FESYEN

MIF RTW 2021/2021 To Wear Mencipta Kelainan

MARA In Fashion Ready To Wear (MIF RTW) 2021/2022 yang berlangsung di Grand Hyatt mencipta kelainan apabila julung-julung kali diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal dan atas talian bersesuaian dengan negara yang sedang memasuki fasa endemik COVID-19.

Pemilihan konsep ‘Ready To Wear’ dengan tema ‘Identiti’ memberi ruang dan peluang kepada pereka muda menunjukkan ‘signature style’ rekaan pakaian masing-masing dalam usaha menempatkan jenama mereka dikenali di pasaran dan bersaing dengan jenama lain dalam industri fesyen dalam dan luar negara.

MIF RTW 2021/2022 ini dimeriahkan dengan penglibatan 20 pereka muda yang bakatnya digilap oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyemarakkan lagi industri fesyen tanah air.

Mereka ini telah melalui empat fasa latihan keusahawanan yang merangkumi aspek dalam perniagaan industri fesyen dan bimbingan secara terus oleh pakar dalam bidang berkaitan seperti Encik Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Reka Bentuk dari Fakulti Seni Lukis UiTM, Fiziwoo dan lain-lain lagi.

Di samping latihan keusahawanan, pereka yang layak dan berhasrat untuk membuka perniagaan dalam bidang ini akan ditawarkan dengan kemudahan pembiayaan, premis perniagaan serta khidmat nasihat secara berterusan supaya mereka terus kekal berdaya saing di pasaran fesyen. Malah pertunjukan fesyen hari ini juga merupakan satu platform untuk mereka memperagakan hasil rekaan yang telah dihasilkan sepanjang tempoh latihan.

Untuk rekod, MARA In Fashion yang dibangunkan sejak 2016 telah melahirkan 54 pereka fesyen yang hebat yang mampu duduk sebaris dengan pereka tempatan sedia ada seperti Wan & Mary, Ann Khan, Ummi Riaz, Amaze dan ramai lagi. Kejayaan mereka adalah bukti usaha gigih MARA dalam mengetengahkan jenama (branding) bakat pereka muda di pasaran fesyen tempatan.

Program ini dihadiri secara fizikal oleh pereka-pereka fesyen ternama tanah air serta pemain industri fesyen di Malaysia.Turut hadir menyaksikan pertunjukan fesyen MIF RTW 2021/2022 adalah Pengerusi MARA, YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Mohd Dun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YBhg. Dato’ Ramlan Bin Harun, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf serta ahli-ahli pengurusan KPLB dan MARA.

Related posts

Bercuti bersama Kate Spade New York

admin

SHEIN Features New Clothing Line evoluSHEIN

adminwm

Wardrobe Basic Mesti Ada

admin

Leave a Comment