Bukan hanya sekadar rempah dalam masakan, keberkesanan halia dapat diperoleh dengan membuatnya menjadi teh. Teh halia memberi kelebihan berbeza berbanding yang kita makan dari juadah makanan.
Selain memanaskan badan, teh halia boleh merawat mabuk perjalanan hingga mencegah kanser. Halia kaya dengan vitamin B3, B6 dan C, besi, kalium, magnesium, fosforus, folat, riboflavin dan niasin.
Untuk mendapatkan manfaat ini, halia boleh dijadikan teh. Hanya menyediakan empat hingga enam keping halia dikupas. Tambahkan lebih lagi kepingan untuk rasa yang lebih kuat.
Masukkan hirisan halia dan dua gelas air dalam periuk dan reneh hingga mendidih (lindukangan 10-20 minit.) Jika inginkan rasa yang lebih segar tambahkan limau nipis, lemon atau madu. Halia juga boleh dinikmati dengan susu.
Kelebihan minum teh halia.
1. Mabuk perjalanan
Teh halia membantu menenangkan gejala mabuk perjalanan seperti pening, muntah dan peluh sejuk.
Diambil dari laman web kesihatan Healthline, ada kajian menunjukkan teh halia secara efektif dapat mengurangkan mual dan asam lambung. Khasiat ini membuatkan halia bermanfaat mencegah dan mengubati mabuk perjalanan.
2. Kesihatan jantung
Ada penelitian menunjukkan makan halia dapat melindungi tubuh daripada penyakit jantung. Ramuan hangat dan pedas ini membantu mengurangkan tekanan darah, mencegah pembekuan darah dan meningkatkan pengaliran darah. Teh halia juga bagus untuk menurunkan kadar kolesterol.
Semua manfaat ini baik untuk kesihatan jantung. Kadar kolesterol serta sistem peredaran darah yang bagus membuatkan jantung ikut sihat dan terhindar daripada penyakit kardiovaskular.
3. Mengawal berat badan
Kajian dari Universiti Columbia menemukan teh halia panas dapat meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar. Ini terjadi pada lelaki dengan berat badan berlebihan.
Kajian lain menunjukkan bahawa halia berkesan mengawal obesiti. Eksperimen halia ke atas tikus menunjukkan hasilnya dapat mencegah obesiti dan komplikasi berkaitan obesiti. Hasil ini membuatkan halia terbukti dapat mengurangkan dan mengawal berat badan.
Ada juga kajian yang menemukan halia membantu meningkatkan pengawalan gula dalam darah untuk penderita diabetes tahap dua.
4. Mengurangkan kesakitan
Halia dapat mengurangkan kesakitan seperti sakit otot akibat senaman. Penyelidikan menemukan halia boleh mengurangkan gejala dysmenorrhea atau sakit teruk yang dialami semasa kitaran haid.
Diambil dari Medical News Today, teh halia membantu melegakan keradangan dalam badan.
5. Mencegah kanser
Halia kaya dengan antioksidan yang membantu menguatkan kekebalan tubuh dan mengurangkan tekanan. Menghidu wap dari teh halia juga boleh melegakan kesesakan hidung dan masalah pernafasan lain.
Penyelidikan menunjukkan, halia boleh mencegah dan melawan beberapa jenis sel kanser termasuk kanser pankreas dan kolon.