FESYEN

Rama-Rama Metafora Perjalanan Kehidupan Malaysia Dalam Pandemik

HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang begitu indah. 

HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini, kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang, serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang – ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia. 

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat untuk mengharungi cabaran ini bersama. Dengan peningkatan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”

Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya yang dihasilkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik. 

Tentang kerjasama tersebut, Dato’ Sri Meer Habib menambah, “Kolaborasi bersama pelukis tanah air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-dua pihak. Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. Walaupun kita tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.”

Related posts

Apa Yang Membuat Lelaki Ini Stylish – Style Icon?

admin

Out And About Again?

admin

Sun Li Brand Ambassador Maison Valentino For Greater China

adminwm

Leave a Comment