Beraya dalam situasi pandemik, Cadbury Dairy Milk mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama menyediakan kuih raya dari hati dan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati di bulan Ramadan tahun ini. Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama pembuat kuih tempatan akan berkongsi pelbagai resipi enak serta unik seperti, Kek Batik Coklat Cadbury, Biskut Keju Cadbury, Almond London Cadbury dan Tart Coklat Cadbury, yang terkenal dengan rasanya yang tersendiri dan kelazatan oklat Cadbury Dairy Milk.
Memandangkan pandemik ini telah menjejaskan kehidupan banyak isi rumah berpendapatan rendah dan menyukarkan usaha mereka dalam mencari pendapatan, ramai rakyat Malaysia telah tampil menyahut cabaran dan menghulurkan bantuan. Diinspirasikan
oleh usaha mulia tersebut dan didorong oleh semangat kedermawanan yang selaras dengan jenama Cadbury Dairy Milk, serta nilai dan budaya ‘Kepelbagaian dan Keterangkuman’ (Diversity and Inclusion) yang didokong oleh Mondelēz International demi memperkasakan insan dan komuniti, kempen ini telah diusahakan dengan kerjasama Food Aid Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang memfokuskan kepada pengagihan makanan dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan.
Cadbury Dairy Milk mendorong rakyat Malaysia untuk menyediakan kuih raya serta bersama-sama menyertai program kemasyarakatan ini. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kempen ini:
1. Buat kuih raya mengikut kreativiti anda sendiri atau cuba resipi kuih raya unik yang dicadangkan oleh Cadbury Dairy Milk. Ianya cukup mudah untuk disediakan dan hasilnya pasti enak. Lawati resipiraya.cadburyoreo.com.my untuk pelbagai resipi kuih Raya ringkas yang boleh dicuba.
2. Kongsikan hasil air tangan anda yang serba enak tersebut ke dalam media sosial dengan meletakkan tag @Cadbury_MY dan tanda pagar #KuihRayaDariHati
3. Anda pasti berasa gembira apabila mengetahui bahawa bagi setiap kuih raya yang dibuat dan dimuatnaik di Instagram*, Cadbury Dairy Milk akan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. Food Aid Foundation akan menghantar pek sumbangan Raya yang engandungi barangan keperluan, duit raya dan Kuih Raya Cadbury Dairy Milk kepada keluarga yang memerlukan.
“Rakyat Malaysia sentiasa ikhlas membantu, terutamanya di bulan yang mulia seperti Ramadan dan Aidilfitri. Justeru itu, kami merasakan bahawa inilah masa yang paling sesuai
untuk memperkenalkan inisiatif #KuihRayaDariHati, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia. Kami berharap ianya dapat mendorong warga Malaysia untuk membantu masyarakat yang memerlukan, menerusi penyediaan kuih raya menggunakan Cadbury
Dairy Milk. Di samping itu, musim perayaan juga merupakan masa yang baik untuk enggalakkan semua bagi mengimbangi pengambilan makanan yang berkhasiat dan snek
yang lazat,“ kongsi Pengarah Urusan Mondelēz International, Malaysia dan Singapura, James Kane.
Selain daripada itu, Cadbury Dairy Milk juga telah bekerjasama dengan 99 Speedmart®, rangkaian pasar raya mini popular di seluruh Malaysia, yang turut berkongsi nilai kedermawanan dan amalan saling bantu-membantu. Dengan setiap pembelian satu (1) pek-
kongsi-bersama Cadbury Dairy Milk 150g dan satu (1) paket OREO 133g (pelbagai variasi) i mana-mana cawangan 99 Speedmart®, Mondelēz International (Malaysia) akan menyumbangkan RM0.50 kepada Food Aid Foundation