GAYA HIDUPkesihatan

VITAMIN UNTUK MENOPAUS

Menopaus adalah satu fasa normal bagi wanita – semua kaum Hawa pasti akan mengalaminya. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak pasti ketika usia nopause wanita. Malah, ada juga yang tidak tahu mengenai 3 tahap menopause yang berbeza!

Menopaus berlaku apabila wanita berhenti datang haid. Manakala, perimenopaus pula bermaksud ‘sekitar menopaus’. Ia satu tempoh masa di mana wanita akan mengalami perubahan tertentu sebelum benar-benar mencecah fasa putus haid.

Kadangkala, pramenopaus dan perimenopaus digunakan untuk menerangkan tahap menopause yang sama. Namun, kedua-dua terma ini sebenarnya mempunyai makna yang berbeza.

Ketika pramenopaus, wanita tidak mengalami sebarang simptom perimenopaus atau menopaus. Pada waktu ini, wanita masih lagi subur dan berada dalam usia reproduktif. 

Menurut sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Medichecks, hampir 70% wanita yang mencecah menopaus mengalami masalah keyakinan diri. Malah, sebanyak 46% wanita mengakui bahawa simptom menopaus boleh mendatangkan masalah kepada kerjaya mereka.

Tidak dinafikan, menopaus merupakan satu fasa yang sukar bagi wanita. Namun, itu tidak bermaksud kaum Hawa terpaksa ‘bertahan’ dan ‘terima sahaja hakikat’. Ada banyak suplemen di luar sana yang boleh membekalkan nutrisi yang cukup untuk wanita pada saat ini. Malah, suplemen ini juga dapat membantu mengurangkan simptom menopaus.

Walau bagaimanapun, sebelum mengambil apa-apa bentuk suplemen, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

5 Vitamin Untuk Wanita Menopaus

Perut selalu cramp? Muka pun selalu panas? Ini merupakan antara simptom menopaus yang dihadapi oleh kaum Hawa sepanjang hari.

Tetapi, itu tidak bermaksud anda perlu tahan semuanya seorang diri. Sebenarnya, ada banyak suplemen yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk mengatasi masalah ini.

Namun, suplemen manakah yang perlu dipilih? Jika anda sedang mencari vitamin untuk wanita menopaus, anda berada di tempat yang betul! Lima jenis vitamin yang boleh diambil oleh wanita menopaus untuk kekal sihat dan cergas.

1. Magnesium

Magnesium merupakan contoh vitamin untuk wanita menopause yang sangat penting. Kebanyakan wanita dewasa tidak mendapat magnesium yang mencukupi daripada diet harian.

Tetapi, mengapakah magnesium penting untuk kesihatan wanita? Nutrien ini amat penting untuk memastikan otot dan saraf kita kekal berfungsi walaupun sudah berusia. Jika anda ingin membeli suplemen magnesium, pilih suplemen yang tertulis magnesium glycinate.

Bagi wanita yang baru mencecah menopaus, magnesium sangat penting untuk kesihatan jantung serta dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan juga osteoporosis.

Malah, magnesium glycinate juga dapat mengurangkan anxiety, masalah sendi dan dapat membantu anda tidur dengan lebih lena!

Makanan yang kaya dengan magnesium: Sayuran hijau (bayam), kekacang (gajus, almond), bijirin (nasi, beras perang), gandum dan oat.

2. Vitamin A 

Vitamin A sangat penting untuk sistem imun dan penglihatan yang baik. Walau bagaimanapun, belum ada lagi sebarang kajian saintifik yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin A dapat membawa manfaat untuk wanita menopaus.

Namun, disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika menopaus, suplemen vitamin A mungkin dapat membantu mengurangkan masalah yang berkait rapat dengan daya tahan dan penglihatan wanita.

Jika anda ingin mengambil suplemen vitamin A, ia amat bermanfaat kepada individu yang mempunyai kekangan diet tertentu atau penyakit yang menyebabkan pesakit perlukan lebih banyak vitamin A seperti penyakit pankreas atau mata.

Namun, cara terbaik untuk memperoleh manfaat sepenuhnya daripada vitamin ini adalah melalui pemakanan yang sihat.

Makanan yang kaya dengan vitamin A: Sayuran hijau (brokoli, bayam), buah/sayur berwarna jingga atau kuning (lobak merah, ubi keledek, labu), tomato, mangga, minyak ikan, susu, telur.

3. Vitamin E, vitamin untuk faraj kering

Anda mempunyai masalah faraj kering ketika menopause? Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembap dan mengurangkan kekeringan.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong penggunaan vitamin untuk wanita menopause bagi mengurangkan masalah faraj kering.

Makanan yang kaya dengan vitamin E: Minyak kanola, minyak zaitun, majerin, kacang almond dan kacang tanah.

4. Vitamin B6 dan B12

vitamin untuk wanita menopause

Vitamin B6 sangat penting untuk metabolisme dan sistem imun badan. Manakala, vitamin B12 pula sangat baik untuk pembentukan sel darah merah, meningkatkan tenaga, melindungi jantung dan otak serta menyokong sistem pencernaan yang baik.

Kedua-dua vitamin ini dapat mengurangkan depresi yang berlaku disebabkan menopaus. Selain itu, ia juga dapat membantu wanita yang mempunyai masalah sukar tidur malam.

Makanan yang kaya dengan vitamin B6 dan B12: Ikan salmon, kacang kuda, ayam, tofu, kentang, pisang, avokado, daging, susu rendah lemak, keju dan telur.

5. Vitamin C

Siapa yang tidak tahu akan kebaikan vitamin C, vitamin yang sangat penting untuk sistem imun badan?

Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja kebaikan vitamin C, ia juga sangat bermanfaat untuk wanita menopaus!

Vitamin C dapat memastikan tulang kekal sihat dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Ia juga merupakan sejenis antioksidan yang dapat melindungi anda daripada masalah penuaan dan juga penyakit.

Makanan yang kaya dengan vitamin C: Buah kiwi, strawberi, tomato, brokoli, betik, oren, limau dan sebagainya.

Tips kekal sihat selepas menopaus:

  • Berbincang dengan doktor terlebih dahulu jika ingin melakukan terapi penggantian hormon atau mengambil vitamin untuk wanita menopause.
  • Jangan merokok. Merokok merupakan punca utama sakit jantung.
  • Bersenam dengan kerap.
  • Kurangkan gula dalam makanan. Pastikan berat badan sihat.
  • Jika anda mempunyai darah tinggi, kawal kondisi ini dengan mengambil ubat-ubatan.
  • Kurangkan stres. Lakukan senaman atau latihan pernafasan untuk mengawal tekanan.

Related posts

Pentingnya Evening Primrose Oil (EPO) Kepada Wanita

admin

Has Arrived in Kuala Lumpur

adminwm

Bebaskan Diri Daripada Dermatitis Atopik Dan #Uncoverlife

admin

Leave a Comment