kami percaya bahawa pelaburan dalam produk ergonomik adalah suatu pelaburan dalam kesihatan juga untuk jangka masa yang panjang, ia merupakan salah satu kaedah yang mungkin dapat mengurangkan keperluan untuk sesi perubatan yang lebih mahal dan memakan masa. Zenia menunjukkan dedikasi kami untuk mencipta produk yang membawa sokongan terhadap ergonomik ke tahap yang seterusnya — menjamin pelanggan kami keselesaan dan ketenangan yang tiada tandingannya, dan menawarkan sinar harapan dalam zaman di mana masalah leher dan belakang menjadi berleluasa.”
Dengan menggabungkan faedah kerusi urut serta fungsi kerusi pejabat, Zenia menyediakan penyelesaian yang holistik bagi mereka yang mencari keselesaan dan kesihatan kepada tulang belakang, sambil menawarkan peluang untuk berehat dan menyegarkan diri selepas seharian bekerja. Inovasi Zenia juga terletak pada ciri kawalan telefon intuitif, yang membolehkan individu menyesuaikan pengalaman urut mereka dengan hanya melalui aplikasi telefon pintar yang mesra pengguna— salah satu ciri inovatif yang membolehkan mereka menyesuaikan urutan untuk menumpukan di kawasan tertentu.
Reka bentuk Zenia turut menampilkan sandaran tangan 5D, yang lebih meningkatkan pengalaman kepada pengguna, dan menyediakan penyesuaian multidimensi yang memastikan sokongan optimal bagi bahagian lengan dan bahu. Ciri ini menggalakkan postur semula jadi yang santai, mengatasi ketidakselesaan yang disebabkan oleh menaip dalam tempoh masa yang panjang dan penggunaan tetikus secara berlebihan Ini datang pada masa yang sangat penting, terutamanya dalam kajian yang menumpukan peningkatan terhadap masalah yang membimbangkan tulang belakang, terutamanya di kalangan pekerja yang kurang aktif. Kajian dari Malaysia menunjukkan pendedahan prevalens yang menghairankan bagi kesakitan bahagian bawah belakang (LBP) berkisar dari 12.4% hingga 84.6% di kalangan pelbagai kumpulan pekerjaan.
Salah satu ciri unggul Zenia adalah sokongan leher dan pinggang yang khusus, dihasilkan dengan teliti untuk menyelaraskan tulang belakang dan mengurangkan tekanan. Reka bentuk strategik ini secara aktif melawan kesan negatif postur buruk, yang merupakan kebimbangan umum di kalangan individu yang bekerja di pejabat. Komitmen Zenia terhadap kesihatan tulang belakang ditekankan lagi dengan integrasi teknologi Z-Flux, satu inovasi revolusioner yang meniru sentuhan dan teknik tukang urut profesional. Teknologi ini menawarkan pengalaman yang menyegarkan, melegakan ketegangan dan tekanan selepas seharian bekerja atau, dalam kes ini, selepas seharian melakukan aktiviti fizikal yang mencabar.