BMW Group Malaysia menerima 64 pratempahan bagi BMW iX, bertepatan dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64. Pratempahan bagi kenderaan elektrik tulen ini dibuka di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM 5,000, hanya lima hari yang lalu.
“Kami berbesar hati untuk melihat warga Malaysia menunjukkan keyakinan mereka untuk memilih mobiliti lestari sebagai gaya hidup mereka, ia turut memperlihatkan kepercayaan kami bahawa masa hadapan kita akan berlandaskan elektrik. Sejak sekian yang lama, kami telah memberi komitmen untuk membentuk mobiliti masa hadapan negara, dan kami akan terus memupuk peralihan ke arah mobiliti elektro dengan menggiatkan penyediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia serta meluaskan lagi jaringan pengedar BMW i dengan segera di bandar-bandar utama Malaysia,” ujar Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
BMW iX yang sulung melangkaui jangkaan. Jarak operasi WLTP yang memberangsangkan, iaitu setinggi 630 kilometer bagi varian-varian BMW iX juga telah dirumus agar pengguna tidak lagi perlu bimbang tentang jarak operasi kenderaan elektrik milik mereka. Kenderaan elektrik tulen ini turut menarik perhatian dengan ruang serba minimalis di bahagian dalam, justeru pengguna dapat menikmati pemanduan yang benar-benar menyelesakan. Jentera ini juga menampilkan konsep Shy Tech yang pertama seumpamanya, ia membolehkan teknologi dan inovasi moden dalam kenderaan ini disamari dengan latar interiornya ketika tidak digunakan.
Bukan itu sahaja, jentera elektrik tulen ini akan hadir dengan BMW IconicSounds Electric yang diperkenalkan buat pertama kali – dibangunkan menerusi kerjasama yang dijalin dengan komposer terkemuka dunia dan pemenang Anugerah Akademi, Hans Zimmer, maka para pemilik dapat menikmati pengalaman pemanduan serba emotif dengan bunyi yang unik bagi model-model BMW dan BMW M.
Pratempahan bagi BMW iX yang sulung
BMW iX xDrive40 serta BMW iX xDrive40 Sport yang sulung kini sedia untuk dipratempah di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM 5,000. Para pemilik juga dapat memanfaatkan waranti bateri yang terhad hingga lapan tahun atau 160,000 km, mana-mana yang dipenuhi dahulu.
Buat masa ini, 100 pelanggan terawal yang menempah BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport yang sulung dapat menikmati tawaran eksklusif yang meliputi pemasangan alat pengecasan secara percuma serta akses pengecasan awam bertempoh 1 tahun secara percuma. Tawaran ini terhad sehingga 22 September 2021, tertakluk kepada terma dan syarat.