FESYEN

dUCk – “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be Yourself)

Kumpulan dUCk telah melancarkan secara rasmi Alphabet dUCk – iaitu koleksi tudung, beg, aksesori dan baju jumper terbaharu dan terbesarnya, yang membawakan 26 huruf abjad, dari A hingga Z. Mengambil inspirasi daripada makna di sebalik setiap huruf, D, persona di sebalik jenama dUCk dan koleksi Alphabet dUCk mengajak orang ramai mencari kekuatan diri sambil menghayati, dan menyerlahkan nama masing-masing dengan maksud “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be Yourself) menerusi koleksi terbaharu ini.

Sebagai koleksi terbesar jenama mewah sehingga kini, dengan 26 fon yang direka bentuk secara unik untuk setiap huruf bagi setiap kategori produk, warna dipadankan oleh abjad untuk mencipta gaya pemakaian yang serba anggun. Sesungguhnya koleksi Alphabet dUCk memberi penghargaan kepada identiti dalam bentuk paling sejati dan menyeru si pemakai yang terpesona sedia menampilkan diri dalam kesibukan setiap hari.

Tudung Alphabet dUCk

Tudung Alphabet dUCk mengetengahkan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap abjad. Setiap tudung membawakan loket bergantung dUCk charm, bunga-bunga kecil yang memagari kesemua 26 huruf dalam warna-warna terang yang menarik hati. Janji dUCk menyerlahkan paparan huruf abjad yang benar-benar memperlihatkan diri anda sebenar!

– Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z

– Boleh didapati dalam bentuk Selendang (Panjang) dan Bawal (Segi Empat)

– Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm yang tersendiri

– Dimuatkan di dalam kotak simpan khas

– Fabrik: Sutera Satin

– Harga: RM300

Alphabet dUCk Twilly

Alphabet dUCk Twilly membawakan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap huruf, menjadikannya teman yang sepadan untuk tudung Alphabet dUCk. Anda boleh mengikat penyeri fesyen ini pada tali beg sebagai hiasan, menggunakannya sebagai pengikat rambut, atau sebagai aksesori hiasan diri. Ia boleh didapati dalam kesemua dua puluh enam huruf abjad, dengan setiap twilly dihiasi loket bergantung dUCk charm yang menjadi lambang keanggunan kami untuk mempelbagaikan gaya anda.

– Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z

– Dimuatkan di dalam sampul

– Fabrik: Sutera Satin

– Harga: RM90

Related posts

Mahani Awang Menulis: Fashion Thread – 2020 What to Expect

admin

“Yang ada hanya gambar ootd…” Mengapa Koleksi Pereka di Minggu Fesyen Tempatan Sukar Diakses?

admin

Aidilfitri Bersama SHEIN dan Iman Troye

adminwm

Leave a Comment