CANTIK

7 Produk Penjagaan Kulit Korea Yang Akan Mengubah Kompleksi Wajah Anda

Khas untuk anda, kami mengintai Korea Selatan untuk mendapatkan beberapa inspirasi penjagaan kulit yang bagus memandangkan negara ini rakyatnya serius dalam penjagaan kulit mereka. Mereka tahu apa yang mereka mahu seperti inovasi, bahan kandungan yang lembut, pembungkusan yang cantik dan tentunya mereka tidak mahu berbelanja mahal untuk mendapatkannya.

Jom lihat apakah produk-produk itu?

Jullai Super 12 Bounce Thin Oil

Terdapat sebab mengapa Jullai Super 12 Bounce Thin Oil membawa pulang Anugerah Kecantikan Terbaik dari Allure Korea: Formula yang ringan, sempurna untuk kulit berminyak dan kandungannya adalah sedozen bahan-bahan superfood. Ini semua berkat ekstrak yang diperolehi daripada tomato, articok, badam, bunga kobis, beri hitam dan biji chia antara lain.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9026″][thb_gap height=”40″]
Peach & Lily Power Calm Hydrating Gel Cleanser

Pelancaran terbaru daripada Peach & Lily – Power Calm Hydrating Gel Cleanser diisi dengan bahan-bahan yang menenangkan seperti ekstrak kamomil dan camelia dan berubah menjadi buih seperti awan apabila dicambur dengan air. Formula yang lembut sesuai untuk pelbagai jenis kulit termasuk sensitif, berminyak dan matang.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9025″][thb_gap height=”40″]
Missha Super Off Cleansing Oil

Diperbuat daripada minyak argand an minyak badam manis untuk membersihkan setiap butir maskara dan bedak asas, sambil itu menyuburkan kulit.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9027″][thb_gap height=”40″]
Klairs Cooling Glow Sugar Mask

Klairs Glow Sugar Glow mempunyai ciri-ciri seperti gula pasir yang berkualiti untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Dihasilkan dengan bahan-bahan penghidratan seperti shea mentega, minyak benih jojoba dan ekstrak limau gedang supaya kulit tidak kering atau keras. Dan apakah yang menyebabkan ia berwarna merah jambu pudar? Itu daripada kalamin yang menenangkan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9028″][thb_gap height=”40″]
Lagom Cellus Sun Gel

Lagom Cellus Sun Gel yang menjadi pilihan ramai, merupakan satu formula ringan, dengan SPF 50 dan ia dengan mudah meresap ke dalam kulit, tetapi mempunyai kuasa perlindungan yang hebat daripada cahaya matahari

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9029″][thb_gap height=”40″]

Sweet Chef Kale + Vitamin B Serum Shot

Produk ini dilancarkan sekitar Disember tahun lalu dan dalam beberapa bulan selepas itu, serum dan topeng muka yang berharga berpatutan ini telah mencuri hati peminat produk penjagaan kulit. Chef Kale + Vitamin B Serum Shot menjadi perhatian – terima kasih kerana tekstur susu dan bahan penghidratannya iaitu vitamin B, kobis kerinting dan lidah buaya.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9030″][thb_gap height=”40″]
CosRx Hydrogel Very Simple Pack

Beri kulit anda satu dos kelembapan tepat di tempat yang ia perlukan dengan penampal Cosrx Hydrogel Very Simple Pack ini, yang membolehkan anda menyasarkan penghidratan sama ada di pipi, dahi dan banyak lagi.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9031″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Empunya Jenama Sun Leaf Berkongsi Kisah Di Sebalik Penubuhan Produk Kesihatannya

admin

Buds Organics Meraikan Ulangtahun ke 18 Tahun 

adminwm

Anti-Bacterial Body Wash Deluxe Gold

adminwm

Leave a Comment