Uncategorized

Makanan Yang Bagus Untuk Membuang Banyak Kalori

Minyak Kelapa

Minyak kelapa biasa menjadi bahan utama dalam petua kecantikan DIY, dan kami akan memastikan ia lebih berguna, sebaik kami tahu ia juga dapat meningkatkan metabolisma dan mengurangkan selera makan.

“Ia membantu mengurangkan berat badan dan lemak badan sambil mengekalkan kelancaran kelenjar tiroid,” kata Dr. Josh Axe pengasas bersama Ancient Nutrition.

Pengasas The Nutrition Tea, Shana Minei Spence MS, RDN, CDN, menyambung, “Kelapa adalah minyak yang berada di bawah rantaian medium trigliserida (MCT). MCT boleh menyerap lebih mudah ke dalam tubuh tanpa menggunakan tenaga dan ia tidak tersimpan dalam badan kita.”

Petua: “Menggantikan minyak sayuran kepada minyak kelapa dalam masakan anda adalah cara mudah untuk menambah makanan yang dapat membakar lemak dalam diet,” kata Dr. Axe.

Lada Cayenne

Lada Cayenne tinggi dengan capsaicin, yang terbukti membakar lemak perut dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk mengubah makanan menjadi bahan bakar. “Pengambilan harian capsaicin mempercepatkan kehilangan lemak perut.” Pakar Perubatan John La Puma bersetuju, “Capsaicin diuji sebagai ubat untuk sakit akut, meningkatkan kadar metabolisma dan suhu dalaman.”

Petua: “Campurkan salsa, lada panggang atau serbuk lada cayenne dengan keju kotej. Bagus untuk membakar lemak,” disyorkan ahli diet Melissa Rifkin.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8854″][thb_gap height=”40″]
Telur

“Telur (menawarkan) campuran sempurna protein dan lemak, memberikan rasa kenyang yang panjang, sementara mengurangkan keinginan terhadap makanan manis dan menurunkan paras gula dalam darah,” kata pakar pemakanan Jessica Cox. Pakar pemakanan kulinari Trudy Stone bersetuju, “Telur adalah salah satu sumber protein pembakar lemak terbaik yang akan melancarkan metabolisma anda. Diet yang tinggi dengan protein menunjukkan ia dapat meningkatkan metabolisma kerana kesan terma makanan – jumlah kalori yang badan anda bakar untuk memetabolisma makanan. ”

Petua: Bertentangan dengan cara diet tertentu, Cox menggalakkan makan kuning telur, “Kuning telur kaya dengan choline – nutrien yang bermanfaat dalam membantu mengemulsikan dan mencerna lemak. Choline juga membantu detoksifikasi hati dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah hati lemah atau ‘hati berlemak’ yang sering dikaitkan dengan penambahan berat badan dan obesiti. “

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8855″][thb_gap height=”40″]
Makanan Kaya Probiotik

Sekiranya anda masih tidak pasti tentang kombucha, anda mungkin mahu memberi teh probiotik satu lagi percubaan – hanya jika untuk potensi pembakaran lemaknya. “Probiotik dalam makanan yang ditapai seperti kimchi dan kefir tanpa gula atau yogurt, memudahkan keupayaan sistem pencernaan untuk memecahkan makanan dengan lebih baik, bermakna anda mendapat lebih banyak nutrien daripada makanan lain yang dimakan, yang menyebabkan rasa kenyang yang lebih baik,” kata Ariane Resnick, chef pemakanan diet untuk selebriti seperti Pink dan Gwyneth Paltrow.

“Yogurt terutamanya yoghurt Yunani, mengandungi protein yang memerlukan lebih banyak kalori untuk dicerna berbanding karbohidrat,” jelas ahli diet berdaftar Green Chef Gabriele Geerts. “Oleh kerana pencernaan protein lebih kompleks, ia menjadikan tubuh anda kenyang lebih lama.” Pengamal Functional Medicine pula mencadangkan sauerkraut, dan menambah, “Sains akhirnya mula mengenali kepentingan mikrobiom usus dan peranannya dalam keseluruhan kesihatan, termasuk kadar metabolisma anda. Ketidakseimbangan bakteria usus boleh menyebabkan metabolisma yang perlahan dan peningkatan berat badan.

Petua: Masukkan buah kegemaran dalam yoghurt Yunani atau kefir untuk alternatif pencuci mulut yang sihat.

Salmon Liar

Ikan yang tinggi dengan lemak sihat boleh membantu menyingkirkan lemak yang tidak diingini. “Salmon liar adalah pilihan protein yang sangat baik kerana ia mengandungi asid lemak Omega-3, yang memerangi keradangan,” kata Kate Martino, seorang pembantu doktor dengan fokus dalam pemakanan dan perubatan holistik.

“Lemak juga membantu anda kenyang lebih lama, manakala makan protein yang cukup setiap hari membantu menyokong jisim otot yang meningkatkan metabolisma dan membakar lebih banyak lemak ketika sedang berehat.”

Petua: Panggang salmon di atas kepingan lemon untuk mengelakkan kekeringan.

Related posts

‘An Indian Spice Trail’ di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

admin

Beza Susu Sejat, Susu Penuh Krim dan Lain-lain

admin

Panduan Praktikal Agar Tidak Terlebih Makan Pasta

admin

Leave a Comment