Jika mahu nampak muda tetapi menggayakan rambut sama seperti sewaktu anda di sekolah menengah, bukanlah jawapannya. Kalaupun anda rasa nampak muda dengan stail itu, tetapi saya jamin yang anda sebenarnya nampak ketinggalan zaman. Erk!
Daripada memilih gaya seperti ketika menghadiri prom dulu, saya cadangkan anda lihat stail rambut di bawah, kerana saya kongsikan contoh yang membolehkan anda nampak beberapa tahun lebih muda, dalam stail yang tidak ketinggalan zaman.
Rambut Pendek
Gaya pixie yang ada sedikit kepanjangan di sekeliling muka adalah gaya yang bagus untuk rambut pendek. Sesuai untuk pelbagai bentuk wajah, penyelenggaraan yang rendah dan mudah digayakan. Jika anda mencari gambar selebriti untuk dijadikan panduan di salon, saya mencadangkan anda memilih pelakon Annette Bening. Gambar Kris Jenner juga satu pilihan yang bagus.
Jika anda paling selesa dengan kepanjangan rambut bob, pilih stail yang menyerlahkan dagu dan ada beberapa layer. Anda nampak muda kerana potongan bob dan juga kerana layer di sekeliling muka menjadikan wajah nampak lembut dan anggun, berbanding stail bob yang bersudut biasa.
Rambut Kepanjangan Medium
Jennifer Aniston punya rambut gaya potongan lob ini, dan yang membuatkan ia nampak muda kerana hujungnya selalu di trim, untuk menghindarinya daripada tumpul dan nampak berat di sekeliling perimeter. Juga cantik jika rambut dibiarkan lebih panjang di sekeliling muka dan di bawah garis rahang, agar wajah nampak anggun dan lembut.
Eva Longoria juga miliki rambut stail lob seperti Jennifer Aniston, dan dia menggayakan sama ada sleek atau lurus dan berombak minima.
Rambut Panjang
Gaya yang timeless untuk rambut panjang adalah jenis jatuhan layer pendek di sekeliling muka, sama ada fringe panjang atau side bang, kepada panjang di belakang. Stail ini memberi lebih pilihan penggayaan dan menunjukkan lebih raut wajah. Cantik jika menggayakan gelombang lembut seperti Julia Roberts.
Kekalkan rambut dengan kepanjangan hingga sekitar tulang payudara seperti gaya Christie Brinkley.
Sanggul
Ini gaya yang sentiasa klasik dan tidak pernah ketinggalan zaman. Meryl Streep menggayakan sanggul twist Perancis.
Sama seperti Meryl Streep, Nicole Kidman memberikan gaya sanggul ala twist Perancis, memberikan penampilan lebih santai di karpet merah.
Jika mahukan rambut sanggul gaya orang muda, ia perlu diikat tidak kemas supaya nampak lebih kasual, dan tidak diikat terlalu ketat atau rapi. Sebagai contoh gaya sanggul rendah Keri Russell dalam gambar utama.